Kelihatan Hilal sedang melangkah anak tangga yang berada di sebelah kelasnya. Langkah demi langkah, dia kemudian tiba di kelas 5 Uthman iaitu kelas Iffah. "Assalamualaikum." salam Hilal sambal mengetuk pintu.
"Wa'alaikumussalam, Hilal masuk lah." jawab Iffah, dia memanggil rakannya Aliya untuk duduk di sebelah dirinya.
Remaja itu mengangguk, dan terus mengambil tempat di salah satu kerusi yang berada di dalam kelas tersebut. Hilal kemudian menanggalkan songkok dan meletakkanya di permukaan meja yang diduduki. "Jadi, kenapa kau nak jumpa aku?" tanya lelaki itu.
Iffah terdiam, malu untuk mengatakan apa-apa. Aliya menoleh ke arah rakannya, "Iffah ada sesuatu nak beritahu kat kau, aku hanya teman dia sahaja." sambung perempuan itu. Aliya mengusik Iffah perlahan-lahan, dan bisik kepada telinganya, "Jangan buat dia tunggu Fah, nanti dia balik dan kau pula nanti tak ada peluang dah." katanya kepada Iffah.
Perempuan itu mengangguk, faham apa yang dikatakan oleh rakan sekelasnya. Iffah mula bersuara, "H- Hilal..." katanya sambil tergagap dengan nada yang rendah. Hilal mengangkat kening sebelanya, "Ya saya?" tanyanya, dia mempunyai firasat bahawa ini adalah sesuatu yang besar bagi Iffah.
Pipi remaja perempuan itu bertukar merah akibat rasa malu. Aliya mengusap belakang Iffah bagi menenangkan emosi rakannya. Pelajar itu kemudian menghembus nafas, "Sabar..." bisiknya di dalam hati. Iffah kemudian memandang tajam ke arah Hilal, "Ahmad Hilal, aku ada perasaan untuk kau..." katanya sambil pipinya menjadi merah, dia berusaha sedaya upaya untuk memastikan wajahnya tidak menunjukkan apa-apa perasaan, tetapi gagal kerana terlalu malu.
Mata lelaki itu terbeliak, terkejut dengan kata-kata tersebut. "Eh..." lelaki itu terpegun, mukanya kemudian bertukar sedikit merah. Hilal berasa begitu terkejut sehingga tidak tahu apa yang mahu dikatakan. Aliya kemudian bersuara, "Hilal, kau okey?" katanya. Lelaki itu kemudian kembali ke realiti dan menggeleng kepalanya, "A... aku okey, aku cuma terkejut dan malu sebab... ini kali pertama seseorang meluahkan perasaan sebegitu kepada aku..." katanya dengan nada yang rendah.
Iffah dan Aliya mengangguk-angguk, mereka faham apa yang dikatakan oleh Hilal. Lelaki itu kemudian memberanikan diri untuk bersuara dalam keadaan yang sedikit malu sambil menundukkan pandangan, "Iffah, sejujurnya aku pernah ada perasaan terhadap kau seketika dahulu. Tetapi, munculnya satu masa di mana aku sedar bahawa perasaan cinta memang tak dapat dielakkan tapi boleh dikawal... aku lepaskan perasaan aku untuk kau dan fokus kepada pelajaran demi kejayaan dunia dan fokus kepada ibadah agama demi kejayaan di akhirat..." dia berhenti buat seketika.
Hilal mengangkat pandangannya, "... aku bukan menolak cinta kau yang aku yakin suci, tetapi aku mahu fokus dan pastikan impian aku tercapai, pada masa yang sama aku juga mahu lindungi kemuliaan kau sebagai seorang perempuan, berdasarkan satu hadis sahih; [Hadis Riwayat Muslim 715], yang diriwayatkan oleh Abdullah bin 'Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah..." sambungnya lagi.
"...maka insyaallah jika ditakdirkan, mungkin kau ada peluang. Buat masa ini aku akan kekal dengan pernyataan aku." katanya dengan nada yang rendah. Iffah hanya terdiam, semua yang dikatakan oleh Hilal tadi adalah benar. Aliya turut terdiam sepanjang ucapan oleh lelaki itu tadi.
Iffah tersenyum nipis, "Terang-terang kau tolak perasaan aku, tapi masih nak jaga perasaan aku ya?" katanya sambil ketawa nipis. "Mesti, aku tak sanggup untuk tolak perasaan kau secara terus..." jawabnya dengan nada yang rendah.
Aliya tersenyum dengan jawapan Hilal, betul itu bukanlah jawapan yang mereka inginkan, tetapi itu mungkin jawapan yang diperlukan. "Terima kasih Hilal sebab jujur dengan aku, mintak maaf juga sebab luah secara tiba-tiba..." sambung Iffah dengan nada yang rendah.
Lelaki itu tersenyum, dia mengambil songkoknya tadi, "Tak apa Iffah, sekurang-kurangnya kau berani untuk meluahkan perasaan kau, bukan selalu tau." jawab Hilal, dia kemudian beredar daripada kerusi tadi.
Hilal memulakan langkah keluar dari kelas, "Hilal sekejap." panggil Iffah dengan nada yang sedikit tinggi.
Lelaki itu menoleh ke belakang, terpinga-pinga kenapa perempuan itu memanggilnya. "Aku mungkin dah ditolak, tetapi..." kata-katanya terhenti buat seketika. Pelajar itu mengangkat kening sebelahnya, "...tetapi?" kata-kata Iffah diulangi.
"...tetapi jika Siti berkata demikian, fikirlah dulu sebelum buat keputusan ya?" sambung Iffah dengan senyuman yang terukir di wajahnya. Dahi Hilal berkerut. Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh perempuan itu, dia membiarkan sahaja kata-katanya.
Langkahnya bermula untuk keluar dari kelas 5 Uthman, "Assalamualaikum, Iffah... Aliya." katanya dengan nada yang rendah. Lelaki itu sambung langkahnya untuk ke pagar sekolah.
Kedua-dua remaja tersebut hanya memberikan pandangan sehingga Hilal tidak lagi kelihatan di mata mereka.
Iffah kemudian terduduk di kerusi dan mengusap dadanya. Aliya tidak menoleh ke arah Iffah, mahu memberikan dia masa sendiri. "Kau dah buat yang terbaik, Allah mungkin ada orang yang lebih baik untuk kau, buat masa sekarang..." perempuan itu menoleh ke arah rakannya.
"...kau bersabarlah ya Fah?" sambungnya dengan nada yang rendah, dia mendekati Iffah dan mengusap belakangnya. Kelihatan beberapa titis air mata terjatuh daripada mata remaja itu, sedih tetapi redha dengan kehendak yang Maha Esa.
Perempuan itu memandang ke luar tingkap, "Sekarang, giliran kau Siti..." biskinya edngan senyuman nipis. Aliya kemudian membantu rakannya beriri, "Jom kita balik, dah pukul 2:45 ni. Nanti lambat solat Zuhur." katanya sambil menggalas beg yang penuh dengan buku.
Iffah mengelap air mata daripada wajahnya, "Okey, jom kita balik." jawabnya dengan berasa yakin. Aliya tersenyum. Kedua-dua remaja itu kemudian melangkah keluar dari kelas tersebut dan terus menuju ke rumah mereka.
───────────〃───────────
Hilal sedang berjalan ke arah Latte DeCafe, dia kemudian tersempak dengan Naufal yang sedang menyandar di luar kafe milik pak ngahnya. "Assalamualaikum, Naufal kenapa kau kat luar?" tanya Hilal sambil memegang tombol pintu. Rakannya tersenyum, "Tiada apa, aku tunggu kau tai. Dah jom masuk, kau solat dulu." jawab Naufal.
Remaja itu mengangguk, dan terus masuk ke dalam kafe tersebut diikuti Naufal di belakang.
Kelihatan Asyraf dan Haikal sedang duduk di salah satu meja sebagai pelanggan. Mereka sedang dilayan oleh Dzul. "Assalamualaikum, Dzul Hilal dah balik." kata remaja itu sambil mendekati kaunter.
Lelaki itu tersenyum, "Wa'alaikumussalam, Hilal. Hari ini kau kerja?" tanya Dzul sambil meletakkan pinggan ke meja pelajar-pelajar tersebut. Hilal menggeleng, "Tak, aku nak ajar mereka hari ini. Mungkin lain kali aku kerja, tolong ganti aku ya." katanya, dia kemudian naik ke atas untuk menunaikan ibadah solat Zuhur.
Dzul tersenyum, lelaki itu membiarkan remaja itu dan terus menyambung bekerja. Hilal meletakkan beg galasnya di atas katil. Remaja itu kemudian melonggarkan tali lehernya, dan membuka butang paling atas di bahagian kolar.
Lelaki itu terduduk di atas kerusi miliknya, masih dalam keadaan terpinga-pinga. "...tetapi jika Siti berkata demikian, fikirlah dulu sebelum buat keputusan ya?" teringat apa yang dikatakan oleh Iffah, dahi Hilal berkerut. "Apa maksudnya..." bisiknya di dalam hati.
BERSAMBUNG...