Chereads / That's Not My Problem / Chapter 15 - Bab : 15

Chapter 15 - Bab : 15

🌷Cakap Depan-Depan🌷

Semua mata terarah pada gadis yang memakai kemeja merah tuck in ke high waist skinny jean dan berkasut boot combat hitam. Rambut hitam berkilat miliknya diikat satu kebelakang berhayun setiap kali dia bergerak. Namun perhatian mereka tidak lama kerana selepas hampir bertentang mata dengan mata yang disolek dengan eyeliner dan solekan garang, sesiapa pun tidak berani hendak merenung lama mata milik juara taekwando itu.

Hera menarik kerusinya ke belakang, mengambil tempat di barisan ketiga dalam dewan kuliah itu. Dan sepanjang masa itu dia sebenarnya perasan akan dirinya di matai oleh orang sekeliling. Namun Hera buat tidak peduli akannya,sebab dia sentiasa jadi tarikan orang selama ini. Jadi semua ini bukan perkara baru buat Hera untuk di hairankan.

Sedang Hera sibuk mengeluarkan laptop, pen dan buku catatan, tiba-tiba telinga dia menangkap perbualan mereka yang ada di sekitarnya ketika itu.

"Aku dengar, Cassy dari jabatan Seni Arkitek tak sedarkan diri...kau rasa sebab dia ke?"

"Shh...jangan la cakap kuat-kuat..dia ada dekat sini kan.."

Mata Hera menjeling tajam, memandang belakang kepala dua orang pelajar senior lelaki yang duduk betul-betul di depannya.

"Tak adalah...kau sendiri tahu dia tu macam mana?"

"Dah la.."

"Aku dengar Cassy muntah darah sebab ada internal bleeding kerana di buli.."

Mendengar kata-kata itu, bibir Hera terketap erat kerana suis kepala anginnya terdetik. Tidak semena, dia sepak belakang kerusi dua orang itu dengan kuat. Membuatkan lelaki yang mengenakan baju merah sendondon dengannya itu tersentak lalu toleh ke belakang.

Kening mereka terangkat tinggi taktala bertentang mata dengan Hera.

"Apa yang kau orang cakapkan hah?" soal Hera dengan nada samsengnya. Suka hati je nak menyebarkan fitnah.

Lelaki berbaju merah itu memandang Hera sambil menelan air liur dengan susah payah. "Apa?"tanya dia blur-blur. "Mana ada kita orang cakap apa-apa."

Hera berdengus tak percaya. Dia kecilkan mata memandang curiga ke pelajar lelaki itu. "Ingat aku pekak ke?"dia tendang lagi kerusi itu. "Asal?Kalau ada apa-apa yang berlaku je dekat sini, salah aku la?Macam tu?Kau nampak ke aku yang buat?Ada bukti?"marahnya dengan berang.

Pelajar lelaki itu berdiri, walaupun takut-takut dia tetap ingin bersuara.

"Memang la..siapa lagi kalau bukan kau. Dah la kasar, jahat lagi tu. Sesiapa pun akan fikir kau pelakunya...Kan kau bencikan semua orang dalam kolej ni..."balas pelajar lelaki itu.

"Kau fikir aku sorang je yang jahat dekat sini?"balas Hera kejengkelan. Macam tak guna je la mereka semua ni!Ada ke patut babitkan dia sedangkan dia tak buat apa-apa pun? Malahan duduk diam lagi tu. Kenapa nak salahkan dia jugak!?

"Sekurangnya kami semua tak sejahat kau, Hera.."

Hera mengambil buku nota yang di depannya dengan geram lalu di baling tepat ke dada itu.

Menikus takut pelajar lelaki dibuatnya. Dia bawa tangan nak lindungi muka sebaik Hera berdiri lalu baling buku nota ke dadanya.

"Ni baru aku yang buat!"juih Hera. "Ada mulut guna untuk makan...bukan canang cerita yang tak sahih kebenarannya sampai susahkan hidup orang lain!"marahnya sewaktu kemas kembali barangnya.

Saat Hera turun dari kawasan kerusi meja di situ, pensyarah pun turut berjalan masuk ke dalam dewan kuliah itu.

"Hera...kamu nak ke mana?Kelas hendak bermula ni..."tegur pensyarah itu serta merta setelah Hera jalan melewati podium kecil bilik kuliah itu.

Tidak mempedulikan pensyarah tersebut, Hera hanya menonong keluar dari situ tanpa susah payah hendak pamit diri ponteng kelas pada pagi itu.