🌷Girly🌷
What the hell!
Jatuh terbaring bagasi merah dan hitam itu di lantai lepas yang memegangnya terlepas cengkam ekoran terlalu terperanjat dengan apa yang dilihat olehnya.
Rahang Hera jatuh terbawah, dia pandang penuh kengerian ke seluruh ruangan bilik tidurnya itu.
Dari hiasan hingga perabotnya begitu...."Eew...apa ni?"tanya Hera sendiri di depan pintu bilik tu. Segalanya dalam bilik tidur dia berwarna merah jambu princess. Seperti kartun Barbie. Everything in pink.
"Cantik tak?"Riana muncul di sebelah sambil merangkul bahu Hera. "Ianya mengambil masa tiga hari untuk set up semuanya menjadi cantik...interior designer tu yang reka semuanya. Aunt cuma beritahu yang semua ni untuk kamu.."
Hera palingkan kepala ke kiri dengan kening berkerut. Beri renungan 'dah buat tebiat apa' kepada maksunya itu.
"Aunt perli Hera ke apa ni?Tahu la perangai Hera ni samseng...kalau ya pun tak payah la hias bilik macam ni sekali..."keluhnya dengan letih. Elok dia nak dapat mimpi indah jadi ngeri terus bila menengokkan keadaan bilik tidur dia begini. "Tak ada bilik lain ke?"
Riana ketawa kecil.
"Mana ada..okay la ni...lagipun aunt tiada bilik lain..yang ada pun dah diubah jadi bilik bacaan dengan pejabat...bilik master pun dua je..satu aunt..satu kamu.."
Hera menggeleng kepala kengerian.
"Ah-ah..no way. Hera sanggup tidur dekat ruang tamu kalau macam ni gayanya."dia berpaling hendak gerak keluar dari situ.
Sambil tersenyum lebar, Riana dakap Hera dan palingkan anak saudaranya semula menghadap bilik itu. "Kenapa...cantik kan...kenapa nak tidur dekat ruang tamu..tilam mahal bukan main lagi aunt sediakan...alah..kamu nanti lama-lama terbiasa la..."
Memang tak la!Girly betul!Hera buat muka tak suka.
"Tak apa...kamu guna bilik ni buat sementara waktu..nanti ada masa aunt ubah semula. Okay?"Riana jengah kepala memandang muka Hera. "Sekarang pergi mandi dan rehatkan diri kamu. Nanti dah siap .aunt panggil kamu untuk makan sama.."belakang badan Hera di dorong supaya maju ke hadapan.
Masih enggan menerima semua itu, Hera berpaling hendak bersuara, tetapi tidak sempat setelah maksu dia bergegas keluar dari situ dan tutup pintu bilik meninggalkannya di situ. "Seriously?"tanya Hera sendirian di situ semasa pandang kesal ke pintu bilik.
Diluar bilik pula, Riana sudah ketawa tanpa suara. Muahaha!Padan muka anak saudaranya itu. Dengan orang lain mungkin Hera takkan patuh. Tapi dengan dia, akan dipastikan bahawa anak saudara dia akan ikut segala aturan yang di siapkan disini dengan rela atau tidak. Sebab dia akan pastikan Hera berubah menjadi lebih baik menetap bersamanya!
Berasa senang hati dengan harinya, Riana jalan menuju ke arah tangga sambil menyanyi kecil. Namun deringa telefon yang datang dari poket seluar jeannya ketika itu buatkan Riana berhenti dari melangkah. Sambil mengangkat kening kehairanan, dia seluk tangan dalam poket dan mengeluarkan telefonnya dari situ.
Telefon itu di talakan ke depan mukanya. Bila Riana lihat nama pemanggil itu, terus tersenyum dia.
"Hah...baru nak call..ingat dah lupa.."sapa Riana serta merta sebelum menyambung langkahnya untuk turun ke tingkat bawah.
"Maaf...baru perasan mesej puan.."jawab si pemanggil.
"Kamu ada dimana ni sekarang?"
"Rumah je.."
"Ibu kamu ada sekali tak?"
"Ada...tengah sibuk mengemas...itu yang saya tak perasan puan mesej saya sebentar tadi."
Riana yang dengar hanya tersenyum senang. "Oh..ya ke. It's okay..saya sendiri pun sibuk sekarang ni. Nanti selepas makan malam saya ke rumah kamu.."beritahunya yang teringat akan rancangan dia.
"Okay....puan bawakan saya buku yang saya minta hari tu sekali ke sini.."
"Alright."balas Riana sebelum memutuskan panggilan tersebut.