🌷Kejam🌷
Flashbacks
"Bukan Hera...tapi orang lain..Nama dia Natalia..Dia yang buat saya macam ni.."beritahu Cassy dengan sebak.
"Kalau macam tu kenapa tuduh Hera yang lakukannya?"
"Saya terpaksa...saya tak nak hal ni jadi semakin serius...Natalia seorang penagih. Kalau saya beritahu dia pesalahnya, Bukan saja nama kolej akan terjejas..tapi semuanya akan jadi rumit"jelas Cassy lagi.
"Kamu sepatutnya fikirkannya sebelum menuduh Hera sebagai pelakunya. Kamu tahu tak keputusan kamu ini telah meletakkan Hera di situasi yang mana buatkan dia gali kuburnya sendiri?"
"Encik peguam...saya tahu saya salah...saya cuma sakit hati...waktu tu..waktu tu Hera Nampak saya...dia Nampak saya kena buli tapi dia tak buat apa-apa...malah pergi macam tu je.."luah Cassy dengan kening berkerut tak puas hatinya.
"Kamu salah...waktu tu..pensyarah kamu, Sir Liam tu...dia tolong kamu sebab Hera yang buatkan dia datang ke situ...Hera...tolong kamu Cassy.."
End of flashbacks
Hela nafas dilepaskan kesal. Peguam belah Hera termenung memandang fail kesnya dengan renungan letih. Dia tutup fail itu sebelum berpaling memandang ke kanannya. Melihat orang yang sudah terlena di selimut dengan kot. Lingkaran bawah mata itu menunjukan orang itu benar-benar keletihan.
Seusai selesaikan hal di penjara tadi, Hera dibawa oleh peguam belanya. Dan kini mereka masih berada di dalam kereta. Peguam bela Hera ada urusan lain yang perlu di uruskan. Jadi Hera terlena sewaktu dalam perjalanan mereka itu.
"Apa maksud Cik Hera?"
"Maksud saya, kamu diamkan diri paling tidak iyakan sajala la semuanya. Tak kira apa sekalipun kenyataan yang mereka berikan tu. Kamu iyakan saja. Saya tak nak Cassu buka mulut dan dedahkan nama Natalia. Kalau hal ni berlaku, isu ni akan jadi serius. Just imagine..macam mana kalau keluar berita dengan headline, pelajar dari Kolej New West adalah seorang penagih dan hamper membunuh seorang pelajar.kamu rasa apa yang akan terjadi pada nama baik kolej ni nanti?Tak ke orang akan berhenti datang belajar di kolej ni. Sia-sia sajala usaha datuk saya bangunkan nama baik dan bina kolej ni.."
"Tapi Cik Hera, macam mana dengan masa depan cik sekiranya cik dijatuhkan hukuman penjara?"
"Alah...biarlah..kalau ianya lebih baik dari saya duduk Bersama dengan mama papa saya yang suka bergaduh tu...baik saya duduk dalam penjara...lagi aman."
Knock!
Knock!
Ketukan pada cermin kereta menyentak lamunan peguam bela itu. Dia palingkan kepalanya ke tepi cermin itu dengan lekas lalu membuka pintu kereta dan keluar dari situ.
"Tuan.."sapa peguam bela itu kepada Papa Hera sebaik dia berdiri berhadapan dengan lelaki itu.
Papa Hera kerling ke cermin kereta, melihat ke dalam kenderaan itu dimana Hera duduk di seat depan sedang terlena.
"Uruskan hal ini dengan baik.. Pastikan tiada satu pun artikel atau bukti mengenai Hera keluar dari negeri niKalau ada hapuskannya secepat mungkin"satu beg bimbit hitam di serahkan kepada peguam itu.
Peguam bela itu tunduk memandang beg bimbit itu sebelum menolaknya ke bawah sewaktu memandang Papa Hera. "Tuan...tidak mengapa. Saya lakukannya semuanya kerana rela bukan disebabkan bayaran. Apa yang penting tuan perlu tahu satu perkara, Cik Hera hanya perlukan keluarga di sampingnya. Dan dia tak bersalah. Apa yang dia cuba lakukan adalah untuk pertahankan maruah keluarganya sendiri."maklum peguam itu.
Papa Hera berdengus mengejek. Hujung bibirnya terjungkit.
"Pertahankan?Lebih kepada memalukan keluarga sendiri...saya dah hadap cukup dengan masalah yang Hera timbulkan..sampai muak saya nak handle isu dia ni"getus Papa Hera dengan benci.
Peguam bela Hera menundukkan kepala ke bawah. Hati lelakinya ini yang diruntun rasa marah dan kecewa. Banyak-banyak klien yang dia handle, Hera adalah antara yang dia paling terkesan. Cuba bayangkan seorang anak muda cuba lakukan segalanya sendirian dengan ibubapa yang tidak menyokong, kalau dia sendiri pun sanggup duduk penjara dari jalani kehidupan di dunia luar ni.
"Bawa la dia pergi dari sini saya tak kuasa nak hadap muka menyakitkan hati tuitu saja untuk hari ni.Saya hubungi kamu di lain masa."beritahu Papa Hera sebelum berpaling dari situ tanpa teragak-agak.
"Baik tuan.."sambut peguam itu dengan tundukan hormat.
Di dalam kereta, Hera yang sebenarnya hanya tidur-tidur ayam mendengar perbualan dua orang itu melalui cermin kereta yang melopong di seat driver sejak tadi. Tanpa pengetahuan sesiapa, air mata pun menitis keluar dari tepi mata yang terpejam tu.