Chereads / That's Not My Problem / Chapter 33 - Bab : 33

Chapter 33 - Bab : 33

🌷Deklarasi Rasmi🌷

Sambil duduk bersila, Hera pandang kawasan padang dimana pasukan ragbi sedang jalani latihan. Disebabkan dia tidak makan waktu rehat itu, Hera ambil keputusan untuk lepak di kawasan stadium akademi itu. Tidak menjangka dia akan melihat pasukan ragbi di situ, dia ternampak kelibat Joshua dan Alan di dalam pasukan itu.

Seperti di serang dejavu Hera perhatikan dari jauh kelibat dua lelaki itu dari bangku tempat penonton. Tiada beza pun kalau lihat mereka yang dulu atau sekarang. Sama saja. Bezanya Que tiada bersama mereka dalam pasukan ini.

Ikutkan hati Hera sudah lama keluar akademi dan ponteng kelas, tapi dia tidak dapat hendak keluar sebab masih tidak tahu akan selok belok kawasan ini. Dan dia belum hafal sepenuhnya alamat rumah maksu dia. Mahu tak mahu terpaksa la dia terperuk dalam akademi ini tidak mahu sesat merayau di luar sana. Nanti keluar berita pulak Budak 18 tahun sesat pergi balai polis mencari penjaganya.

Macam lagu anak ayam cari ibunya pulak kisah dia!

Tiba-tiba seseorang muncul di depan Hera, seorang pelajar lelaki lampai yang kemas berkot di badan. Memayungi Hera dari balik matahari di atasnya ketika itu.

Hera terus angkat tangan dia untuk payung atas matanya dek silau. Bila rupa orang di depannya jelas, baru la dia tersentak. Keningnya terangkat tinggi. What the heck!Susuk tubuh yang berdiri di depannya itu di pandang jengkel.

"Asal?"tanya Hera kepada lelaki lampai berkot dan bertali leher kemas depannya yang sekali lagi diserang dejavu. Kenapa dia rasa macam pernah lalui situasi yang sama?Dah kenapa mamat ni ada dekat sini?

"We need to talk."kata Kayden dengan serius.

"There is nothing to talk.."bidas Hera dengan jengkel. Dah la tiba-tiba muncul, nak ajak borak macam nak ajak gaduh!Memang tak la! "Blah la sana...menggangu ketenteraman aku je la."dia bangun dari situ hendak pergi.

Dengan laju tangan Kayden mencapai pergelangan tangan Hera. Dia cengkam lengan itu lalu di tarik sama dengannya untuk pergi dari situ.

"Hei!Apa ni!Lepas la!"marah Hera saat terkedek-kedek mengikut langkah lekas Kayden. "Lepaskan aku la!"dia pukul-pukul tangan yang sedang mencengkam pergelangannya.

Kayden sikit pun tidak terkutik. Dia terus melangkah sehingga la mereka berdua berhenti di luar kawasan stadium itu dan berdiri di tepi dinding. Dia lepaskan tangan Hera sejurus itu.

"Auw!Sakit la!"marah Hera sambil usap bekas cengkaman Kayden. "Kau dah kenapa!"

"Kau tu yang dah kenapa!Aku dah beritahu kan!Behave!Jangan tunjuk perangai kau macam tempat ni kau yang punya!"bentak Kayden pula.

Kening Hera mencerlung. Dia pandang Kayden dari atas ke bawah tidak faham. Dah kenapa mamat ni? "Memangnya aku dah buat apa?yang kau nak angin satu badan tiba-tiba apahal?!Aku kacau kau ke!?"

Dada Kayden naik turun kerana hendak marah. Dia pandang Hera dengan kening mencerlung. "Maybe kau tak tahu..jadi biar aku beritahu kau!Dekat sini ada peraturan okay. Dan peraturan tu adalah. Behave atau hidup kau akan dalam kesusahan. Sini bukan tempat dari mana kau berasal. Selagi aku ada dekat sini selagi tu tiada siapa boleh langgar peraturan atau buat perangai gangster macam kau buat dekat dalam cafeteria tadi!!"katanya sambil tunding jari ke satu arah. Merujuk cafeteria yang di sebut.

Hera melepaskan dengusan tak percaya. Ahh... Pasal tu ke!?

"Wah...cepat betul ya berita tersebar." katanya dengan nada sinis. "Engkau tak tahu apa yang berlaku jadi jangan pura-pura tunjuk bagus depan aku. Urusan aku masalah aku. Engkau jangan nak menyibuk!I don't care what the heck your rules are!So f*ck off from my sigh!"lafaz Hera dengan berang.

Lalu Kayden mula tersenyum sebelum ketawa.

"Ahahaha!!"

Hera buat muka lepas dia tengok Kayden ketawa tiba-tiba. Apahal la mamat sengal ni!?

"Fine."Kayden tersengih. "Fine...kau buat apa kau suka. Aku pun akan buat apa aku suka. Just as a friendly remind. Setiap kali kau buat masalah, setiap kali tu aku akan muncul. Dan kau patut doa masa aku jumpa kau, aku dalam mood yang baik. Last warning princess...things happen...I came to you..."pesan Kayden bersama sengih boyish meleretnya semasa memandang Hera dengan renungan penuh muslihat.

Ih! Memang sah mamat sengal ni dah sewel! "Dah gila agaknya!"getus Hera jelas-jelas sambil buat muka 'buang tebiat apa'.

"Nice to meet you Hera, call me as Kayden next time..."pamit Kayden dengan lagak yakin dan cool dia sewaktu bergerak melepasi Hera.

Tidak gerak atau berpaling memandang Kayden sewaktu lelaki itu pergi, Hera pandang ke depan sambil menggenggam jari-jemarinya erat-erat. Menahan sabar dengan apa yang dia rasai ketika itu.

Dah kenapa pulak ni!!!!!