🌷Terdengar🌷
Kisah Hera dan Cassy sudah menjadi topik nombor satu carian di dalam laman web kolej. Dari facebook hingga la ke media social pelajar yang lain. Ianya berada di mana-mana. Pelbagai cerita, caption serta artikel tersiar di dalamnya. Ada yang sahih ada yang tidak. Ada yang ditokok tambah, ada yang ditambah-tambahkan supaya kedengaran lebih gempak dan menarik.
Namun semua itu sikit pun tidak menarik perhatian si empunya kisah.
Malah jadi panas punggung dia di buatnya adalah.
Siang malam jadi tidak tenang.
Risau sekiranya tertangkap atau ketahuan.
Ibarat pepatah, setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua sepandai-pandai orang kalau dah salah tetap tertangkap juga.
Itu la yang terjadi pada Natalia. Sejak dua minggu yang lalu, dia sudah tidak tenang memikirkan pengakhiran hidupnya nanti.
Berkelakuan seperti pencuri tertangkap, Natalia mengenakan hoodie di kepala dan jalan menyorok di celah-celah pelajar lain agar tidak begitu obvious di pandangan mata orang lain. Dia jalan sehingga tiba di dalam bilik kuliahnya. Sesampai di situ dia ambil tempat biasa dia duduk setiap kali kelas. Baru dia hendak selesakan diri menyembunyikan wajahnya dari balik hoodie tidak semena satu sergahan muncul.
"Wei!"sergah seseorang dari tepi membuatkan Natalia melompat dari duduknya.
"Kau pehal!"marah Natalia pada rakan sekuliah dan orang yang duduk di sebelahnya waktu itu. "Terkejut la aku tak guna!"kakinya bergoncang tidak tenang kerana ketagihan yang sedang dialami.
Lydia tersengih kambing menayang barisan gigi. "Eh..kau ni..garang sangat kenapa. Chill la.."
Natalia menjuling mata menyampah dengan kata-kata itu. Chill kepala otaknya!Sejak dua minggu lepas lagi dia tak pernah tenang!
"Oh ya...kau ada dengar tentang Cassy tak?"Lydia bertanya sewaktu mengambil tempat di sebelah Natalia. "Aku dengar dia dah tarik semula kes dia.."ujarnya separa berbisik sambil sondong ke tepi Natalia.
"So?"sentap Natalia kerana emosinya terganggu saat itu. "Apa kaitan dia dengan aku?"
Lydia ketawa kecil. "Mestilah ada kaitan..kan sebab kau kenapa Hera ada dekat penjara. Sebab kau la dia terima tuduhan tu...Kalau bukan disebabkan Cassy yang bijaksana tu lindungi jenayah kau..maybe kau yang ada dekat penjara sekarang ni.."
Natalia menoleh pantas saat jeling ke arah rakannya dengan renungan mahu membunuh.
"Kalau cakap tu tak boleh ke kuat lagi..biar semua orang dengar!"deram Natalia dari balik ketapan gigi kegeraman dengan Lydia. Huish!Perempuan mulut tempayan ni kan!Tak sayang mulut agaknya!
Lydia melepaskan keluhan letih. "Aku dah beritahu ayah aku..dia akan pindahkan aku ke Itali. Rumah makcik aku"beritahunya.
Menjegil terus mata Natalia sebaik mendengar kenyataan itu. "Kau!"jari telunjuknya naik di depan muka Lydia. "Jangan cuba nak lari eh...kau pun sama terlibat dengan kes Cassy..."
Lydia sekadar menjungkit bahu tidak peduli."Well..bukan aku orang terakhir yang sentuh dia...jadi sebelum kolej yang tending aku keluar dari sini better aku yang berhambus dulu untuk jaga air muka.." katanya.
Natalia mengetap gigi menahan sabar. Tak guna punya member. Dah salah lari. Kemudian biarkan dia sendiri! "Habis tu aku macam mana?"tanya dia.
"Pandai-pandai la kau berurusan dengan pihak kolej nanti kalau benda ni kantoi.."kata Lydia sebelum keluarkan telefonnya dan scroll skrin tersebut.
Sementara Natalia dekat sebelah menjadi gelisah. Matanya gerak kanan dan kiri tidak tentu arah, hujung jari di gigit.
Tanpa menyedari bahawa Que duduk di barisan belakang mereka. Lelaki itu tanggalkan earfon dari telinga dengan kening berkerut tanpa mengalihkan perhatiannya dari dua kepala di depannya. Namun tidak lama, Natalia bingkas bangun dari situ dan keluar dari dewan kuliah tersebut.
Que di situ perhatikan langkah lekas Natalia hingga la gadis itu hilang dari muka pintu tersebut. Sedang dia termenung, ketika itu la telefonnya ambil keputusan untuk berdering pada masa yang sama. Buatkan Que tersentak dari lamunannya. Tanpa berlengah telefon yang berada di sebelah buku di capai lalu skrin di sentuh.
"Hello?"sapa Que dengan perlahan.
"Kau dekat mana?"tanya orang di dalam panggilan itu.
"Kelas"Que jawab dengan nada termenung tak percaya dia. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Lydia sebentar tadi dalam kepala dia. Sumpah!Dia terkejut sangat saat ini. Sampai terasa kebas seluruh badannya.
"Ni...ada dua orang pemain baru yang akan ganti Alan dengan Joshua nanti.."
"Oh..okay. Nanti masa makan tengah hari..jumpa aku dekat padang.."jawab Que saat termenung.
"Okay..jumpa nanti."
Setelah itu Que pun memutuskan panggilannya. Dia melepaskan keluhan berat sewaktu gerak bersandar ke kerusi.