Chereads / That's Not My Problem / Chapter 44 - Bab : 44

Chapter 44 - Bab : 44

🌷Kenyataan🌷

Seperti melihat sebuah bilik rahsia, Hera kerling sekeliling ruangan itu dengan minat. Kagum dengan isi interior design yang terdapat dalam bilik tersebut. Sangat kemas dan teratur.

Banyak pingat tersusun di dalam dua buah almari berpintu kaca. Bingkai gambar yang terpamer dengan sijil dan anugerah tergantung di dinding dari atas ke bawah seperti pameran besar-besaran. Gambar barisan guru dan bekas pengawas akademi turut di gantung dalam bingkai. Seakan seperti dibersihkan selalu, tiada debu atau habuk pun yang tinggal di pelosok dan ceruk tempat itu.

Namun lamunan Hera di sentak dengan suara wanita berambut kerinting di belakang meja ketika itu. Dia pandang kagum dengan butir bicara yang disampaikan oleh wanita itu sepanjang waktu dia berdiri di samping Kayden dan yang lain. Dia tak tahu kenapa dirinya di bawa ke situ, apa dia tahu, akademi ini sememangnya lain dari yang dia pernah hadiri sebelum ini.

"Budak-Budak bertuah ni kan....dah berapa kali kena tangkap buat juga kerja ni kan?"bebel Puan Debby semasa menulis sesuatu pada kertas sewaktu tiga orang pelajar lelaki bermasalah berdiri di depan meja kerjanya. "Owen...saya terpaksa maklumkan hal ini pada kedua ibubapa kamu memandangkan kamu telah melanggar dua amaran yang telah dikenakan ke atas kamu. Dan kamu berdua.dapatkan ibubapa kamu untuk selesaikan wang telah kamu ambil dari Budak-Budak di sini untuk di pulangkan."katanya semasa menulis.

Ketiga-tiga pelajar lelaki yang berdiri dengan kedua-dua tangan berada di belakang hanya mendiamkan diri. Kepala tertunduk memandang ke bawah kerana malu sendiri dengan kesilapan mereka. '

Setelah selesai, Puan Debby mengangkat kepala memandang ke depan. Bila dia bertentang mata dengan kumpulan pengawasnya, senyuman keibuan terukir di bibir. Jelas-jelas di wajahnya beritahu dia bangga ketika itu. "Maaflah menyusahkan kamu lagi, Kayden.."ucapnya.

Hera palingkan kepala ke kanannya. Dia dongak memandang tepi muka Kayden yang sedang berdiri di sebelahnya ketika itu. Asal la lelaki ni tinggi sangat. Lenguh tengkuk nak mendongak!

"Kalau kamu tiada lagi di sini nanti...apa lah yang akan jadi dekat mereka yang lain suatu hari kelak?"seloroh Puan Debby berbaur terkilan. Mana tidaknya. selama lima tahu Kayden belajar di akademi ini, sekalipun pihak akademi tidak pernah hadapi masalah untuk tangani masalah disiplin. Dan sekarang, Kayden sudah pun berada di tahun akhir. Sampai masa nanti. ketua pengawas ini akan melangkah keluar dari akademi ini.

Kayden sekadar tersenyum nipis.

"Jangan risau puan...ramai lagi Budak-Budak yang berkemampuan dan lebih baik dari saya di luar sana. Cuma mereka kena tahu la arah mana mereka nak tuju dan pilihan apa yang mereka mahukan.." kata Kayden.

Puan Debby kerling akan Kayden dan rakan-rakan lelaki itu dengan senyuman senang. "Apapun saya dan pihak akademi terutama sekali dekan sangat berterima kasih pada kamu dan rakan-rakan kamu...tanpa kamu rekod masalah disiplin pelajar di akademi pasti akan meningkat. kerana kamu la akademi ini selama lima tahun menerima anugerah akademi cemerlang dengan rekod disiplin yang rendah.."tambahnya lagi.

Mendengar kata-kata itu buatkan Hera palingkan kepala ke Puan Debby. Dia pandang dengan kening terangkat tinggi kerana pegun akan kenyataan itu. Kayden?Lelaki ini telah harumkan nama baik akademi ni?Lelaki sengal tiga suku ni?Macam tak percaya je!Dia berdecit menyampah tanpa suara setelah itu. Tidak hairan la kenapa maksu dia jadikan Kayden sebagai tutor dia!

"Tak adalah...puan. Semua ini jasa rakan-rakan saya juga. Tanpa mereka. mungkin saya tak Berjaya nak handle semua ni sendirian. Saya tak buat apa-apa pun. Selebihnya mereka yang uruskan."bidas Kayden lagi. "Kalau tiada apa-apa lagi, saya tinggalkan mereka bertiga dengan puan."pamitnya dengan hormat.

"Sudah tentu"Puan Debby mengangguk setuju serta merta. Dia melihat mereka semua di situ sebelum berhenti ke satu orang yang berdiri di celah lelaki-lelaki lampai di situ. Kening terangkat sebelah kanan. "Siapa pula tu..."tanya dia sewaktu memandang Hera berdiri di sisi Noah.

Kayden palingkan kepala ke sisinya, memandang Hera yang kebetulan turut sedang memandang dirinya. "Ah..ini..saya tangkap dia sebab ponteng kelas..sekejap lagi saya nak bawa dia ke bilik disiplin.."ujarnya.

Menjegil bulat mata Hera sebaik mendengar kata-kata Kayden. Mana lelaki ni tahu dia ponteng kelas?Isy!Ahli nujum apa?Siapa boleh tahu bagai ni!

Puan Debby mengangguk-angguk kepala. "Sayang seribu kali saying...orangnya cantik tapo libatkan diri dengan masalah"komennya semasa memandang Hera. "Kamu jadi je la Budak yang baik. Kalau kamu nak timbulkan masalah di sini...memang tiada peluang la jawabnya kalau Kayden dan rakannya berada di sini"selorohnya sebelum tunduk memandang kertas laporan yang akan di hantar kepada pihak pentadbir nanti.

Kayden buat muka hendak ketawa.

Sementara Hera hampir mahu mencarut.

Lantas mereka semua di situ memberi tunduk hormat. Pamit minta diri keluar dari situ. Hera yang sejak tadi mendiamkan diri sudah menikus tanpa sedar. Sebab dia tahu kalau dia lawan sekalipun, pelajar-pelajar lelaki di situ bukan lawan dia. Terutama sekali Kayden. Seperti singa hilang surai bertemu dengan harimau bertaring, Hera akur saat dirinya diiring ke suatu tempat.

"Nak bawa aku ke mana ni?"tanya Hera sewaktu mereka semua membelok ke hujung koridor. Mendekati salah satu pintu yang ada di situ.

"Nak hukum kau la sebab ponteng kelas..apa lagi.."sampuk Arion.

Eh!Hera berpaling, dia pandang akan Arion dengan kening berkerut. Menyampuk je! "Mana kau tahu aku ponteng kelas...cakap aku...kau orang pun sama kan.."getusnya.

"Aku pelajar senior, ketua pengawas...kau rasa?"balas Kayden semasa dorong Hera ke depan sebaik pintu bilik di depan mereka ketika itu di tolak ke dalam.

Kejung terus Hera lepas dia masuk ke dalam ruangan itu.Matanya sedia bulat semakin membulat kerana terkejut.

"Welcome to Hell.."bisik Noah di tepi telinga Hera tiba-tiba sewaktu lelaki itu jalan masuk ke dalam melewati Hera di situ.

Hera melompat terkejut sambil pegang telinga dia kerana bisikan itu. Dia perhatikan Kayden dan rakan-rakan lelaki itu mula bergerak ke hulu dan hilir ruangan itu melakukan sesuatu. Dah!Apa pulak masalah yang dia hadapi kali ni?