🌷Lagi Handsome Ex Dari Kau🌷
KETAK!
Ingatkan berhambus terus.
KETAK!
Sekali tu bertapak macam rumah ni tempat persinggahan pulak.
KETAK!
Ugh!
KETAK!
Menjengkelkan betul!
KETAK!
Tak cukup dengan tu...siap kena masakan lagi tu!
Ingat dia ni apa!Bibik ke!
Hera potong dengan marah bawang dan sayur di atas papan pemotong tersebut sampai bergema bunyi pisau berlaga dengan papan pemotong itu.
KETAK!
KETAK!
Kayden yang sedang duduk dekat depan kaunter menghadap Hera ketika itu menopang dagu memandang orang yang mengenakan apron merah jambu bunga-bunga yang sedang tunduk memotong bahan untuk masak dengan minat. Cekap tangan itu melakukan kerja tanpa sedikit pun menunjukkan tanda kekok.
Tapi itu la.
Dengar bunyi pun dah tahu yang Hera tengah marah.
"Marah betul bunyinya?"sakat Kayden semasa mencapai epal di dalam raga kecil di depannya itu. Epal itu kemudiannya di kesat pada lengan baju t-shirtnya sebelum di gigit. KRAK!Rangup!
Hera menjeling berang ke Kayden. Berharap dia dapat kerat bibir mugil milik Kayden dan di tumis buat lauk!Biar senyap terus lelaki di depannya ini. Tak reti nak diam!Asyik nak bercakap je!Tak penat ke! Dia tidak membalas komen itu dan hanya tekun memotong bawang dan bell pepper merah untuk dimasak tumis dengan kacang peas.
Disebabkan Riana masih sibuk menyiapakkan kerja untuk persiapan peperiksaan akhir pelajar, dia minta Hera tolong masakkan makan malam mereka kerana sedia maklum Hera pandai memasak. Itu pun Riana tahu lepas dua hari Hera menetap di rumahnya. Ada satu hari tu dia tidak sempat masuk kerana sibuk, sekali lepas balik kerja meja makan penuh dengan masakan. Bila di tanya Hera rupanya yang masak. Sejak itu Riana kerap menyuruh Hera yang memasak.
Oleh kerana dirinya tidak dihiraukam, Kayden mengeluarkan telefon. Dia membelek isinya. Dari melihat instragram, melayan twitter, memeriksa FB, lalu tonton video dari Tiktok. Selepas bosan dia beralih pada game ML dia.
Tanpa disedari oleh Kayden, ketika itu Hera sebenarnya sedang curi-curi lihat wajahnya. Dia yang memasukkan bahan yang siap di potong ke dalam bekas untuk di cuci kerling sekejap ke wajah Kayden. Mula dari dahi yang luas dan bersih ke kening hitam yang tajam dan kemas sebelum ke dua mata yang berbulu mata lentik, terus ke hidung yang mempunyi bridge yang mancung dan cantik. Semakin tergamit dengan wajah itu, Hera lihat pipi yang bersih tanpa cela lalu ke bibir itu.
Dengusan kecil pun lepas dari Hera. Memang handsome, tapi hati dia masih sakit mengenangkan sikap lelaki itu terhadapnya. "Tak boleh ke duduk dekat ruang tamu sana...nak menyibuk dekat sini kenapa?"keluhnya semasa mengupas kulis buah pear untuk di masak sira sebagai pencuci mulut nanti.
Kayden tersentak dari focus dia sebaik dengar suara Hera. Tetapi dia kawal dirinya untuk tidak memandang gadis itu, Jadi dia diamkan diri dan pandang skrin telefonnya. Berkelakuan seperti Hera buat terhadapnya sebentar tadi. Saja nak mengenakan Hera.
Menjuling mata menyampah Hera melihatkan sikap Kayden itu. Malas hendak pedulikan lelaki itu, dia berpaling ke sinki. Dibawa semua mangkuk dan bekas yang berisi dengan bahan masakan untuk di cuci semuanya.
Buah pear terlebih dahulu di cuci. Lalu di potong pertiga setiap belah. Setelah itu satu mangkuk kecil masu di tuang ke dalam air yang telah dididihkan sebelumnya, dua sudu gula kasar di tambah. Setelah selesai barula ia di kacau sehingga likat dan diakhir dengan sirap maple di tuang ke dalam untuk menambah rasa masam dan manis.
Hera begitu tekun dengan kerja memasaknya sehingga tidak perasan diperhatikan oleh Kayden di belakang. Lelaki itu memandang belakang Hera sambil memegang telefon. Dia tertarik dengan perwatakan Hera. Di akademi Hera kelihatan seperti tough girl yang mintak cari gaduh, tapi bila di rumah, Hera tidak ubah seperti gadis di luar sana. Normal dan simple. Langsung tiada karakter Budak bermasalah. Tapi kenapa Dekan beritahu dia Hera seorang gadis bermasalah?
"Kau tak letak racunkan masakan kau tu?"dengan tiba-tiba suara itu muncul di belakang telinga Hera.
Melompat terkejut Hera ketika itu, dia yang sedang cuci sayur dekat sinki terus berpaling. Namun pergerakannya buatkan belakang bahu dia melanggar depan dada Kayden. "Apa ni!Terperanjat la aku!"
Kayden ketawa kecil. "Aik...takkan la macam tu je dah terkejut..lemah semangat betul?Mana perangai gangster kau tu?"selorohnya.
Jengkel dengan komen itu, Hera menyiku dada Kayden yang berada di belakangnya ketika itu sebelum kembali menyambung kerjanya. "Kalau aku nak letak sekalipun, aku letak dalam makanan kau je. Biar senyap terus"
"Hei...sampai hati kau nak racun abang handsome macam aku ni?"Kayden jengah kepala ke tepi muka Hera.
Hera menjuling mata menyampah dengan komen itu. "Kisah pulak aku...handsome lagi ex boyfriend aku dari kau.."hamburnya.
Air muka Kayden berubah sebaik mendengarnya. Dia kembali berdiri tegak saat memandang tepi muka Hera. Ex?
Tersedar yang dia sudah terlepas cakap, Hera telan air liur lalu melepaskan hela nafas kesalnya sebelum gigit bawah bibir. Macam mana la boleh terlepas pulak ni! Elok dia cuba lupakan hal tu. "Dah la..pergi sana. Jangan kacau aku."halaunya semasa gerak ke dapur untuk mula memasak.
Buat seketika Kayden berdiri situ memandang Hera lantas beredar keluar dari situ sesaat kemudian tanpa berkata apa-apa.