Chereads / That's Not My Problem / Chapter 45 - Bab : 45

Chapter 45 - Bab : 45

🌷Buku Bertemu Ruas🌷

Dulang berisi teko dan deretan cangkir itu di pandang lama sebelum menelan air liur untuk basahkan tekak yang basah.

"Apa semua ni?"tanya Hera semasa menghadap sofa dimana empat lelaki sedang duduk. Keempat-empat itu tidak ubah seperti gangster sekolah. Tengok muka dah tahu!Sekali pandang dah boleh baca perangai macam mana.

Si ketua, Kayden mesti la perangai berlagak bagus sebab ingat diri tu handsome dibandingkan orang lain.

Lelaki bercermin mata, Arion mesti otak geliga dalam kumpulan ni. Orang yang banyak sumbang dalam idea dan best student. Tapi perangai dingin dekat orang yang bukan kenalan rapat.

Kemudian si selekeh pakai baju macam tak bergosok rambut bersepah tak bersikat sebab tahu tak kira pakai apa sekalipun rupa paras tetap maintain, Kyle. Jenis macam ni adalah rakan yang kaya tapi jenis yang tak peduli untuk belajar sebab tahu duit ada banyak dan boleh pilih hendak ke mana-mana.

Akhir sekali, vibe badboy anak orang kaya.Pandang je dah tahu jenis yang suka tangkap cintan dan bagi ayat corny dekat orang perempuan supaya mudah terpujuk dan terpikat.

"Selamat datang ke bilik umum pengawas"beritahu Arion dengan renungan tajam ke Hera.

"Dah kenapa aku dekat sini?Kata nak bawak ke bilik disiplin.."tanya Hera dengan curiga saat mematai mereka. "Untuk apa teko dengan cangkir ni?"baru dia rancang tak nak hadiri kelas tehnya tadi. Tiba-tiba kena hadap benda alah ni lagi.

Kayden yang duduk menyilang kaki di sofa memegang telefon sebelah tangan, sebelah lagi berada di atas handrest sofa itu. Mata lelaki itu terarah pada skrin.

"Ini la bilik disiplin tu...kita orang adalah peraturan dan penguatkuasa tu sendiri.."tambah Noah dengan nada bangga di situ.

"Kau pilih...kena denda hidangkan secangkir teh atau kena denda bersihkan laman.."cadang Kayden sambil scroll Instagram. Melihat gambar-gambar yang menarik perhatian dia untuk di belek.

Huh?Hera tercengang dekat situ.

"Ini air panasnya.."sua seorang pelajar lelaki berwajah dingin sewaktu dia meletakkan termos berisi air panas di meja depan mereka berempat ketika itu.

Hera yang lihat melepaskan dengusan tak percaya dia. Berasa bengang kerana terperangkap dengan semua itu. "Seriously?"tanya dia sambil tunjuk tangan ke meja kopi depan mereka semua ketika itu.

"Seriuslah...Nampak kita orang main pondok-pondok dekat sini ke?"ujar Kyle bernada sassy.

"Lima saat...kau tak buat...denda sapu laman sebab ponteng kelas.."arah Kayden lagi,

Hera pandang silih ganti akan Kayden dan setiap orang di situ. Dada dia mula sesak kerana rasa marah dan geram mula berkumpul saat itu. Macam tak guna je la semua ni!Kaki dia dihentak geram ke lantai sebelum Hera bengkokkan kakinya untuk melutut di tepi meja kopi itu.

Saat itu la, ketika lutut Hera hendak menyapa lantai, satu kaki dengan cekap menendang kusyen kecil yang terletak di bawah meja itu terus ke tempat Hera. Tepat-tepat di bawah lutut Hera.

Tidak perasan dengan hal itu, Hera terus melutut di situ ke atas alas yang di sepak secara senyap tanpa disedarinya. Setelah itu dia pandang bahan yang ada di atas dulang tersebut. Keningnya berkerut tak suka. Leceh la semua ni.

"Kalau aku tak nak apa kau orang nak buat?"tanya Hera semasa dia mula susun setiap peralan dan bahan yang ada di situ ikut aturan dan step yang betul.

"Pandai-pandai la kau tanggung.." jawab Kayden sewaktu curi-curi kerling ke tangan Hera yang sedang sibuk ketika itu.

Disebabkan dia mahu keluar dari situ dengan cepat, Hera mahu tak mahu terpaksa ikutkan saja permintaan Kayden. Selepas beberapa minit berlalu, satu teko air teh tersedia. Hangat dan segar.

Kayden menurunkan kaki yang disilangkan sebelum duduk dengan tertib sebaik melihat Hera siap menyediakan air teh itu. "Boleh pun buat...dalam kelas kenapa tak nak buat?"tanya dia ketika itu.

Semakin hairan Hera bila dengar Kayden cakap macam tu. Tapi dia tak balas. Hanya mendiamkan diri. Sebab dia tahu kalau dia buka mulut nanti kan jadi lain pulak halnya!

"Tunggu apa lagi..tuang la.."arah Arion. "Kau tenung teko tu bukannya ada kaki dengan tangan nak gerak sendiri."

Ugh!Hera menjeling benci ke Arion. "Kau ada tangan kan..tuang la sendiri!"gerutunya dengan kening mencerun geram.

"Menjawab...itu la tahunya. Bila orang suruh tu buat je la...ke nak sangat kena denda.."arah Kayden lagi.

Hera mengetap gigi. Menahan sabar. "Hish!Menyakitkan hati betullah kau orang ni!Tahu tak!?"dia mencapai teko itu dengan kasar-kasar. Hal itu buatkan Kayden berderam memberi amaran. "Apa lagi?"jelingnya dengan jengkel.

"Lemah lembut la sikit..."pesan Kyle.

"Teko mahal tu..."juih Noah. "Aku dapatkan handmade dari itali tu hah..kalau pecah kau nak gantikan yang sama ke?"

Hera buat muka tak puas hati sambil mencebik bibir menyampah. Banyak songeh betul!Mengalahkan cerewet orang tua!

Dengan hati berbuku geram dan sumpah seranah, Hera meletakkan teko itu dan diambil semula dengan lemah lembut. Tanpa menghasilkan sebarang percikan, empat cangkir cawan telah diisi dengan jayanya.

Kayden tersenyum puas.

"Berikannya kepada aku sekarang.." arah Kayden lagi. Dia sebenar cuba test kesabaran Hera. Nak tengok sejauh mana Hera boleh control tantrum dan kepala anginnya itu. Sebab itu la dia suruh buat itu dan ini tanpa henti sejak tadi.

Hera mengangkat kepala. Memandang Kayden dengan kening mencerun marah. "Melampau dah ni!" dia berdiri dengan kepalan penumbuk. Hampir saja dia mengaum dekat situ.

"Marah ke?"tanya Kayden hampir hendak ketawa bila tengok muka comel Hera bila marah. Dia menjungkit kening menanti jawapan dari gadis itu.

Hera balas renungan itu bersama ketapan gigi yang kuat sampai sakit gigi dia dubuatnya. "You are such pain in the ass!"lafaznya sebelum melutut semula di meja itu. Lantas satu daripada cangkir di situ di sua ke Kayden.

"Terima kasih...next time. Ponteng kelas lagi sekali. Boleh la aku suruh kau jadi pembantu peribadi aku dekat sini.."seloroh Kayden berbaur menyakat semasa bawa cangkir itu dekat ke bibirnya.

Memang tak la!Hera menjuling mata menyampah dengan ajakan itu. Dia lebih sanggup duduk dalam kelas dari menjadi kuli mamat tiga suku di depannya ini!Tangannya disilang ke dada tanda protes dan tak puas hati!Nampaknya maksu dia memang tak salah pilih orang. Kali ni lawan dia bukan calang-calang. Kayden bukan lelaki biasa yang dia selalu hadap sebelum ni!

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷