🌷Deal🌷
Elisa tersenyum memandang wanita usia sebayanya yang sedang berdiri di hadapannya ketika itu. "Jemput masuk Dekan Riana.."sambutnya.
Riana pun melangkah masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat yang berada tidak jauh dari kediamannya. Hanya di seberang jalan selang dua rumah sahaja. "Maaf menganggu malam-malam begini."
"Jangan risau...dekan dah makan?Kalau belum saya ada masak lebih untuk makan malam tadi.."beritahu Elisa sewaktu tutup pintu sebaik Riana berjalan masuk ke dalam.
Lekas-lekas Riana menggeleng kepala sambil lambai tangan tanda enggan. "Tidak perlu..saya baru sahaja selesai makan tadi...Kayden ada di dalam?"
"Ada...di ruang tamu. Dekan jemput la duduk dulu. Saya sediakan air untuk puan."pelawa Elisa sambil aju tangan ke arah pintu masuk ruang tamunya.
Riana pun mengangguk kepala. "Baik. Terima kasih.Maaf kerana menyusahkan."senyum dia pada Elisa.
Dua orang itu kemudiannya bergerak ke arah yang bertentangan.Elisa ke dapur, Riana ke ruang tamu.
Belum sempat Riana masuk ke ruang tamu itu, telinga dia menangkap bunyi alunan lagu yang dimainkan dari piano. Tidak hairan dengan hal itu, dia terus jengahkan kepala untuk lihat ke ruang tamu itu lantas ternampak seorang lelaki sedang duduk di bangku depan piano.
Ini dia...penyelamat dan juga orang yang bakal membantu dia laksanakan misi serta rancangannya nanti.
"Kayden.."panggil Riana sebaik berdiri di tepi sofa menghadap piano dimana anak muda yang ringkas mengenakan hoodie hitam berseluar Panjang sama warna itu berada.
Kepala itu berpaling. Kayden yang bercermin mata bingkai petak menjungkit kening sebaik ternampak Riana berdiri di situ, dia hentikan mainannya di piano itu.
"Dekan...lama sampai?"tegur Kayden sebelum bangun dari situ. Lantas dia gerak mendekati sofa satu seat di situ.
Riana menggeleng kepala. "Tak adalah..saya baru saja sampai.."katanya.
"Jemput la duduk.."pelawa Kayden serta merta.
Lantas Riana duduk di sofa tiga seat di tepi sofa dimana Kayden duduk. Sebaik dia selesakan diri di situ, terus dia berkata. "Kamu dapat pesanan saya bukan?"katanya sewaktu seluk tangan ke dalam beg tangan lantas mengeluarkan buku edisi terhad koleksinya dari situ.
Mata Kayden ikut terarah pada buku itu. "Ya...puan beritahu saya yang puan perlukan bantuan dari saya...tentang apa ya?"
Memangla Kayden terkenal dengan perangai buli lelaki itu di akademi. Tapi Kayden lakukan semua itu bukan saja-saja atau nak mengenakan orang yang lemah darinya. Sebaliknya, Kayden buli mereka yang overpower di akademi. Nak behavekan mereka supaya tidak tunjuk besar kepala di situ. Dan semua ini mendapat sokongan dari Riana sendiri. Dan mereka berdua ni ibarat seperti best buddy sejak berkenalan lima tahun lalu selepas Kayden berpindah di kejiranan ini.
"Ini buku kamu.."serah Riana.
Sambil tersenyum menerima rasuahnya, Kayden pegang buku itu dengan cermat lagikan berhemat. Seakan buku itu adalah benda paling bernilai dan rapuh. "Okay. Apa deal tu?"tanya dia setelah itu.
Riana termenung sekejap melihat permaidani di bawah kakinya ketika itu. Dia tahu dia tak patut buat semua ni, tapi demi membendung masalah disiplin Hera, dia sanggup lakukannya. "Ceritanya begini. Anak buah saya baru tiba hari ini...namanya Hera Xiana. Dia ni ada masalah sikit dalam mengawal emosi dan sikap barannya. Jadi saya tempatkan dia ke sini untuk membantu dia.."mulanya.
Kayden yang dengar tekun memberi perhatian, dia sedaya upaya kawal diri untuk tidak memberi reaksi. Tetapi sebaik dengar nama unik yang disebutkan Riana, hatinya terus terkutik lantas keningnya berkerut ingin tahu lebih lanjut.
"Saya perlukan kamu untuk menjadi pengawas saya bagi memantau Hera di akademi nanti."Riana pandang berharap ke Kayden. "Selain kamu, saya tiada calon yang lebih sesuai untuk membendung Hera nanti...sebagai bayarannya...jika kamu bersetuju, saya akan berikan surat rekomendasi secara rasmi ke mana-mana university berprestij yang kamu mahukan. Jika kamu mahu juga saya akan bantu untuk dapatkan dana bagi membiayai projek dan pembelajaran kamu nanti."
Terbuka luas mata Kayden, dia yang sandar pada sofa terus duduk tegak sebaik mendengarnya. "Apa puan cakap?"tanya dia dengan nada tak percaya.
Riana berdengus kecil sambil tersenyum nipis. "Sekiranya kamu dapat bantu saya ubah Hera saya menjadi lebih baik..itu la yang akan saya tunaikan.."katanya lagi memberi kepastian.
Kayden mengetap bibir lalu menelan air liur kerana begitu tergamam dengan apa yang baru di beritahu sebentar tadi. "Dan tugas saya hanya la pantau dan jaga dia?Begitu?"
Riana mengangguk kepala."Ya..."dia pandang ke Kayden dengan perasaan nekadnya.
Tersengih jahat Kayden tidak lama selepas itu. "Deal. Bukannya susah pun.."katanya.