Chereads / Pertemuan Takdir / Chapter 10 - Tahun Baru

Chapter 10 - Tahun Baru

Para pelajar akan ke sekolah seperti biasa. Tarikh menunjukkan 1 Januari 2023, bermaksud Hilal dan rakan-rakannya sudah pun masuk Tingkatan 5.

"Baiklah, berdasarkan maklumat yang dikumpul, kami telah membuat keputusan..." kata guru disiplin di dalam bilik mesyuarat. Lelaki itu menoleh ke arah Hilal, remaja itu sedikit terpegun. "Ahmad Hilal, kamu akan diberikan amanah bagi memikul jawatan sebagai Ketua Pengawas. Tahniah." katanya berserta dengan ukiran senyuman di wajahnya.

Remaja itu terkejut, "Cikgu, betul ke ni?" tanyanya. Guru tersebut mengangguk, dia kemudian mengambil tag nama yang ditulis 'Ketua Pengawas: Ahmad Hilal' dan mendekati remaja tersebut. "Kamu telah di undi oleh majoriti, dan saya sendiri setuju untuk kamu dilantik." kata guru itu sambil memasang tag nama tersebut kepada baju anak muridnya.

Hilal mengukirkan senyuman nipis, memang berita ini mengejutkan dia. "Kami akan memberikan pengumuman sebentar lagi sewaktu pengakhiran perhimpunan." kata Cikgu Shamila sambil berasa bangga. Remaja itu hanya mengangguk.

Di pengakhiran perhimpunan...

"Kenapa lambat ni?" tanya salah seorang murid. Mereka kelihatan berborak sesama sendiri. Kedengaran bunyi mikrofon dari jauh, "Perhatian, kami ada satu pengumuman." kata seorang guru bertugas, dia kemudian memandang Hilal dan terus ke depan pentas. Remaja itu hanya menurut perintah gurunya, dan terus ke hadapan.

Kelihatan Hilal sedang berdiri di hadapan mereka semua. Para murid kelihatan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. "Kini saya mengumumkan, Ahmad Hilal Bin Khairul Jaafar sebagai Ketua Pengawas pada tahun 2023!" kata guru disiplin itu.

Para murid dan guru menepuk sekuat hati, bangga mereka dengan percapaian Hilal pada hari ini. Lelaki itu hanya tersenyum, sambil menunduk beberapa kali tanda terima kasih. "Congrats, Hilal!!" jerit Siti dari jauh, terukirnya senyuman di wajahnya.

Remaja lelaki itu berasa sedikit malu, dia membalas dengan senyuman nipis. "Hehe, thanks!" katanya kepada mereka semua. Para murid meneruskan tepukan gemuruh mereka. Setelah selesai, mereka kemudian pulang ke kelas masing-masing, Hilal dan Siti serta Asyraf sedang menuju ke kelas mereka.

Seharian mereka tidak belajar, disebabkan ini adalah hari pertama sekolah, para guru kini sibuk dengan persiapan program-program dan ceramah bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5.

Di kelas 5 Salman...

Hilal kelihatan sedang termenung di luar tingkap. Dia mengingati peristiwa semalam.

31 Disember, 2022 di rumah Siti. "Assalamualaikum!" salam Hilal sambil mengetuk pintu utama. "Wa'alaikumussalam, Hilal masuklah!" kata Puan Fatimah sambil memegang pintu. Remaja itu kemudian memasuki melalui pintu utama ke ruang tamu. "Saya percaya kamu ada semua bahan?" kata wanita tersebut sambil tersenyum.

Hilal mengangguk, dia kemudian mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan. "Baiklah, jom kita mula!" kata Puan Fatimah sambil memegang spatula. Remaja itu tersenyum, dia kemudian melipat lengannya untuk memudahkan kerja.

(Japanese Cheesecake / Soufflé Cheesecake)

Kek keju Jepun terkenal dengan teksturnya yang bergoyang-goyang, seperti span, gebu apabila suam yang menjadi lebih berkrim dan lebih kaya selepas disejukkan. Ia lebih ringan daripada kek keju New York kerana ia dibuat dengan kurang keju krim dan gula serta berudara dengan meringue.

"Siti dulu suka cheesecake ni, dah hampir sepuluh tahun dia tak makan." kata wanita itu sambil menyusun bahan-bahan. Hilal hanya mendengar, dia tidak berani untuk bersuara. Hormat mereka yang tua, itu yang difikirkan.

Hilal kemudian mencampurkan bahan-bahan tadi mengikut langkah-langkah daripada buku resipi yang dibeli. Remaja itu tersenyum sendirian, teruja rasanya. Wanita itu hanya tersenyum, memang betul apa yang diakatakan oleh Siti, dia akan senyum dan berasa seronok apabila memasak. Puan Fatimah tersenyum melihat Hilal beria-ria.

"Okey... last touch..." kata Hilal dengan nada risau. Disebabkan ini kali pertama dia buat cheescake, dia berasa segan dan risau jika ia tidak akan berhasil. "Sekarang kita akan tunggu." kata wanita tersebut sambil membasuh tangannya diikuti Hilal.

Remaja itu kemudian duduk di sofa, dia termenung ke arah dinding yang tidak bernyawa itu. "ABANG HILAL!" jerit Aqil, dia muncul secara tiba-tiba dari belakang sofa. "Eh, Aqil! Dah baca buku abang belikan tu?" tanya Hilal kepada kanak-kanak lelaki itu.

Aqil mengangguk, "Dah, best cerita dia. Macam woosh, boom, wahh!" katanya sambil meniru aksi gaya dari buku cerita yang dibaca. Hilal hanya tersenyum, dia kemudian mengusap kepala Aqil. Puan Fatimah hanya tersenyum, tenang hati bahawa ada orang yang menjadi peneman buat kedua-dua anaknya.

Sejam lebih mereka menunggu, Hilal dan Aqil sedang melukis,Puan Fatimah sedang menguruskan kerjanya di ruang tamu sementara cheesecake itu siap. DING, kedengaran bunyi ketuhar, tanda cheesecake telah siap dibakar.

"W- woah..." kata Hilal dengan nada terkejut, tidak sangka masakan baru yang dibuat, menjadi sekali lagi dalam cubaan pertama. "Saya kagum, kamu ni memang betul-betul berminat memasak ye?" tanya wanita itu sambil mengeluarkan cheesecake daripada ketuhar.

Remaja itu hanya tersenyum, dia kemudian menyediakan piring dan pinggan. Aqil pula bantu mengambil sudu dan garfu. Kedengaran bunyi pintu utama dibuka, Hilal, Aqil dan Puan Fatimah bergegas menutup lampu dan langsir.

"Assalamualaikum, saya dah balik... eh?" kata-katanya terhenti. Siti kemudian menoleh ke kiri dan ke kanan, dia kaku dan masih terpinga-pinga dengan keadaan ini. TAP, bunyi suis dibuka, "SELAMAT HARI JADI SITI!" kata mereka. Mata remaja itu membulat, "E... eh??" dia terkedu, tidak dapat berkata apa-apa.

"Sejak bila, ni ke sebab mama suruh saya pergi pasar pukul 6:45 pagi?" katanya sambil meletakkan plastik yang berisi bahan basah. Wanita itu hanya mengangguk. Aqil kemudian lari ke arah Siti, "Selamat Hari Jadi kakak!" katanya sambil menghulurkan lukisan kepadanya sebagai hadiah. Remaja itu berasa terharu, "Thank you 'qil, hehe." katanya.

Dia kemudian mendekati meja makan, dan telefon pintarnya berbunyi beberapa kali. "Ape bising-bising ni?" katanya sambil membuka WhatsApp, dia berasa terkejut. Kelihatan mesej bertubi-tubi yang mendoakan Siti 'selamat hari jadi' dan 'sihat sejahtera' semperna hari istimewa ini. Dia tersenyum, hampir menitis sit mata.

"Siti, nah untuk kau." kata Hilal sambil menghulurkan sepotong Soufflé Cheesecake kepadanya. "Eh, ni kau buat sendiri ke?" kata Siti sambil mencucuk kek tersebut dengan lembut. Remaja itu hanya mengangguk berserta dengan senyuman. "Bismillah..." dia memasukkan sudu ke dalam mulutnya.

Muka perempuan itu bersinar, "WAH SEDAPNYA!" katanya sambil menjamu selera. Puan Fatimah dan Aqil pula ikut sekali, mereka juga memberikan reaksi yang sama. Memang sekeluarga, fikir Hilal.

Setelah hampir sejam, mereka kemudian bersiap mengemas meja. "Hilal, meh aunty buat. Kamu borak lah dengan Siti dulu." katanya sambil mengambil pinggan yang kotor. Remaja itu hanya mampu mengangguk dan terus ke ruang tamu.

Aqil dan Siti sedang melukis, Hilal pula duduk di kerusi bertentangan dengan Siti. Perempuan itu bersuara, "Thanks for everything Hilal, memang tak sangka semua ni korang dah plan. Hehe." katanya sambil tersenyum. Muka Hilal berubah sedikit merah, dia kemudian berdehem. "Alhamdulillah, semua ni daripada Allah, tanpa izinnya kita takkan sempat nak siapkan semua ni." kata Hilal dengan beradab.

Siti mengangguk, kemudian menoleh ke arah tingkap. "Kalau hari ni birthday aku, maksudnye esok dah tahun baru..." katanya dengan nada yang rendah. Hilal hanya mendengar. Perempuan itu menoleh ke arah Hilal, memandangnya dengan tekun. "Aku harap last year kita kat sekolah, dan lepas graduasi, kita still kawan rapat. Hehe." katanya dengan senyuman. Hilal berasa sedikit malu, "Em, aku pon doakan kita kekal kawan sehingga ke graduasi." katanya berserta dengan senyuman nipis.

"Hilal, ohh Hilal!" kedengaran seseorang memanggilnya. Dia menoleh, dan kelihatan Siti sedang memanggilnya. "Lama termenung tu, kenapa?" tanyanya sambil menggigit roti. Hilal terkedu, "Berani ye kau makan dalam kelas?" tanyanya dengan senyuman. Siti hanya ketawa dengan respon Hilal sebentar tadi. Remaja itu hanya ikut ketawa nipis, tenang hatinya rasa.

Di sudut yang lain...

"Sini ye, Assalamualaikum cikgu." kata pelajar itu dan terus masuk ke bilik guru. Dia kemudian duduk bersebelahan dengan guru kelasnya, "Sila perkenalkan diri kamu." katanya sambil memegang pen. Pelajar itu mengangguk, "Nama saya Othman Rizal Bin Yadzi Akram." katanya sambil menepuk dadanya.

Setelah beberapa minit, Othman kemudian menuju ke kelasnya. Sewaktu berjalan, dia kemudian tersempak dengan Siti serta rakan-rakannya, tetapi dia tidak mengecam wajah Othman. Dia kemudian bersuara.

"Siti?"

BERSAMBUNG...