'Heh...'
Eloise Quest yang kini menjadi Esther Altham, dirinya pada kehidupan sebelumnya. Dia telah kembali sebaik sahaja dia melintas pintu yang datang dari mana sebentar tadi.
Kini El-Esther berada di dinding yang berjarak 300 kaki dewasa dari gerbang dengan pakaian robek bahagian bawah baju dan belakang. Namun tidaklah terlalu besar untuk memperlihatkan pakaian dalamnya.
'Sekejap lagi pembunuh upahan akan datang. He...menarik'
Mini Elo-Esther kedua sudah mengepalkan kedua tangannya dengan senyuman lebar. Mini kedua tidak sabar untuk beradu tinju. Kasih lebam dan patahkan tulang. Mini Esther kedua menggosok kedua tangannya sambil ketawa jahat. Mini Esther pertama telah awal-awal bersembunyi di belakang mini Esther ketiga yang minum teh lemon yang untuk ke lima kalinya.
Esther mengekalkan postur seperti Esther[kehidupan pertama] dan memejamkan matanya. Dia cuba menumpukan fokusnya dalam pendengaran dan menenangkan diri dari pecah karakter.
Esther hampir memalingkan kepalanya ke arah bunyi yang terhasil dari semak samun. Mini Esther kedua sudah ketawa terbahak-bahak.
'He.. He..'
Tak lama selepas itu, muncul sekumpulan sekumpulan orang dewasa berpakaian serba hitam. Sama persis dengan momen kenangan yang dia lihat.
'He.. He.. He..'
Kerana tidak tahan dengan perangai mini Esther kedua, mini Esther ketiga bangun dari tempat duduk dan mengeluarkan kipas kertas yang besar dua kali dari tubuhnya lalu memukul kuat mini Esther kedua hingga pengsan. Mini Esther pertama terjerit sekejap.
"Tuan muda ke lapan. Anda sudah tidak dapat larikan diri lagi" ucap orang dewasa yang tubuhnya tegap. Orang itu mengeluarkan pisau belati dari pakaiannya dan mengacu ke depan Esther.
Raut Esther datar. Anak lelaki itu tidak menunjukkan raut bimbang atau takut atau marah seperti orang biasa. Perkara itu membuatkan orang tegap marah.
"Hah! Seperti khabar angin katakan. Tuan muda ke lapan berhati beku dan kejam" ejek orang tegap itu.
Masih tiada riaksi dari Esther.
"Jangan berlengah lagi. Cepat bunuh si celaka ini!" ucap orang tegap itu.
Orang-orang yang berdiri diam sedari tadi, segera mengacukan belati masing-masing dan ada yang menggunakan sihir api ke arah Esther.
"Matilah kau, Celaka!"
Mereka tidak beri peluang pun untuk Esther menghindar. Namun mereka fokus dalam menyerang sehingga tidak sedar dengan senyuman yang terukir dan matanya yang sangat gelap, tidak ada cahaya yang terpancar melainkan hausnya untuk keganasan.
"Hee.."
Esther yang dulu pernah menjadi Eloise ada mempelajari sesuatu yang gelap dari buku lama yang dia secara tidak sengaja terjumpa. Sesuatu yang aneh dan menakutkan yang membuatkan Liam menangis raung-raung akan kenapa dia mempelajarinya.
'Sekurangnya saya gunakan pada masa sekarang adalah tidak mengapa. Liam pasti faham dengan alasan ini. Dia kan tidak mahu saya mati'
"Gaya kegelapan:Hantu lapar"
Cecair hitam keluar dari tubuh Esther dengan pantas menyerang pembunuh-pembunuh itu dan melahap mereka dengan rakus seperti makhluk yang kelaparan selama ribuan tahun. Tiada sesiapa dari orang-orang itu yang dapat larikan diri dari cecair hitam yang sedang melahap mereka. Serang dengan sihir pun akan tetap tidak dapat. Ia hanyalah satu usaha yang sia-sia.
"Aaaarrrggg..!"
"Tolong!"
"Raksasa!"
"Minta ampun tua-"
Dengan hilangnya suara jeritan dari orang-orang, cecair hitam itu berhenti dan menggosok dirinya di pipi Esther. Cecair itu masuk ke dalam tubuh Esther dan menghilang.
Tak lama kemudian, Esther mengeluh dan berdiri dengan tegak. Dia menepuk pakaiannya dari debu. Melihat pakaiannya yang robek, Esther mendengus kasar. Alasan bajunya jadi seperti itu adalah kerana dia terlanggar kayu ranting setelah menyembunyikan putra ketiga dan menjadikan dirinya sebagai umpan.
"Gaya kegelapan: Kepulihan"
Cecair hitam menutupi tubuhnya buat seketika sebelum menghilang. Pakaiannya yang robek menjadi kembali seperti biasa.
'Sekarang, cari putera ketiga dan kembali ke kediaman Altham. Haa...dari memori..putera ketiga, Aurelio Tavio Howland, memang kanak-kanak yang menyusahkan'
Esther menggeleng sebelum membuka langkah ke tempat dia sembunyikan putera ketiga dan menemukan anak lelaki berusia lima tahun tidur dengan nyenyaknya. Rambut berwarna kuning cair yang kotor dan pakaian yang kusut masai. Esther mengeluh sebelum menggunakan cecair hitam yang sebentar tadi dia guna ke atas putera ketiga.