🌷Tetamu Mengejut🌷
Hujung minggu itu, Hera hanya melepask di rumah tidak berbuat apa-apa. Ada tugasan tetapi terlalu malas untuk dihadapkan. Hendak keluar tidak tahu pulak selok belok tempat yang asing lagikan baru untuknya itu. Sementara Riana pula sibuk dengan urusan akademi, menerima panggilan la itu la ini la sejak selepas waktu makan tengah hari lagi. Waktu itu Riana duduk di meja makan bersama timbunan kertas yang sama sekali tidak di pedulikan oleh Hera.
"Ya...nanti kertas akhir peperiksaan untuk pelajar sastera puan detailkan dekat bahagian draft supaya mereka boleh uruskan pencetakan"kata Riana sewaktu mencatat sesuatu di kertas pada masa yang sama mengepit telefon antara bahu dan telinganya.
Dan ketika itu la muncul Hera bersama vacuum di tangan. Headfon terpasang di telinga. Sekejap dia angkat permaidani yang melapik bawah meja makan di situ untuk sedut debu, sekejap dia alihkan kerusi di meja makan untuk di susun atur. Hal itu buatkan Riana terganggu dek bunyi bising dari mesin itu.
"Hera...honey..please.I'm on the phone right now!"beritahu Riana dengan kening berkerut.
Namun Hera tidak dengar, dia malah meneruskan aktiviti membersihnya dengan begitu tekun dan gigih sekali. Hingga berkeringat dia dibuatnya.
Riana pandang tak terkata ke arah Hera yang tidak menghiraukannya. Setelah itu Riana pun kembali focus pada kerjanya. Bunyi bising di sekeliling dia ketika itu tidak dihiraukan lagi. "Saya dah maklumkan dekat kordinator pelajar semester akhir setiap sem untuk hantar jumlah pelajar...rasanya Isnin ni dapatlah.."jelas Riana lagi sewaktu memeriksa helaian kertas di tepi laptop pula. "Nanti tolong laporkannya pada Admin ya..lepas siap."
Ding!
Dong!
Sedang Hera dan Riana sibuk dengan kerja masing-masing, ketika itu la loceng rumah hendak berbunyi. Membuatkan Riana yang kelam kabut itu menjadi semakin binggung bila dengar bunyi loceng rumahnya. Dia palingkan kepala hendak memanggil Hera supaya menyambut pintu, tetapi tidak jadi niatnya lepas nampak Hera sedang tunduk terbongkok-bongkok memvakuum lantai di ruang tamu.
Mahu tak mahu Riana dengan keluhan di bibir akhirnya dia yang bangun dari situ dan bergegas mendapatkan pintu rumahnya. Daun pintu rumahnya di buka kedua-dua ke dalam sebelum disapa dengan lelaki yang berdiri di situ.
"Selamat petang puan.."senyum Kayden dengan tangan memeluk beberapa buah buku.
Riana membalas senyuman itu dengan tangan masih memegang telefon. "Nanti saya maklumkan pada puan sekali lagi sekiranya ada apa-apa perubahan.."ujarnya sambil gerak ke tepi memberi isyarat kepada Kayden supaya masuk ke dalam.
Kayden pun masuk la ke dalam tanpa segan silu kerana sudah terbiasa. Setelah itu dia suakan buku yang dibawanya ke pada Riana. "Ini bukunya.Terima kasih sebab beri saya pinjam. Saya dah habis baca."beritahu dia ketika itu.
Riana yang sudah selesai berbual melalui telefon itu pun capai buku-buku tersebut lalu gerak ke meja makan semula. Buku-buku itu di letakkan atas timbunan kertas yang ada di situ.
"Semuanya?"tanya Riana dengan renungan kagum.
Sambil beri senyuman boyish bangganya, Kayden mengangguk kepala. "Yup."hujung 'p' itu ditekan. "Boleh saya mintak buku sambungannya?"tanya dia.
"Sudah tentu...saya dah janji padakamu kan...tunggu sini. Saya pergi ambil."kata Riana dengan bersemangat sebelum berpaling ke arah pintu di bawah tangga di situ.
Kayden pun mengangguk kepala patuh. Dia perhatikan langkah Riana sehingga waktu itu masuk ke bilik tersebut dan menghilang sebaik pintu tertutup. Untuk buang masa menunggu dia, Kayden pun kerling ke sekeliling ruangan itu. dan ketika itu la dia terdengar bunyi vacuum dari ruang tamu di sebelah kiri.
Terdetik hendak melihat siapa, Kayden atur langkahnya ke arah pintu masuk ruang tamu tersebut. Sebaik dia tiba, Kayden Nampak gadis bert-shirt lengan pendek dan berseluar jean pangkal peha di situ sedang sibuk vacuum sambil mendengar lagu melalui headfon di kepala. Disebabkan gadis itu membelakangkan dia, kehadiran dia di situ langsung tidak di sedari buat seketika.
Terbit senyuman di hujung bibir Kayden ketika itu bila perhatikan tingkah gadis di depannya. Hati dia terkutik.
"Comel je.."komen dia dengan bersahaja tanpa sedar saat tersenyum.