🌷Kelas Etika Rumah Tangga🌷
Teko berisi the panas itu di pandang pelik dengan kening berkerut oleh Hera. Melihat betapa kakunya tangan dia membuat kerja-kerja halus seperti ini buatkan dia berfikir dua kali akan alasan kenapa dia masih bersetuju untuk lakukan semua ini?Entah kenapa dia sanggup luangkan masa untuk kelas yang membosankan ini. Sedangkan Hera boleh sahaja lompat tembok dan ponteng kelas.
"Hera...tangan tu..."baton sehalus pensil itu hingga pada lengan Hera membuatkan gadis itu tersentak. "Angkat sikit...jangan terkepit-kepit.."ujar Puan Bella, pensyarah yang bertanggungjawab dalam aktiviti kelab Etika dan Rumah Tangga.
Wajah bulat berkaca mata Puan Bella di pandang judging oleh Hera. Dia berkira-kira apa la yang patut dia katakan pada pensyarahnya yang satu ini. Yalah...dia masuk ke dalam kelab ini pun bukan atas kerelaannya sendiri. Semua ini adalah rancangan maksu dia. Makcik dia yang sorang tu yang berikan nama dia pada kelab ini!
Ini suatu penderaan mental!
"Sebagai seorang gadis, kita perlu mempunyai kesopanan dan Susila yang sempurna...lagi-lagi gadis seperti kamu"syarah Puan Bella yang mula menerangkan teorinya.
Hera apa lagi, dia lepaskan keluhan jengkelnya lalu meletakkan teko itu ke bawah dengan kasar. Buatkan air panas dari teko itu terkeluar. Dan pelajar perempuan yang sedang berdiri di meja sebelah Hera ikut tersentak.
"Saya tak nak buat.."berontak Hera dengan muncung tak puas hatinya. "Lenguh tahu tak lengan saya..tegak la..senget la...jangan terkepit la...penat tahu tak"keluh dia sewaktu menolak cangkir dan peralatan penyediaan teh itu tidak suka. "Ingat ini ini zaman apa?Eropah 20-an?Kerabat di raja?Kolot betul.."
POK!
Baton ditangan Puan Bella hinggap di kepala Hera pula namun perlahan.
Puan Bella mengetap bibir menahan sabar melihat tingkah anak buat kepada Dekan Riana depannya itu. Kecik besar je dia perhatikan anak gadis itu. Kalau anak dia sudah lama dia beduk kepala tu biar terbuka sikit minda ni!
"Budak bertuah...jaga Bahasa kamu. Sebagai seorang gadis, lemah lembut dan kesopanan itu penting. Ini bukan soal zaman apa. Ini soal adab dan Etika. Tertib. Itu point kelab ini. Tidak kisah la aktiviti apapun...apa yang mesti beradab."jelas Puan Bella dengan berhemat.
Bla..bla..bla..!Hera buat muka menyampah sebelum menjuling mata kejengkelan sebelum silang tangan ke dada dan lemparkan pandangannya ke sekeliling kelab itu. Kebanyakkan ialah pelajar perempuan. Dan semua pelajar perempuan di situ kelihatan begitu tekun sekali jalani aktiviti kelab tersebut. Hingga buatkan hidung Hera kembang kempis setelah melihat wajah-wajah nerd di situ.
Sangat ketinggalan zaman.
Begitu formal seperti orang tua.
Rambut bertoncang, skirt labuh paras lutut. Tali leher kemas terikat. Baju tuck in di dalam skirt.
Ugh!
"What ever...saya tak nak lakukan semua ni lagi. Saya nak keluar.."beritahu Hera dengan kesal. Tangannya jatuh ke sisi saat menghadap Puan Bella di depan meja kerjanya ketika itu.
"Kita masih ada baki sejam 40 minit lagi Hera.."minta Puan Bella.
Tidak dengar akan kata-kata itu, dengan tidak sopannya, Hera terus berlalu pergi dari situ. Meninggalkan Puan Bella begitu sahaja. Dia tidak susahkan diri untuk palingkan kepala atau kerling sewaktu dirinya di perhatikan pelajar lain sewaktu menuju ke arah pintu.
Puan Bella yang sedia maklum mengenai sikap Hera, tidak melenting. Dia kekalkan postur tenang dan sopannya dan focus ke pelajar yang tersisa di situ. "Baiklah...kita sambung ke sesi seterusnya."maklumnya dengan elegan.
Di luar kelab
Hera tutup pintu itu sambil jeling geram ke pintu tersebut. Seperti pintu itu manusia paling menjengkelkan dalam dunia ni!
"Buang tebiat apa"cebiknya. "Memang tak la aku nak terperuk dalam kelab tu selama dua jam menghadap teko dengan teh semata...tak masuk akal betul!"keluhnya sambil mengurut otot bahu yang berasa sengal dan kaku kerana kelas tadi. Menyedari dia sendiri di situ, Hera pun kalih matanya ke koridor di depannya.
Lenggang.
Tiada orang.
Sepertinya pelajar lain masih berada di kelas masing-masing. Mungkin sedang menjalankan kuliah mereka. Lantaran itu Hera angkat tangan kiri dan kerling waktu di jam tangannya. Masih ada masa lagi sebelum waktu makan tengah hari tiba. Memandangkan kelas etika dan rumah tangga tidak dihadirinya, dia merancang untuk keluar dari situ.
"Kalau ponteng ni seronok jugakDari terperuk dekat tempat kuno ni"detik hati Hera semasa menuruni tangga. Sambil itu dia menyanyi kecil. Senang hati kerana dapat bebas sekali lagi dari menghadiri kelas.
Namun begitu, tidak lama Hera berjalan, tiba-tiba Hera mengesan masalah tidak jauh dari tempat dia sedang berdiri. Tertarik dan ingin tahu buatkan Hera berhenti. Dia berdiri di situ sambil mengecilkan mata untuk dapatkan visual yang jelas dari jarak jauh itu.
Di situ, sekumpulan pelajar sedang mengerumuni tiga pelajar yang bersandar di dinding.
"Hah!Janngan nak menyibuk Hera."bicara Hera sendirian.
Tidak lama dia berkata begitu, kakinya terus di atur ke tempat tersebut. Mendekat tanpa di kesan kerana ingin memerhati keadaan tersebut. Manala tahu kan sekiranya memerlukan dia untuk hulurkan bantuan ke apa ke! Dengan senyap, setelah tiba ke tempat tidak jauh dari kawasan kejadian, gadis itu menyorok di tiang sebelah batu dimana kumpulan itu berada.