🌷Angin🌷
Sejak siang tadi muka Kayden ketat semacam. Asal pandang orang je aura nak membunuh tu jelas-jelas ada dalam jelingan tajam tu. Sampaikan yang lain seriau nak menegur apatah lagi hendak bermacam-macam.
Sampaikan Arion sendiri tidak berani hendak bersuara.
Semua orang dekat dalam bilik tu tahu kenapa Kayden angin. Yalah patutnya awal pagi tadi Kayden jemput Hera di rumah dekan. Tetapi gadis itu langsung tidak munculkan diri. Hampir setengah jam tunggu di situ, Kayden ambil keputusan untuk ke akademi terlebih dahulu. Patutnya Kayden hubungi dekan mengenai Hera, tapi disebabkan wanita itu sendiri sibuk dan Kayden tidak berani merosakkan persepsi positif dekan pun terpaksa diamkan diri.
Sampai la waktu makan tengah hari Hera langsung tak munculkan diri.
Angin Kayden pun semakin teruk. Lelaki tu marahkan sesiapa sahaja yang muncul di depannya. Tidak lelaki tidak perempuan semua kena. Tiada yang terlepas.
Loceng terakhir pun berbunyi tidak lama selepas kelas History Kayden berakhir. Bersama-sama Arion di sisi, mereka berdua jalan beriringan sepanjang koridor itu. Dan pelajar yang kebetulan lalu ke arah bertentangan terus cepat elak lepas Nampak akan kehadiran Kayden di situ. Enggan libatkan diri dalam masalah dengannya.
Sesampai mereka di depan pintu lokar masing-masing itu saling bersebelahan, Kayden mula menyumbat barangnya ke dalam lokar itu. Dari buku ke beg sandangnya. Semuanya di letakkan bagaikan barangan itu yang membuat salah terhadap lelaki itu.
Arion di sebelah hanya diam menyibukkan urusannya.
Ketika itu la muncul seorang pelajar lelaki dari pasukan bola keranjang Kayden. Dia berdiri di tepi Kayden dengan nafas tercungap-cungap.
"Kayden...aku nampak.dia.."beritahunya dengan setiap hela.
Terus kaku tangan yang berniat hendak menutup pintu lokar itu. Kepala Kayden terjegul ke tepi pintu itu sebelum lelaki itu hempas dengan kuat pintu lokar itu.
BAM!
Melompat terkejut pelajar lelaki itu dengan mata berkedip takut.
"kau cakap apa?"tanya Kayden dengan kening mencerlung.
"Hera...gadis baru yang kau suruh kita orang carikan satu hari ni..aku nampak dia.."beritahu pelajar lelaki itu lagi.
Berketik terus rahang Kayden sebaik mendengarnya. Dalam tidak sedar jari-jemari mula meggulung erat. "Dekat mana?"tanya dia dari balik ketapan gigi.
Masa ini la Arion muncul di sisi Kayden. Turut memandang gusar ke pelajar lelaki itu sebelum pandang ke tepi muka Kayden. Melihatkan garis di wajah itu, jelas-jelas beritahu yang Kayden sedang beremosi. Instinct dia beritahu yang kawan baiknya ini akan benar-benar naik angin sekiranya menemui Hera nanti.
"Depan asrama pelajar lelaki"beritahu pelajar lelaki itu.
Tanpa berlengah Kayden terus berjalan laju merentasi koridor itu. Dia turuni tangga dengan terburu-buru sambil di ekori Arion di belakang.
"Sabar Kayden..."minta Arion.
Kayden tidak hiraukan kata-kata Arion di belakangnya ketika itu. Apa yang dia tahu, dia mahu menemui Hera dan bertanya apa masalah perempuan tu!Kenapa menghilang macam tu je!Tahu tak kalau hal ni diketahui dekan. Habis rosak peluang dia nanti!Bengang betul dia satu hari ni memikirkan soal Hera, sampai semua benda tak jalan!Belajar pun dia tak boleh nak focus.
Memang kena la bila jumpa nanti!
Sambil berjalan laju hendak menyaingi langkah Kayden, Arion dekat belakang dah keluarkan telefonnya. tergesa-gesa menghantar pesananya ke pada rakan yang lain supaya turun sertai mereka sebagai langkah berjaga-jaga. Kayden ni bukannya boleh agak. Dengan perangai Hera yang keras kepala dan suka melawan tu lagi la!
Tidak lama kemudian, mereka berdua pun tiba di perkarangan asrama pelajar lelaki yang tidak jauh mana pun dari bangunan Utama. Dan seperti yang diberitahu, Hera memang ada di situ. Sedang berdiri di tepi sebuah kereta sambil bercakap melalui telefon.
Kayden yang pertama nampak dengan berang langkah seluasnya mendekati Hera. Beberapa meter dari situ, dia terus menempik selantangnya.
"HERA XIANA!"
Melompat terkejut empunya nama dek tempikan itu.
Dengan mata terbutang luas dan kening terangkat tinggi, Hera berpaling menghadap Kayden dengan tangan masih memegang telefon di telinga.
"Where the f*ck have you been?"tanya Kayden sejurus berdiri melangit di depan Hera ketika itu.