Chereads / Pertemuan Takdir / Chapter 11 - Realiti

Chapter 11 - Realiti

"Assalamualaikum, Siti?" tanya Othman, dia berhenti di tengah jalan. Perempuan itu terdengar namanya dipanggil, dan terus menoleh ke arahnya. Matanya membesar, "EH, OTHMAN!" katanya sambil mendekati rakannya tetapi menjaga jarak.

Remaja itu tersenyum, "LAMA TAK JUMPA!" katanya sambil terlompat-lompat riang, diikuti Siti. Rakan-rakan Siti hanya ketawa, menarik tengok kedua-dua remaja itu beraksi seperti kanak-kanak. Setelah beberapa minit mengenang memori silam, mereka kemudian pulang ke kelas masing-masing. Othman kemudian tiba di kelasnya, 5 Salman.

"Assalamualaikum..." katanya dan terus masuk ke dalam, dia tunduk kepada guru yang di dalam. Guru itu tunduk semula, "Namanya Othman, mulai hari ni dia akan belajar bersama kamu semua." katanya. Othman mengangguk, dia kemudian duduk di tempat yang kosong, kebetulan sebelah tingkap. Kelas kemudian diteruskan seperti biasa.

"Hilal, kau jaga apa minggu ni?" tanya Siti sambil membeli air kotak di kooperasi. Remaja itu diam buat seketika, "Oh, skuad aku jaga tangga hari ni. Aku pulak ronda sekolah." sambungnya sambil meneguk air tin kopi yang dibelinya tadi.

Perempuan itu mengangguk, "Nak ikot boleh?" tanyanya dengan nada yang gembira. Hilal terkaku, "Tak boleh la..." dia jawab dengan nada yang rendah. Siti memuncungkan bibirnya, "Alah, yelah~" dia menjawab dengan senyuman. Lelaki itu terpikat, dan terus menoleh ke arah lain, "Astaghfirullah..." bisiknya.

Iffah kebetulan lalu di sebelahnya sewaktu Siti menyebut mahu ikut Hilal, "Ha Siti, jom ikot aku ronda." kata Iffah. Siti terpeanjat, "ALLAH! Fuh Iffah, ingat ape lah tadi... ha jom jom!" sambungnya sambil menunjukkan ibu jarinya. Iffah hanya tersenyum, "Jangan lama-lama kat bawah Hilal, kitorang pergi dulu." katanya sambil menarik Siti sekali, dia melambai kepada Hilal. Lelaki itu melambai semula ke arahnya dengan senyuman nipis terukir di wajahnya.

Setelah selesai, Hilal kemudian meneruskan tugasannya dengan meronda sekolah. Tibanya di kelas 5 Salman, kelihatan Othman sedang mencari sesuatu. Hilal mengetuk pintu, "Assalamualaikum, Othman kan, cari ape tu?" tanyanya sambil menyandar ke dinding.

Lelaki itu terkejut, badannya kaku. "Terkejut aku, tengah cari beg dompet. Erm kau sape?" tanya Othman sambil mengemas pakainnya selepas keluar daripada bawah meja.

Hilal tersenyum dan bersuara, "Nama aku Ahmad Hilal, Ketua Pengawas tahun ni." katanya dengan nada yang rendah. Mata Othman membesar, "Uish, serius lah? Sorry duduk kat atas waktu rehat, tengah cari barang ni..." balasnya sambil berasa segan.

Remaja itu perasan gerak-geri rakan sekelasnya, "Jangan rendah diri sangat, cuma nak ingatkan jangan duduk kat atas lama-lama." sambung Hilal. Dia mengetuk pintu dua kali dan terus ke kelas lain bagi menyelesaikan perondaan kelas.

Othman terdiam, tidak sangka Ketua Pengawas itu sangat peramah orangnya, malah tenang walaupun dia berhak memarah dirinya kerana melanggar peraturan pada hari pertama di sekolah tersebut.

Di sudut yang lain...

Siti sedang menemani Iffah meronda sekolah di blok E di mana terdapatnya kelas Tingkatan 4 dan 5. "Siti, nak jadi pengawas tak?" kata Iffah sambil mengintai kelas-kelas supaya tiada murid.

Perempuan itu terkejut, soalan itu ditanya secara tiba-tiba. "Hmm... nak, macam best!" jawab Siti dengan nada yang gembira. Iffah ketawa nipis, senyuman terukir di wajahnya. "Energetic eh kau, kalau macam tu nanti aku recommend nama kau kat cikgu." sambungnya sambil menepuk bahu rakannya.

Mereka kemudian sambung perjalanan mereka, keadaan menjadi sepi buat seketika. "Siti... tahun ni kita SPM kan?" tanya Iffah. Rakannya terkejut, dahi perempuan itu berkerut. Sepatutnya itu adalah realiti bagi semua pelajar Tingkatan 5. "Ya, kenapa tu... lupa ke?" jawab Siti sambil menggaru kepalanya yang Iffah tahu tidak gatal.

Siti masih terpinga-pinga, tidak tahu kenapa soalan itu ditanya. "Sebenarnya... aku suka Hilal..." katanya sambil berasa malu-malu. Pipinya bertukar merah selepas mengatakan sesuatu yang tidak masuk akal. Mata rakannya membesar, terkejut dengan kata-katanya. "Masyaallah, serius la?" tanya Siti dengan perasaan ragu-ragu.

Iffah mengangguk dan dia bersuara, "Tapi realitinya... ada perkara lebih besar daripada cinta kan...? SPM dah dekat walaupun 11 bulan je lagi. Aku nak luahkan perasaan ni sebelum tibanya waktu peperiksaan tu supaya tak mengganggu proses pembelajaran..." katanya sambil memandang ke langit dengan wajah yang sedikit lega tetapi sedih pada masa yang sama.

Perempuan itu terdiam, tidak tahu apa yang mahu dikatakan. "Kalau macam tu... luahlah kat dia..." katanya sambil memandang tajam ke arah Iffah.

"...tapi buatlah dengan cara yang mengikut syarak Islam, cintalah dia kerana Allah..." sambungnya sambil tersenyum nipis.

Remaja perempuan itu terkejut, tidak sangka Siti akan membuat keputusan yang sedemikan. Mengapa dia jawab begitu? Walaupun Iffah sendiri tahu, bahawa Siti juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hilal.

"K- kau tak kisah ke...?" Iffah tergagap, dia bersuara dengan nada yang rendah sambil berasa ragu-ragu dengan kata-katanya. Wajahnya berubah sedikit risau.

Siti tersenyum, "Ya... lagi pon pada hujung hari, semuanya adalah keputusan Hilal..." jawabnya sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam saku poket. Iffah terdiam, ada betul juga apa yang dikatakan oleh rakannya, tetapi masih ada rasa bersalah yang terukir jauh di sudut hatinya.

Dia kemudian mengalah, "Okey... kalau macam tu balik ni jugak aku luah kat dia." katanya sambil mendekati dan meletakkan tangannya ke bahu Siti. Rakannya hanya mampu mengangguk, "Okey, jom habiskan ronda kau. Nanti kita lambat masuk kelas." kata Siti. Ini memecahkan suasana kekok yang dialami sebentar tadi. Iffah tersenyum dan mengikut Siti berjalan ke arah kelas yang lain.

Masa tamat rehat telah pun tiba, seperti biasa para pelajar sudah pun mula naik ke kelas masing-masing. Kelihatan Hilal sedang berdiri di luar kelasnya, termenung seorang diri. "Assalamualakum, Hilal!" jerit seorang lelaki dari jauh. Terkejut, remaja itu dengan lengan yang menongkat dagunya menoleh ke arah suara tersebut. Kelibat Asyraf sedang mendekatinya.

"Wa'alaikumussalam, ya saya?" jawab Hilal dengan senyuman nipis terukir di wajahnya. Rakannya yang perasan, ketawa nipis, "Takde ape, just nak tanya kalau kau nak tak ajar aku, Naufal, Haikal, Othman dan Aniq subjek yang kitorang lemah?" tanyanya sambil memasukkan tangannya di dalam saku poket. Dengan sepantas kilat, Hilal bersuara, "Mestilah nak, Sejarah, Math, Sains dan Bahasa Inggeris kan?" jawabnya sambil menunjuk jari telunjuknya ke arah Asyraf.

Lelaki itu terkejut, macam tahu-tahu sahaja subjek apa yang mereka lemah. "Heh, tahu pulak dia..." jawabnya dengan nada yang segan.

Hilal tersenyum, "Petang ni di Latte DeCafe, pukul 3 sampai 5 aku akan ajar Sejarah, okey?" tanyanya sambil menepuk bahu rakannya dan terus masuk ke dalam kelas. Asyraf ketawa nipis, "Heh, baiklah." jawabnya dan mengikuti gerak-geri Hilal.

Remaja itu meletakkan punggung di kerusi miliknya, secara tiba-tiba Iffah yang ditemani Siti tiba di luar kelas. "Hilal, sini sekejap boleh?" panggil Siti sambil melambai ke arahnya. Hilal dengan masih terpinga-pinga, mengikut sahaja kehendak rakannya itu. "Kenapa ni Siti? Oh, hai Iffah." kata lelaki itu sambil melambai ke arah perempuan itu. Iffah melambai semula lambaian rakannya. "Si Iffah ni nak cakap something, ha cakaplah." kata Siti. Perempuan itu kemudian perlahan-lahan menjauhi mereka berdua, mahu beri peluang kepada rakannya.

Lelaki itu masih tidak tahu apa yang mereka bualkan, Iffah kemudian mendekatinya. "Boleh tak, waktu balik nanti tunggu aku kat depan kelas aku?" tanyanya. Mukanya berubah sedikit merah akibat berasa malu. "T-tapi aku kena..." lelaki itu menoleh ke arah Siti, "Tak apa, hari ni aku ambik dia..." jawab Siti dengan senyuman. Hilal perasan yang senyuman rakannya terdapat maksud tersirat. Siti kemudian terus masuk ke dalam kelas.

Iffah dengan rasa serba salah tidak tahu jika ingin meneruskan soalannya, tetapi Siti menoleh ke arahnya dan mengangguk, memberi izin untuk meneruskan. Perempuan itu terdiam, "Jadi... boleh ke?" tanyanya. Lelaki itu masih terkaku, "Kalau macam tu... okey nanti aku jumpa kau." balasnya dengan senyuman. Iffah tidak sangka Hilal akan setuju, dia tersenyum lebar. Terkarisma, Hilal menoleh ke arah bertentangan, "Astaghfirullah..." biskinya.

"Kalau macam tu, aku jumpa kau nanti!" kata Iffah dan terus pecut ke kelasnya. Lelaki itu mengangguk, dan terus lambai ke arah rakannya. Hilal kemudian kembali ke tempat duduknya dan mengeluarkan bahan-bahan bagi subjek seterusnya. Siti yang berada di sebelahnya hanya memberikan pandangan kosong, tidak tahu apa yang mahu dikatakan dan apa yang mahu dirasakan, tidak bahagia tetapi tidak sedih juga.

"Kalaulah kau jodoh aku..." bisik Siti.

BERSAMBUNG...