🌷The Acusser Hate🌷
Tegang.
Menakutkan.
Dingin.
Itu la perasaan yang dirasai olehnya dengan kehadiran mereka ke situ.
"Siapa Cassy?Orang yang telah menyakiti kamu sebegini sekali?"tanya lelaki berkaca mata di depan Cassy ketika itu di dalam wad. Dua orang polis yang berada di sisi lelaki itu membuatkan dia semakin takut. Cassy takut kalau dia akan sebut nama orang itu dan keadaan akan menjadi semakin keruh.
"Kan saya cakap saya terjatuh."tipu Cassy sambil melarikan pandangan ke arah lain. Tidak mahu bertentang mata dengan polis di depannya ketika itu.
Sir Liam memegang lengan Cassy dengan terdesak. Dia mahukan nama. Nama orang yang bertanggungjawab ke atas Cassy supaya ibubapa Cassy tidak susah hati. Dia mahu pertahankan nasib pelajarnya ini. "Jangan takut Cassy...kamu ada di sini...Jadi kamu beritahu sahaja siapa orangnya supaya saya boleh tegakkan keadilan ke atas kamu..ibubapa kamu risau dengan kamu...kalau kamu mendiamkan diri, masalah ini takkan selesai.."paksanya.
Cassy menoleh, dia kerling ke wajah Sir Liam dengan renungan takut-takut. Selimut yang berada di badannya di cengkam erat mencari kekuatan. Bukannya dia tidak mahu beritahu, dia cuma takut dia akan di timpa masalah lebih besar dari ni. Cukup la apa yang dia telah lalui selama ini...
"Tiada siapa-siapa.."geleng Cassy sambil menangis dengan sedih. "Tolong la percayakan saya.."
Kening Sir Liam mencerlung hendak marah. "Semakin kamu nafikannya semakin yakin saya bahawa kamu memang di sakiti oleh orang lain bukan kerana kemalangan...beritahu saja la Cassy, jangan khuatir, kami di sini akan lindungi kamu..."
Semakin panik Cassy mendengar desakan itu. Dia peluk sekelilingan lengannya cuba mencari perlindungan dari pelukan tangannya itu walaupun dia tahu ianya tiada fungsi sama sekali. Kepalanya di geleng lemah."Ianya tak semudah itu...kalau saya beritahu bukan nama dia saja...tapi satu kolej akan dapat malu...ibubapa saya sekali...sir..Tolong la ..."
Tingkah Cassy buatkan polis-polis di situ pandang tidak sabar. Mereka pandang dengan renungan marah.
"Cassy..."panggil pegawai polis itu. "Beritahu kami...siapa orangnya. Kami janji akan kenakan perlindungan ke atas kamu dan ibubapa kamu sepenuhnya.
Air mata jatuh ke pipi, Cassy pandang takut dan sedih pada masa yang sama ke polis itu. Dia gigit bawah bibirnya dengan erat. Sedaya upaya bergelut dari menyebut nama si pelaku. Kepalanya yang sedang sakit semakin berdenyut sakit dek tekanan dan desakan mereka ketika ini.
"Saya tak apa-apa...Jadi tak perlu libatkan pihak polis...Semua ni salah saya...salah saya bukan sesiapa. Jadi tolonglah berhenti...berhenti soal saya..!"tegas Cassy.
Kesal dengan semua itu, Liam menarik nafas lalu di hela panjang sambil mencekak pinggang.
"Jangan la macam ni Cassy...kalau kamu enggan bekerjasama ibubapa kamu yang akan membuatkan kes ini lebih buruk...nama kolej akan lebih terjejas."minta Liam lagi. "Cassy...ini kes serius..tindakan perlu di ambil bagi mengelakkan hal yang sama dari terjadi.
"Sir tolonglah.."rayu Cassy lagi dengan kening mencerlung susah hatinya. "Hentikan semua ni...saya tak apa-apa..."
"Baiklah...kalau cik berkeras dan enggan memberi kerjasama. Kami sendiri, pihak polis sendiri akan lakukan tindakan kami.."ujar pegawai polis itu dengan tegas. "Dan kami pasti ianya tidak akan berakhir dengan baik...dan lembut."
Mata Cassy terbutang luas, lantas dia menggeleng kepala dengan pantas. "Tak..jangan..jangan siasat kes ni..."Mereka tidak boleh tahu mengenai Natalia. Kalau Natalia tahu bahawa dia yang laporkan kes ini, gadis itu pasti akan menyeksa dia lebih teruk lain kali! "Saya tarik balik dakwaan itu...tolong. Berhenti.."rayunya lagi kerana enggan membuatkan hal ini semakin berat. Kalau tidak Natalia akan letakkan ibubapa dia dalam bahaya!Kes ini tidak boleh sampai melibatkan pihak polis!
Pegawai polis itu menatap tepat ke mata Cassy, cuba mencari sebarang klu dari renungan terdesak itu.
"Saya beri amaran cik.."tegas pegawai polis itu.
Sudah mati kutu dan tidak tahu hendak bagaimana lagi, Cassy pandang berserah pada pegawai polis dan Liam di tepi katilnya ketika itu. "Baik...saya akan beritahu...."katanya laju-laju.
Sir Liam kembali tunduk membongkok ke depan muka Cassy. "Siapa orang tu?"
Cassy memejam mata saat bibirnya menyebut nama itu. Maaflah!Dia terpaksa lakukan semua ni!Demi ibubapanya. "Hera Xiana..."lafaznya hampir mahu terhambur menangis di situ.
Mulut Sir Liam ternganga sedikit apabila dia dengar Cassy sebut nama itu, dia pandang tidak berkedip tepi muka pucat dan cengkung gadis tersebut dengan nafas tertahan.
"Hera?"ulang Liam dengan nada tak percaya ketika itu.