🌷Dituduh🌷
Suasana di cafeteria sibuk seperti kebiasaannya. Pelajar-pelajar kolej bersepah dimana-mana dalam tempat itu. Sama ada makan atau berborak sehingga la duduk berdating mengalahkan pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt. Di balik kesibukan dan borak sakan pelajar-pelajar di situ, Hera duduk sendirian di sebuah meja. Banyak-banyak meja di situ hanya meja Hera sahaja yang tidak dikelilingi pelajar. Ramainya duduk menjauh semeter dua dari meja dimana Hera berada.
Seperti elemen air dengan minyak.
Hera buka bungkusan plastik dari sandwichnya. Setelah itu dia pandang dengan berselera makanan tersebut hingga tidak sedar yang dia menelan air liur kerana lapar.
Saat sandwich yang berada di tangannya gerak hendak masuk ke dalam mulut, kedengaran suara dari alat pembesar suara dalam cafeteria dengan tiba-tiba.
"Perhatian kepada pelajar bernama Hera Xiana...sila hadirkan diri ke pejabat dekan. Serta merta. Dengan kadar segera. Sekiranya anda tidak hadirkan diri dengan lekas, tindakan akan di ambil."
Huh?
Kepala Hera tersentak, dia pandang sekeliling siling cafeteria itu dengan kening berkerut.
Nama dia?
Sekali lagi??
Serius?
Hera memejam mata, menahan sabar. Dalam diam dia menarik nafas dalam-dalam lalu di hela Panjang cuba menyabarkan diri. Pada masa itu la perut dia berkeroncong mengeluarkan bunyi lapar minta diisi.
Banyak-banyak masa kenapa la waktu ni jugak nak ganggu?
"Apa lagi yang kau orang nak dari aku ni?"keluh Hera dengan nada mengalah saat tangan dia turun ke bawah. Meletakkan semula sandwich tadi ke dalam bekas bungkusannya.
"Sekarang Cik Hera Xiana.."ulang suara itu lagi di pembesar suara.
Bersama keluhan malas dan perasaan yang berat Hera atur langkahnya menuju ke pejabat dekan seketika kemudian. Sewaktu dia hendak hampiri pejabat, dia dapat lihat dua orang lelaki berbaju serba hitam sedang berdiri di depan pintu bilik pejabat tersebut. Perasan Hera yang sedang menghampiri pejabat itu, kedua-dua lelaki itu pun memandang ke arahnya.
Sambil memandang dua orang lelaki itu, Hera beri ketukan pada pintu itu sebelum tolak daun pintu ke dalam tanpa menunggu dirinya di panggil. Apabila Hera berjalan masuk, dua lelaki tadi ikut melangkah masuk bersama dengannya di belakang.
"Puan nak-PANG!"baru sahaja Hera hendak bersuara, tiba-tiba sahaja seseorang datang dari arah depan menerpa ke arahnya lalu satu tamparan hinggap ke pipi kiri dengan kuat. Membuatkan tubuh Hera hilang keseimbangan lantas terduduk dekat situ dalam sekelip mata.
"PEREMPUAN TAK GUNA!SAMPAI HATI KAMU BUAT ANAK MAKCIK BEGINI!"jerkah wanita yang menampar Hera ketika itu.
"Puan bawa bertenang!"pujuk Sir Liam yang muncul di sisi Puan Joey tidak lama selepas kejadian itu berlaku. Dia cuba pegang lengan wanita itu hendak menghalang dan jauhkan wanita itu dari Hera.
Hera dibantu oleh dua lelaki di belakangnya bangun dari situ. Dia memandang pelik ke arah dekan, Liam dan dua lelaki di sisinya ketika itu sebelum berhenti pada makcik yang menampar dia secara tiba-tiba tadi.
What the hell!
"Can anyone tell me what is going on right now?"tanya Hera sambil gosok pipinya yang berasa kebas dek tamparan tadi. Padu gila!Sampai berdesing telinga dia sekarang ni. Sekali lepas dia sentuh, Hera perasan ada yang terpalit pada jarinya. Bila di tengok, darah! "Siapa makcik ni?Kenapa tiba-tiba tampar saya?"marahnya dengan kening mencerun berang ke makcik tadi.
Puan Joey apa lagi, dia pun mengaum terus lepas tengok siapakah orang yang dinyatakan oleh anak perempuannya semalam.
"Aku ibu Cassy, orang yang kau belasah separuh mati sampai cedera teruk tu!Patutnya aku belasah kau sama macam mana kau belasah anak aku dasar perempuan jalang!"bentak Puan Joey yang sedang emosi.
Kening Hera semakin mencerun, dia pandang terkejut ke arah Puan Joey lalu menurunkan tangannya ke bawah.
"Huh?Cassy?Bila masanya pulak?Saya kenal dia pun tidak inikan lagi nak pukul dia..."Hera pandang ke dekan dan Liam pun. "Apa ni dekan...sir?"
Dekan Deena dan Sir Liam pandang Hera dengan mimik muka keliru dan serba tidak kena. Mereka sendiri tidak tahu hendak aktakan apa memandangkan mereka sendiri pun tidak tahu apa yang berlaku ketika itu.
"Cassandra Eline, pelajar dari Jabatan Seni Arkitek. Dia telah di tahan wad kerana cedera parah. Tulang rusuknya patah dan ada pendarahan pada organ dalamannya. Di khuatiri cedera kerana di belasah.."sampuk lelaki yang berdiri di samping Hera sejak tadi dengan tiba-tiba.
Tersentak mendengar suara itu, Hera pandang akan lelaki itu dengan muka tak puas hati. Dia buat muka pelik saat menilik lelaki berbaju hitam di sebelahnya itu.
"Dan siapa pulak kau ni?"tanya Hera dengan berlagak.
"Saya Constable Nike..pegawai polis dari Balai Polis Bandaraya."
Hera mendiamkan diri, tangannya kembali mengusap pipi. Cassy? Cassy? Siapa minah tu?Pernah dengar tapi lupa pulak!
"Siapa si Cassy ke Cassandra ni?Apa kaitan dia dengan saya?"tanya Hera dengan muka tak faham.