Chereads / Pertemuan Takdir / Chapter 13 - Kepercayaan ku kepada kau

Chapter 13 - Kepercayaan ku kepada kau

Siti kelihatan sedang terduduk di kerusi miliknya. "Aku... ada perasaan untuk Hilal..." kata-kata Iffah bermain di dalam fikirannya. Remaja perempuan itu kemudian menoleh pandangan ke arah tingkap. "Dah malam, tapi aku masih fikir tentang perkara dekat sekolah tadi..." bisiknya. Siti kemudian duduk dan menadah tangannya.

Dia menadah tangannya, "Bismillah..."

" اللّهُمَّ غََارَتِ النَُّّجُومُ وَهَدَأتِ الْعُيُونُ وَأَنتَ حَيٌّ قَيُّْومٌ لاَّ تَأْخُذُكَ سِنَةٌ وََّلاَ نَوْمٌ يَاحَيُّ يَاقَيُّْمُ أَهْدِيْ لَيْلِي وَأَنِمْ عَيْنِي "

"Ya Allah.. bintang telah redup, mata telah memejam dan Engkau Maha Hidup terus menerus mengurus mahkluk. Tidak menimpa-MU rasa ngantuk dan tidur. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha Mengurus mahkluk, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku."

"Aamiin..." sambung Siti, dia kemudian kembali baring di permukaan katil. "Aku harap... tiada yang berubah antara kita." bisiknya sekali lagi. Remaja itu kemudian menutup matanya, dan terus terlelap.

Keesokan paginya...

"Sepanjang hari di sekolah, Siti hanya diam sahaja kan?" kata Nabila kepada Farah dan Fariha. Kedua-dua remaja perempuan itu mengangguk, mereka pun tertanya-tanya apa kisahnya dengan rakan mereka itu.

Tidak lama kemudian, Hilal melangkah masuk ke dalam kelas. Kelihatan dia sedang memegang beberapa helaian kertas. "Assalamualaikum, Asyraf mari sini." katanya sambil menunjuk ibu jarinya ke belakang. Remaja lelaki itu bangun dari kerusi, mengambil songkok dan terus ke arah rakannya.

Nabila mendekati Siti, termasuklah Farah dan Fariha. "Ada apa tu? Nampak macam penting..." kata perempuan itu sambil meletakkan tangannya di atas bahu Siti. Remaja itu menggeleng kepalanya, dia sendiri tidak tahu apa yang mereka bincangkan.

Asyraf mendekati Hilal, "Ha, kenapa kau panggil aku Hilal? Lagi 40 minit nak bunyi loceng untuk balik." katanya sambil menyelit kedua belah tangan ke dalam poket seluar. Remaja lelaki itu terdiam seketika. Asyraf masih tertanya-tanya, apa sebab Hilal nak berjumpa dirinya.

Lelaki itu kemudian menghulurkan salah satu helaian kertas yang dipegang sebentar tadi kepada Asyraf, "Ini borang pelantikan Penhgawas Sekolah, untuk kau dan..." dia memperlahankan suaranya dan mendekati telinga Asyraf.

"... untuk Siti sekali..." bisik Hilal kepada rakannya.

Mata Asyraf membesar, "Seriuslah, kenapa tiba-tiba ni?" tanyanya. Lelaki tersebut berasa seperti Hilal mungkin mengalami konkusi selepas dilantik sebagai Ketua Pengawas.

Rakannya ketawa nipis, dia tersenyum dengan riak wajah Asyraf. "Aku nak bangunkan satu badan... 'Badan Tertinggi Pengawas (BTP)', sementara jawatan Setiausaha dan Timbalan Ketua Pengawas I dan II masih kosong, lebih baik aku pilih sendiri kan?" katanya dengan nada yang yakin.

Asyraf terdiam, dia kemudian menoleh ke arah Siti. "Kau nak lantik Siti menjadi Timbalan Ketua Pengawas II kan?" katanya sambil tersengih. Hilal terkejut, badannya kaku. "Erk, mana ada... Iffah yang cadangkan nama dia, aku setuju sahaja..." katanya sambil menoleh ke bawah.

Rakannya tersengih sekali lagi, dia sudah tahu perasan Hilal kepada Siti walaupun dia sendiri tidak tahu perasaannya. Asyraf menepuk bahu Hilal dengan lembut, "Ya lah, pergi kat dia cepat." katanya dan terus menolak Hilal ke arah meja Siti dengan lembut.

Dengan perasaan terkejut, mata Hilal membesar. Dia mencuba untuk berhenti daripada tolakan tersebut. "Ha, Siti. Hilal ada sesuatu nak bagi kau." kata Asyraf sambil menyiku rakannya. Perempuan itu kaku, tidak tahu apa yang ingin Hilal beri kepada dirinya, pipinya menjadi sedikit merah dan menoleh ke arah bertentangan.

"Erm... ini borang Pelantikan Pengawas Sekolah, Iffah kata kau berminat untuk isi." katanya dengan lembut sambil menghulurkan borang tersebut. Terkejut, Siti menoleh ke arah muka Hilal. "Borang, biar betul!?" tanyanya dengan perasaan yang tidak percaya.

Lelaki itu mengangguk dengan senyuman. "Fikirlah dulu ya? Aku pergi dulu, nanti lambat nak jumpa cikgu." kata Hilal, dia senyum nipis dan terus keluar dari kelasnya tadi. Asyraf senyum semula, membalas kepada rakannya itu. "Jadi Siti, macam mana? Bukan selalu dapat borang sebegini macam itu sahaja." kata Nabila sambil mendekati remaja perempuan diikuti Farah dan Fariha

"Aku... tak-" kata-katanya dipotong oleh Asyraf, "Siti." dia memanggil nama rakan sekelasnya. Lelaki itu menoleh ke arah pintu masuk kelas dan melihat pandangan luar. "Hilal, tak akan senang beri borang macam itu sahaja. Maksudnya dia betul-betul percayakan kau Siti, sejak kemalangan yang lalu... aku jujur kata, dia telah berubah perlahan-lahan... langkah demi langkah... semuanya lepas kau pindah di sekolah ni..." dia berhenti seketika.

Asyraf menoleh semula ke arah Siti, Fariha, Nabila dan Farah. "... mungkin kau patut fikir masak-masak dulu tentang jawatan ni, tak kisah apa pilihan kau... Hilal akan faham. Sebab dia percayakan kau punya pilihan, pada akhir hari dia hanya nak apa yang terbaik untuk kau, itu sahaja." katanya dengan senyuman nipis terukir di wajahnya.

Keempat-empat perempuan itu terdiam, bukan selalu Asyraf berkata-kata dengan nada yang tiada gurauan. Siti tersenyum, "Hehe, baiklah. Aku akan fikir masak-masak dulu... terima kasih bagitahu semua ini." jawabnya dengan senyuman yang lebar. Lelaki itu tersenyum dan mengangguk. Dia kemudian memberi salam dan terus ke kelas sebelah untuk berjumpa dengan Naufal.

Setelah beberapa minit, keempat-empat perempuan tadi duduk di meja Siti. Muka perempuan itu kemudian bertukar merah seperti tomato. "YA ALLAH, MALUNYA!" jerit Siti sambil menutup mukanya akibat malu. Ketiga-tiga rakannya ketawa, akhirnya Siti telah kembali dan tidak lagi berdiam diri.

"Alhamdulillah, Siti kau dah tak diamkan diri... risau kita tau." kata Farah sambil mengusap dadanya. Nabila dan Fariha mengangguk, mereka berdua juga risau tentang fikiran mental rakannya. Siti tersenyum, "Terima kasih sebab risau, aku minta maaf sebab buat kalian tertanya-tanya." katanya dengan nada yang rendah.

Fariha, Nabila dan Farah tersenyum. Mereka kemudian sambung dengan membuat latihan matemaik yang telah diberi oleh Cikgu Maziah sebelum mereka balik ke rumah masing-masing.

Hilal kelihatan sedang berjalan di blok F, iaitu blok Tingkatan 5 dan Tingkatan 4. Lelaki itu kemudian melangkah ke arah satu bilik yang berusia dan lama, warna dinding bilik itu juga telah luntur, lantai pun ada yang sudah tercabut. "MasyaAllah... kotornya..." bisikinya dalam hati.

Dia memasuki bilik tersebut, memerhati setiap sudut dan ruang bilik. Hilal tersenyum, "Alhamdulillah, aku dapat idea yang bagus dan tempat ini sangat sesuai. Sekurang-kurangnya bilik ini tidak akan terbiar dan akan digunakan dengan baik." katanya. Selepas menulis apa yang diperlukan, dia bergegas ke arah bilik disiplin.

Di bilik disiplin...

Pintu dibuka, seorang pelajar melangkah ke dalam. "Assalamualaikum, Cikgu Hanisah, Ustaz Fadzli." salamnya kepada dua guru tersebut.

"Wa'alaikumussalam, Hilal. Ada apa ni?" tanya Cikgu Hanisah sambil meletakkan pen di atas meja. Ustaz Fadzli hanya mendiam kerana sedang membuat kerja.

Remaja itu mendekati kedua-dua guru tersebut, dan menghulurkan sehelai kertas yang ditulis sebentar tadi. "Apa kata kita guna bilik itu, untuk dijadikan ini?" tanyanya dengan senyuman. Kedua-dua guru tersebut terkejut dengan cadangannya.

"Eh?"

BERSAMBUNG...