Chereads / That's Not My Problem / Chapter 30 - Bab : 30

Chapter 30 - Bab : 30

🌷Tak Cuba Tak Tahu🌷

"No!I said no!It's means no!"tegas Hera yang berdiri di depan meja kerja Riana dalam pejabat di akademi. Wajah kemerahannya itu menunjukkan gadis itu benar-benar marah. Mundar mandir tidak senang, Hera mencekak pinggang sambil merenggut rambutnya. Stress!

"Apa dia ni?Sudah la masuk-masuk marah aunt...Cuba la bawa bertenang dulu. Duduk ke apa...macam dunia nak kiamat saja gayanya aunt perhatikan"ujar Riana sewaktu memandang skrin computer. Tangan memegang tetikus dan menekan papan kekunci pada masa yang sama.

"It's not supposed happen to be happen like this!Tukar Hera dimana-mana. Bukan sini"tegas Hera sambil ambil tempat di kerusi berhadap Riana. Lantas tangannya naik menepuk permukaan meja di situ. "Hera tak boleh berada di tempat ni aunt..."

Riana tersengih. Dia larikan pandangan dari skrin ke wajah marah Hera. Bila anak saudaranya itu berkerut kening ianya buatkan Hera kelihatan comel ketika marah.

"Beritahu aunt..apa yang buat kamu marah sampaikan begini sekali reaksi kamu?"soal Riana. Dia silang tangan atas meja sambil sandar ke depan. "Sesuatu terjadi ke hari ni?Pada hari pertama kamu?"

Mata Hera merenung tepat ke mata maksunya. "Adalah..."jawabnya. Pertama mamat sadis dalam lif. Kemudian Joshua dan Alan. Selepas ini apa pula??Jauh dalam sudut hati sudah beritahu dia sesuatu yang besar bakal berlaku di sini. Sesuatu yang tidak elok! "Apapun ia...Hera tidak mahu berada di sini.."

"Aik...takkan la kamu dah berputus asa?Belum cuba belum tahu Hera...apa kata kamu berikan tempat ini peluang terlebih dahulu...mana tahu kan..kamu akan suka berada di sini.."Pujuk Riana.

Cuba?Beri peluang?Kening Hera mencerlung tidak suka mendnegar kata-kata maksunya. Bukan dia putus asa!Cuma dia tidak mahu menimbulkan masalah di akademi ini dan menjejaskan nama baik maksunya saja.

"Biar Hera tanya maksu dulu...apa yang buatkan maksu setuju untuk tempatkan Hera di sini...maksu tahu tak Hera bila-bila masa saja boleh timbulkan masalah..dan lakukan hal yang bakal menyusahkan maksu suatu hari nanti.."luahnya sambil tepuk dada sendiri. "jadi sebelum apa-apa berlaku baik maksu lepaskan hera dan biarkan Hera jalani hidup sendiri...lagipun Hera sudah dewasa."

Ketawa Riana mendengar kata-kata Hera. Alahai...baik sungguh hati anak saudaranya ini. Kenapa orang sampai hati nak sakiti Hera sebegini sekali. "Sebab kamu anak saudara maksu la. Maksu tidak kisah masalah apa yang bakal ,kamu timbulkan nanti...jadi jangan risau untuk susahkan maksu. Dan kamu baru berusia 18 tahun sayang. Not adult yet. You are still kid in my eyes.."katanya.

Hera bersandar ke belakang sambil membuat muka tak percaya. Dia Tarik nafas lalu dihembus dengan kesal saat memandang plak nama maksunya yang ada di atas meja sebelah lengan kiri ketika itu. "Tengok je muka Budak-Budak dekat sini Hera dah tahu...mereka semua dua kali lima seperti Hera juga...I can't stand it..lagi-lagi-"si sadis tu!Dia mengepal penumbuk menahan perasaan.

"Biasalah tu...nama pun anak remaja. Dah memang itu sikap natural mereka, kepala angin dan berlagak itu perkara biasa"kata Riana.

Hera memandang Riana dengan tangan bersilang di dada. Keningnya mencerun tajam, bibirnya muncung ke depan. Haih!Susah sungguh la nak buka minda maksunya ini. Dia beri peringatan tidak mahu dengar. Nanti bila masalah timbul habis diri dia yang di salahkan.

"Ya sudah..kalau itu yang aunt mahukan.."kata Hera semasa memandang nekad ke maksunya. Dia akan cuba sebaik mungkin untuk elakkan dari menimbulkan masalah. Tapi tidak bermakna dia akan kekal berada di dalam akademi ini sepanjang masa. Belajar bukan minat dia!Sejak dia sering berpindah randah, semangat dia hendak belajar sama sekali tidak pernah terpupuk di dalam dadanya selama ini.

Senang mendengarnya, Riana kembali menghadap skrin computer dan menyambung kerjanya. "Itu la anak buah aunt...tidak mudah putus asa dan tetap pada pendiriannya."puji dia.

Sikit pun tidak terkutik dengan pujian itu, Hera buat muka menyampah sambil melemparkan pandangan ke arah lain. Bawah bibirnya di gigit dengan geram!