Chereads / Pertemuan Takdir / Chapter 7 - Pantai

Chapter 7 - Pantai

Beberapa hari telah berlalu, dan Hilal bersama rakan-rakannya akan ke Pantai Port Dickson. Siti, Nabila, Fariha dan Farah kini berada di rumah Siti. Remaja perempuan itu kemudian memandang ibunya, teringat kejadian 2 hari lepas.

"Assalamualaikum~ Mama balikk!" kata wanita itu sambil melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Kedengaran tapak kaki sedang menurun dari tangga, Aqil dengan pantas peluk ibunya. "MAMA!!!" jeritnya. Wanita itu kemudian memeluk kanak-kanak itu dan mengusap kepalanya. Dato' Fatimah Annisa Binti Sufian Fadzli, seorang doktor pakar di Kuala Lumpur. Disebabkan kerja di sana, dan rumahnya terletak di Selangor, Siti terpaksa tinggal sendirian bersama Aqil di rumah. Ayahnya pula, Nor Kamil Izhar Bin Syakir Mokhtar, seorang jurutera pelantar minyak, kini berada di luar negara. "Mama ada belikan egg tart untuk kamu berdua, mana kakak kamu?" tanya Puan Fatimah sambil meletakkan bungkusan plastik di meja. Aqil menunjuk ke arah tangga, "Kakak tengah duduk dalam bilik, adik pon tak tahu dia buat apa.." katanya.

Wanita itu naik ke atas, dia berada di luar bilik satu-satunya anak perempuannya itu. "Assalamualaikum, Siti?" tanyanya. Siti kemudian membuka pintunya, terkejut ibunya berada di hadapan mukanya setelah seminggu tidak pulang. "Wa'alaikumussalam, eh Mama macam mana ada kat rumah pulak ni?" kata remaja itu. Puan Fatimah ketawa nipis, "Lah, ni kan rumah mama.. tak kan nak balik pun kene ada sebab?" katanya sambil mengusap kepala anaknya. Siti kemudian ketawa nipis. Setelah beberapa minit, mereka kemudian turun da makan makanan yang dibawa oleh Puan Fatimah sebentar tadi.

Puan Fatimah berkerja secara berterusan di Hospital Kuala Lumpur selama beberapa bulan tanpa pulang ke Selangor. Selama Hilal dan rakan-rakannya kenal Siti, mereka belum pernah jumpa ibunya.

"Eh, Mama beli ni dekat Latte DeCafe?" kata Siti. Hairan kedai itu masih dibuka pada masa begini. Wanita itu mengangguk dengan soalan anaknya itu. Siti hanya diam, begitu tidak sangka kafe tersebut masih buka sehingga pukul 10:30 malam. Setelah selesai makan, mereka kemudian naik dan tidur.

Keempat-empat remaja itu dan Aqil kemudian masuk ke dalam kereta, termasuklah Puan Fatimah. Mereka kemudian bergerak terus ke Latte DeCafe.

Di luar, terdapat Hilal, Naufal, Aniq, Asyraf, Cikgu Faez dan Abang Dzul sedang memasukkan barang ke dalam kereta. Tiga remaja itu akan menaiki bersama dua orang dewasa tersebut, manakala Hilal akan menunggang motosikalnya. "Hilal, kau pasti nak menunggang ke sana?" tanya Asyraf dengan nada risau. Remaja itu mengangguk dan kemudian menepuk bahu rakannya. "Tak apa Acap aku pasti, lagi pun aku ikut belakang kereta korang jadi selamat sikit." katanya sambil meletakkan helmetnya di atas motosikalnya. Asyraf mengangguk rasa lega. Setelah siap mengemas, kebetulan kereta Toyota Innova menghampiri mereka. Kelihatan Siti dan rakannya serta Puan Fatimah dan Aqil.

"Assalamualaikum, kami dah sampai~" kata wanita tersebut. Mereka menjawab salamnya. Pak Harith kemudian keluar daripada kafe tersebut bersama bahan mentah yang akan dibawa. "Eh, Annisa? Ya Allah, lama tak jumpa." kata lelaki itu. Hilal dan Siti terkejut sehingga berkerut dahi. Hairan. Mereka kenal antara satu sama lain? "Pak ngah kenal mak Siti?" Hilal bersuara. Lelaki itu mengangguk, dan kemudian menepuk bahu anak saudaranya. "Ni anak si Ja'afar, Hilal." katanya. Wanita itu mengangguk. "Ni pula Siti, anak si Ghazali tu. Dia tengah kerja di Dubai." sambungnya.

Selepas beberapa minit berbual, mereka akhirnya bakal bergerak ke pantai. "Hilal, hati-hati ya. Baca doa sebelum menunggang." kata lelaki Pak Harith kepada remaja tersebut. Hilal mengangguk, dia kemudian salam pak ngahnya. Puan Fatimah kemudian masuk ke dalam kereta berserta 4 remaja perempuan dan Aqil. Kelihatan Siti memandang ke luar tingkap. Dia berasa sedikit risau tentang Hilal yang akan menunggang motosikal. "Tak apa Siti, Hilal tu dah biasa dengan motosikal. Dia pernah menunggang sampai Kuala Lumpur dulu." kata Nabila sambil menepuk bahu rakannya. Perempuan itu hanya mengangguk. Asyraf, Naufal dan Aniq masuk ke dalam kereta Cikgu Faez berserta Dzul yang duduk di bahagian depan penumpang

Kedengaran bunyi motosikal Hilal berbunyi. Remaja itu memakai jaket hitam berserta dengan sarung tangan. Kedua kereta dan motosikal tersebut kemudian memulakan perjalanan mereka dengan lafaz bismillah dan doa di dalam kenderaan.

Doa menaiki kenderaan:

...بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ... سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ.

(al-Zukhruf 13-14)

Maksud:

"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

Mereka berhenti di lampu trafik, Hilal memandang kereta Puan Fatimah. Kelihatan Aqil sedang melambai ke arahnya, berserta dengan Siti. Ketiga-tiga perempuan tadi mengusik Siti di dalam kereta. Remaja lelaki itu menoleh ke sebelah, kelihatan Asyraf dan Aniq sedang melambai ke arahnya. Manakala Naufal sedang menangkap gambar Hilal dengak telefon pintarnya. Hilal tersenyum nipis. Sesuatu mengatakan bahawa, sudah lama dia tidak merasai perasaan ini. Bahagia bersama rakan-rakannya. "Alhamdulillah.." dia bersuara sedirian. Lampu rafik bertukar hijau, mereka kemudian meneruskan perjalanan.

Di kereta Puan Fatimah, remaja-remaja tersebut berborak antara satu sama lain. "Kau bawak makanan apa Nabila?" tanya Fariha. "Aku ada bawak sandwich tuna untuk kita" jawab rakannya. "Wah, aku ada bawak bihun goreng!" Farah muncul dari belakang. "Uish, aku pulak bawak jus oren untuk kita semua minum!" sambung Nabila. "Siti, kau bawak apa?" tanya Fariha. Ternampak Siti hanya termenung di luar, berfikiran sendiri, "Hilal pandai tunggang motosikal? Biar betul, aku tak tahu pun... dia nampak hensem tadi..". Fariha menanya dia sekali lagi, "Ui Siti, dengar tak?" , Siti terkejut dan terus menjawab, "Eh dengar-dengar, emm apa ya tadi? Hehe.." katanya sambil tersengih-sengih.

Farah hanya tersenyum dengan jawapan Siti, ternyata dia tadi memikirkan Hilal. "Hoo.. fikir pasal Hilal yer." bisik Farah kepada Siti. "EH, MA-MANA ADALAH!!" jawab Siti sambil berasa malu, membuatkan pipinya menjadi kemerah-merahan. Mereka ketawa apabila dengar jawapan rakannya tadi. "Yelah, maaf saja nak bergurau, hehe." sambung Fariha. "Em.." Siti angguk tanda terima maaf perempuan itu tadi. "Siti, kau memang suka Hilal ya?" Farah mencelah. Siti diam seketika kemudian mengangguk. Itu membuatkan remaja-remaja di dalam kereta menoleh ke arah Siti. "Wah.. bila kau nak luahkan persaan?" Farah menanya lagi. "Tak tahu lagi..." jawab Siti. Nabila yang hanya diam dari tadi mencelah sambil tersenyum nipis, "Korang ni kesian Siti tu, relax sikit yer." katanya. "Yelah.." jawab mereka berdua.

Puan Fatimah yang dari tadi mendegar hanya ketawa nipis, manakala Aqil sedang tidur di hadapan.

Hilal tiba di kawasan pantai dan meletakkan motosikalnya di tempat letak kenderaan. Dia menghirup udara segar dengan dalam, "Fuh.. tenang jugak menunggang tadi." katanya. Beberapa minit kemudian, dua buah kereta tiba di kawasan parking. Aniq, Asyraf dan Naufal keluar dari kenderaan Cikgu Faez diikuti Dzul. "Haaa, sakit punggung aku wei.." kata Asyraf. Aniq dan Naufal mengangguk tanda setuju. "Korang, tolong cikgu angkat barang ni letak dalam Motel dulu. Lepas tu baru lah boleh pergi main." kata Cikgu Faez sambil mengangkat masuk barang ke dalam bilik. "BAIK BOSS!" kata ketiga remaja tersebut dan terus membantu.

Puan Fatimah membawa remaja-remaja perempuan ke bilik mereka, dan Cikgu Faez membuat perkara yang sama. "Ohh, bilik kita sebelah je ni. Dah lah sebelah pool, memang best!" kata Siti dengan gembiranya. Hilal masuk dan meletakkan barangnya di kawasan yang ditempatkan. Lelaki itu tersenyum melihat rakan-rakannya berseronok baling bantal di dalam bilik.

Remaja itu kemudian duduk di patio luar. Menikmati suasana dan pemandangan. Setelah beberapa minit, mereka kemudian menyalin pakaian untuk ke pantai. "Hilal, jom! Nanti kau lambat nak main sekali." kata Asyraf sambil mengambil bola tampar. Hilal menunjukkan ibu jarinya, dan terus bersiap.

Mereka tiba di pantai, Asyraf dan Aniq memulakan dengan memasang net, manakala Naufal sedang membantu Cikgu Faez meletakkan barang di bawak pondok. Siti dan tiga remaja lain memulakan regangan sebelum bermain. Aqil dan Puan Fatimah hanya duduk di bawah pondok sambil melihat mereka. "Lah, mana Hilal?" tanya Naufal. Dari tadi mencari, tidak kelibat rakannya itu. Asyraf dan Aniq menggelengkan kepala, mereka tidak tahu di mana dia berada. "Tak apa, korang main dulu. Cikgu jadi pengadil." kata Cikgu Faez sambil bergerak ke arah gelanggang.

Perlawanan bola tampar antara pasukan perempuan dan pasukan lelaki akan bermula. Mereka telah ambil kedudukan masing-masing. "Perlawanan ini akan tamat apabila satu pasukan mendapat markah 20-22 ataupun yang berkenaan. Bagi pasukan lelaki ketua kamu adalah Naufal dan pasukan perempuan ketua kamu adalah Nabila." katanya sambil mengayunkan tangan.

Perlawanan bermula.

Asyraf memulakan dengan serve biasa. Bola disambut dengan baik oleh Siti, kemudian diberi kepada Farah. Dia cuba memasukkan bola di atas jaring, tetapi di halang oleh Naufal. Bola tersebut masuk semula ke gelanggang mereka. "YEAH MASUK!" kata Naufal. Rakannya lompat ke arahnya kerana memberikan satu mereka. "Hmm~ Macam best game ni. " kata Siti sambil bersedia untuk serve.

Kedengaran tapak kaki mendekati. "Heh, macam biasa.. 'hero' sampai lambat." kata Asyraf sambil tersengih. Kelihatan Hilal, bersama dengan pakaian casual, malah masih menutupi aurat berserta dengan topi hitamnya. "Masih ade spot untuk aku?" tanya Hilal dengan menunjukkan jarinya di gelanggang lelaki.

BERSAMBUNG...