"Masih ade spot untuk aku?" katanya. Asyraf mengangguk, "ade, meh sini." jawab Asyraf sambil menunjukkan tempat kosong. Hilal bergerak ke arah tersebut. Sebaik sahaja dia melangkah ke dalam gelanggang, aura yang berat dan sedikit gerun dirasai. "Ke- kenapa rase macam aura dah berubah.." tanya Siti dengan nada yang rendah.
Nabila menepuk bahu rakannya. "Hilal.. ialah pemain bola tampar yang handal. Sejak dia umur 14 tahun, sekolah-sekolah sukan dah mula recruit dia. Sebenarnya sampai sekarang, dia masih tolak. Ikotkan, dia dah boleh jadi wakil perlawanan friendly antara Malaysia and Jepun.." bisik perempuan itu ke telinga rakannya. Mendengar hal itu, membuatkan Siti lebih kagum dengan Hilal.
"Hilal, perlahan sikit ya.." kata Farah sambil menyediakan posisi. Lelaki itu tersengih, "Untuk korang, aku bagi senang sikit ya." katanya. Dia kemudian memulakan serve. Lelaki itu membaling bola ke arah langit dan terus berlari ke hadapan. Hilal lompat untuk memukul, tiba-tiba. "ADEH!" kelibat remaja itu jatuh dengan mukanya terkena pasir.
Keadaan menjadi sepi seketika.
"HAHAHAHAHAHAH" semua di situ ketawa dengan kuat, terkejut Hilal tiba-tiba jatuh di pasir. "Hilal, kau lupa nak regangkan badan ke?" tanya Asyraf sambil ketawa tak henti-henti. Rakannya itu tersengih dan menunduk ke bawah. Malu.
Siti kemudian mendekati Hilal berserta dengan Aqil. "Abang okey ke?" tanye kanak-kanak itu sambil mengusik bahu Hilal. "Kau okey tak ni?" Siti mencelah. Lelaki itu mengangguk, dia cuba bangun tetapi jatuh semula. Dia melihat buku lalinya terseliuh akibat jatuh tadi. "Erm, kaki aku terseliuh sikit. Nampaknya aku kena rehat sekejap." kata Hilal dan terus duduk di bawah pondok. Siti hanya memandang lelaki itu yang sedang berjalan terhenti-henti. Kesian rasanya. "Hilal suruh korang main dulu" kata perempuan itu. Mereka semua mengangguk, dan terus menyambungkan perlawanan tadi. Siti pula, terus memberitahu ibunya berkenaan dengan keadaan Hilal.
Setelah beberapa minit, mereka tiba di bawah pondok berserta dengan segenggam ais. "Hilal, letak ni dekat kaki kamu." kata wanita itu dan memberinya kepada remaja tadi. "Alright aunty." jawab Hilal dengan beradab. Dia berasa sedikit lega, rasa seliuh di kakinya tidak rasa sangat berbanding tadi. "Siti, kamu kena teman Hilal sekejap okey? Mama nak kena sambung masak ni." kata Puan Fatimah dan terus kembali ke panggang.
Bunyi ombak menderas, burung yang bertebangan dan angin ditiup kencang. Ciptaan Allah sangatlah mulia dan mengagumkan. Hilal menghabiskan masanya menikmati ciptaan tuhan. Keadaan sepi itu kemudian dicelah oleh satu suara. "Ni... sebenarnya-" Hilal menoleh ke arah Siti. "...kali pertama aku pergi pantai." kata perempuan itu sambil menguncikan pandangannya ke arah laut yang tenang. Lelaki itu terpegun, pertama kali? Dia sedikit terperanjat dengan perkara yang tiba-tiba.
Dia kemudian senyum nipis dan memandang langit. "Jadi, apa pendapat kau pasal pantai ni?" tanya lelaki itu. Perempuan itu bersuara, "Sangat best, pasir dia lembut, angin yang kuat. Malah, dapat keluar dengan rakan sekelas, itu yang buat semua ni lagi seronok dan bermakna.." katanya sambil mengukirkan senyuman lebar di wajahnya. Perempuan itu sangat teruja suaranya. Keadaan kembali sepi. Mereka berdua tidak tahu apa perlu dikatakan.
Kedengaran tapak kaki mendekati. Kelihatan Aqil muncul bersama dua botol air kosong yang diberi oleh Puan Fatimah. Kanak-kanak itu memberikan mereka botol. "Terima kasih Aqil." kata Hilal, sambil meneguk air tadi. Siti mencuri pandangan ke arah Hilal. Dia terpegun melihat rakannya. "Astaghfirullah-" fikir Siti dan terus menoleh ke arah yang bertentangan. Perempuan itu berasa malu, dan mengucap dalam hati. "Ikhtilat masih perlu dijaga", perkara itu terdetik di dalam hatinya.
Puan Fatimah menghampiri mereka, "Hilal, kalau kamu dah okey jom tolong mak cik masak." katanya sambil mengayunkan sudu. Lelaki itu mengangguk dan terus bangun. "Siti nak ikot sekali ke?" tanya wanita itu. Perempuan itu bangun dengan senyuman, dan terus ikut mereka.
"ANIQ AMBIK!" jerit Asyraf sambil memukul bola ke arahnya.Rakannya sambut dengan tenang dan terus melemparkan ke arah gelanggang lawan. Farah dengan pantas menyelamatkan bola tadi. Nabila dan Fariha pula melakukan sync movement.
Sync Movements:
Teknik yang sering digunakan oleh pasukan bola tampar professional semasa berlawan di dalam pertandingan.
Asyraf bangun semula, dia keliru kepada siapakah bola akan diberi. Farah kemudian menoleh ke arah Fariha, menunjukkan signal bahawa bola akan diberi kepadanya. Secara tiba-tiba, boleh itu terus meluru ke arah Nabila. Perempuan itu terus memukul ke dalam gelanggang lawan.
"ALHAMDULILLAH MENANG!" jerit ketiga-tiga perempuan itu. Naufal yang menjadi libero, kagum dengan kepantasan Nabila memukul bola tadi. "Terkejut aku, tiba-tiba bola pergi ke arah aku. Nasib dapat tau, kalau tak." Nabila bersuara dengan nada yang gembira sambil menarik dan menghembus nafas dengan dalam. Kedua rakannya hanya mampu mengangguk, manakala Nabila pula tersengih. Dia berasa puas hati.
Asyraf mendekati mereka, "Syabas, memang power korang main tadi!" katanya sambil menunjukkan ibu jari. Ketiga-tiga perempuan itu hanya senyum. "Mari makan, dah siap masak ni!" jerit Siti dan Puan Fatimah secara serentak. "OKEY!" jawab remaja-remaja tadi. Mereka terus ke arah pondok yang berdekatan dengan air laut. Kelihatan Hilal dan Siti sedang menghidang makanan, termasuk Aqil. "Wah, sedap nampak!" Asyraf bersuara sambil mengusap perutnya. Naufal dan Aniq melihat sekeliling, kebanyakkan makanan yang dipanggang.
"Ha cuci tangan dulu, kotor tu." Siti mengusik rakan-rakannya. Mereka mengangguk dan terus mencuci tangan. Hilal meletakkan hidangan terakhir, " Hmm.. banyak jugak kitamasak." kata lelaki itu dalam hati. Mereka kemudian duduk dan bersedia untuk menjamu makanan, Cikgu Faez mengetuai bacaan doa. "Amin.. Alright, jom makan!" kata lelaki itu. Asyraf dan Aniq mengambil ayam panggang, manakala Naufal mengambil jagung dan sayur-sayuran.
Siti dan rakan-rakannya mengambil nasi serta ayam, jagung dan daging yang dipanggang. Puan Fatimah kemudian memberikan setiap satu daripada mereka segelas jus oren.
Hampir sejam mereka menjamu selera, kini sudah selesai dan akan pulang ke bilik masing-masing. "Bye Naufal, esok kalau sempat kita main lagi!" kata Nabila sambil melambai ke arah rakannya. Naufal terkedu, "O- okey..bye!" katanya sambil berasa malu. Asyraf tersengih melihat rakannya. "Eh eh dia sempat pulak eh. Heh." sengihan remaja itu menjadi lebih besar. Naufal berasa lebih malu dan terus kejar Asyraf, "ASYRAF SINI KAU!" dia lari dengan pantas mengejarnya. Asyraf hanya ketawa sambil berlari ke arah bilik mereka. Hilal dan Aniq sedang memasukkan bahan sejuk ke dalam peti ais untuk esok. "Hilal, aku boleh settlekan, kau pergi lah rehat dulu." kata Aniq sambil mengambil susu kotak daripada genggaman Hilal. "Eh tak-" kata-katanya terhenti oleh Aniq. "Takde, pergi sekarang." kata rakannya sambil menolak rakannya dengan lembut membuatkan Hilal hanya mengikut gerak-geri Aniq.
Setelah "dihalau" oleh Aniq, pada pukul 10 malam dia berehat di patio luar, menikmati suasana malam.
NOTIS:
Kedudukan bilik perempuan dan lelaki hanyalah bersebelahan, dan dia hadapan patio mereka terletaknya kolam renang, dan di luar kawasan tersebut terletaknya pantai yang mereka kunjungi sebentar tadi.
Thanks baca!
FWOOSH angin bertiup dengan tenang, Hilal hanya tersenyum sendirian. Tiba-tiba, "Yohoo, Hilal~" lelaki itu menoleh ke arah suara tersebut. Matanya membersar, kelihatan Siti sedang melambai ke arahnya. Mukanya berubah sedikit merah, "S- Siti.. hai.." suaranya perlahan. Perempuan itu ketawa nipis, "Hehe.. kau suka betul nikmati ciptaan Allah ya?" katanya sambil melihat ke arah bulan. Cerah dan cantik bulan itu. Hilal mengangguk, "Erm, arwah Ummi pernah kata untuk menikmati semua ciptaan Allah.. and sekarang aku faham kenapa arwah Ummi suruh.." katanya dengan senyuman nipis. Siti perasan di sebalik senyuman itu, terdapat rasa kesepian, bersalah, tetapi terdapat juga perasaan redha, tenang. Bukan sering seorang manusia dapat merasai kedua perasaan negatif dan positif serentak. Perempuan itu hanya tersenyum, sepahit mana pun ujian yang diberi, Allah tidak akan uji hambanya jika seseorang itu tidak dapat mengharunginya, fikirnya. "Hilal." rakannya bersuara. Lelaki itu menoleh ke arahnya.
"Good job bertahan, insyaallah kalau arwah Ummi ada, she'll be proud."
Mata lelaki itu membulat. Kata-kata Siti tersentak di hatinya. "Dah lambat ni.. aku tido dulu Hilal, assalamualaikum!" kata Siti sambil melambai ke arahnya sekali lagi. Hilal melambai semula ke arah rakannya. TAP pintu ditutup oleh Siti, Hilal pula masih berada di patio dan kemudian mengunci pintu dari luar. Lelaki itu terduduk di lantai, badannya bergetar. Wajahnya dipenuhi dengan tangisan air mata, tangannya menggenggam dadanya. Dia rasa sedikit lega, setelah hampir setahun berperang bersama dirinya sendiri, akhirnya seseorang mengatakan "Kau dah buat yang terbaik." kepadanya. Saat yang dinantikan oleh Hilal telah tiba, iaitu apabila seseorang itu sedar dan mengatakan "Tak apa untuk menangis atau sedih." kepada dirinya.
Setelah hampir 15 minit di luar, dia masuk semula ke dalam bilik. "Eh Hila- EH KENAPA MATA KAMU BENGKAK!?" tanya Cikgu Faez dengan nada terkejut. Mata Hilal bengkak akibat menangis di luar sebentar tadi.
BERSAMBUNG...