🌷Ms. Gangster Tunjuk Belang🌷
Kaki yang memakai kasut tumit wedges satu inci warna hitam berkilat itu berlari merentasi koridor dengan langkah yang luas. Melewati para pelajar yang ada di sekitar koridor walaupun jelas-jelas terdapatkan papan tanda 'Dilarang Berlari Di Koridor' di kawasan itu. langkah itu kemudiannya terhenti tidak lama kemudian setelah dia tiba di cafeteria akademi yang telah sibuk dan padat dengan pelajar-pelajarnya.
"Haiih...lambat dah."gerutu Hera di situ sewaktu kerling pelajar-pelajar yang lalu lalang melintasi sekelilingnya ketika itu. Ada yang bawa dulang berisi makanan, ada yang bawa buku di tangan, ada yang pegang minuman di tangan masing-masing. Lantas mata dia terarah pada barisan pelajar-pelajar yang siap tersusun beratur di setiap booth makanan yang ada di situ.
Paling tak suka adalah beratur ketika hendak dapatkan makanan!
Maka berdiri la Hera dekati situ yang comel dengan uniform hari selasanya itu. Kemeja putih lengan pendek, reben ropol merah merun berada di kolar. Rambutnya diikat satu ke belakang dengan tinggi.
"Asal la tempat berprestij macam ni tak sediakan buffet..kan lagi senang."sungut seorang pelajar perempuan yang melewati Hera ketika itu.
"Yalah...kalau hari-hari macam ni tak sempat kita nak makan, waktu rehat dah habis.."
"Itu la..dengan tangan aku macam ni..lagi la.."
Kepala Hera terus berpaling memandang dua orang pelajar perempuan itu dengan kening terangkat ingin tahu. Seorang daripada mereka mempunyai casing di lengan kanan dan tergantung di bahu. Mungkin patah!Seorang lagi jalan memimpin rakannya disisi.
"Sakit lagi ke?"
"Tak..sikit je.."
Hera gerak hendak berpaling dari situ, tidak jadi hendak makan kerana tidak suka menunggu atau beratur bagai seperti yang lain. Tetapi di saat dia mahu pusingkan mata, ekor matanya ternampak kelibat seorang pelajar lelaki memegang dulang sedang berjalan menuju ke arah dua orang pelajar perempuan tadi.
Buat seketika Hera perhatikan saja langkah pelajarlelaki itu, menanti pelajar lelaki itu angkat kepala dari terus memandang skrin telefon supaya perasan akan hadapannya. Semakin Hera tunggu semakin hampir pula pelajar lelaki itu ke arah pelajar perempuan yang tangan bersimen tadi.
Dia dekat situ dah genggam erat jari jemarinya. Hatinya berbolak balik membuat keputusan. "Jangan halang Hera...biarkan...biarkan.."bisiknya di situ sambil perhatikan tidak sabar ke pelajar lelaki tersebut.
F*ck this!
Mahu tak mahu Hera jalan laju ke arah dua orang pelajar perempuan tadi. Setiba sahaja dia di belakang mereka, Hera tolak gadis cedera itu ke tepi tepat sewaktu pelajar lelaki yang pegang dulang dan pandang telefon tadi menghampiri mereka.
Namun tidak sempat Hera hendak elak, dulang pelajar lelaki itu terlanggar tepi lengan Hera lalu terlepas dari cengkaman. Ianya kemudian jatuh terhentk ke lantai sementara mangkuk berisi sup cendawan panas itu terbalik dari dulang.
SPLASH!
Segalanya berlaku dalam sekelip mata.
Sesiapa tidak sempat hendak bereaksi atau perasan apa yang terjadi.
Dua orang pelajar perempuan yang diselamatkan oleh Hera tadi berpaling terkejut ke belakang mereka.
Pelajar lelaki yang terjatuhkan telefon dan dulang ke lantai sudah tergamam dekat situ kerana tersentak.
Sementara Hera berdiri dekat situ dengan mata terarah pada kasut dan skirtnya yang terkena percikan sup cendawan tadi. Mujur la tidak tumpah mengenai dia!Kalau kena, memang dia kerjakan lelaki depannya ini separuh mati di depan semua orang di situ jugak.
Dengan kening berkerut, pelajar lelaki itu dijeling Hera.
"Hoi!Kau jalan pakai mata ke pakai lutut?Tak Nampak ke orang berdiri dekat sini!"marah Hera dengan berang. Senak dada dia dibuat kejadian tadi. Nasib baik dia sempat!Kalau tidak habis dua pelajar perempuan tadi cedera!
Terpinga-pinga pelajar lain yang ada di dalam cafeteria tersebut sebaik mendengar suara lantang Hera. Elok bising terus jadi senyap ruangan tu.
"Ma-maafkan saya...saya tak perasan.."ucap pelajar lelaki itu tergagap-gagap.
"Mana nak perasan kalau mata ke telefon!kau tahu tak kau bawak benda panas. Kalau kena aku tadi kau nak bertanggungjawab ke!"soalnya sambil tunjal bilah bahu itu dengan keras. Lantak situ kalau sakit. "Tengok apa kau dah buat!Habis Kotor kasut aku!"
Pelajar lelaki itu gerak hendak tunduk mengutip telefonnya.
Hera yang Nampak apa lagi, terus berderau darah dia!
Boleh pulak telefon yang didahulukan?Tak Nampak ke dia tengah marah ni!Memang tak la!
Tercapai saja tangan itu ke telefon tersebut, kaki Hera muncul lantas ia hinggap ke atas tangan pelajar lelaki itu.
"AhH!"aduh pelajar lelaki itu serta merta. Dia dongak memandang Hera sambil pegang kaki gadis itu. "Apa ni!Sakit la!"
Hera menarik sengih mengejeknya. "Bersihkan kasut aku dulu.."arahnya menggunakan mata untuk tunjuk kasutnya yang Kotor.
Pelajar lelaki itu berkerut kening susah hati lalu mengangguk kepala. "Baik.."
"Cepat!"gesa Hera sambil memberi tekanan pada kakinya yang sedang memijak tangan itu. Sakit hati betul la!Ini la masalah Budak-Budak sekarang. Segalanya tentang telefon, sampai semua benda dah tak Nampak!
Kejadian itu dirakam oleh seseorang secara sembunyi dari awal hingga akhir sebelum rakaman itu di hantar ke seseorang.