Chereads / The Tyrant Duke Altham[Malay] / Chapter 10 - Keluarga Esther

Chapter 10 - Keluarga Esther

Tiga hari telah berlalu dan tiada perkara yang aneh berlaku.

Esther menyesuaikan diri dengan dengan kehidupannya yang kini.

"Tuan muda. Tuan besar Crusoe memanggil anda ke pejabatnya"

"Hmm.."

Esther menghulur buku yang sedang dia baca ke Deno. Dia bangkit dari tempat duduk.

"Sediakan tea lemon sebaik sahaja saya kembali"

Deno menundukkan kepalanya. "Baiklah tuan muda"

Tanpa mengucap apa-apa, Esther segera berjalan ke pejabat ayahnya. Dia sempat berpapasan dengan abang sulungnya Emanuel yang tidak memberi wajah kepadanya.

Esther menoleh sebentar sebelum sambung melangkah.

'Dia tidak beri perhatian pun. Sapa pun tidak...Haa.. Heh.. Sedihnya.. Sudahlah Esther.. Sekurangnya awak sudah tahu bagaimana rasanya kasih sayang seorang abang. Abang Andrew kan sayang kita'

Esther mengukir sebuah senyuman dan menolak ke bawah rasa sedihnya.

'Dah. Jangan sedih-sedih. Tidak elok. Lebih lagi ini bukan ruangan tidur yang boleh pamerkan raut dan ada orang sekeliling. Nanti jadi bualan pula'

Esther mengetuk pintu besar di hadapannya sebelum mendapat kebenaran untuk masuk.

Dia melihat ayahnya duduk sambil tangannya tidak henti menulis sesuatu di atas kertas. Dia boleh mengira berapa tumpukan kertas yang bersusun. Dua di atas meja dan satu di sisi meja.

"Ayah"

+

+

+

Crusoe Altham. Seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri yang cantik dan lembut, tiga orang anak lelaki yang mempunyai hubungan baik satu sama lain dan anak perempuan yang menyamar sebagai anak lelaki. Crusoe mempunyai rambut berwarna honey brown yang diwarisi dari ibunya, Cataline dan matanya yang berwarna ungu gelap dari ayahnya, Keegan.

Crusoe memandang anak perempuannya yang mewari kebanyakkan dari dirinya. Boleh dikatakan persis atau mini Crusoe.

Esther, anak perempuannya, merupakan bidak pertama dalam rancangannya iaitu menjadikan Esther sebagai penguasa kawasan mereka dan bukannya anak lelaki abangnya.

Kawasan yang mereka duduki merupakan tanah yang dihadiahkan oleh raja atas pengorbanan dan kejayaan yang dibawa oleh ayahnya yang pada itu usia dua puluh dua tahun. Usia yang muda telah mencapai kejayaan yang tinggi dan dihadiah oleh raja. Sudah tentu Crusoe sebagai anak ayahnya sangat bangga dan mengikut jejak ayahnya untuk menghargai tanah yang diberi dan menjaganya dari bahaya.

Crusoe. Selain mempunyai seorang abang yang tua lima tahun dari dirinya, dia juga mempunyai adik perempuan bernama Arabella. Adik perempuannya telah berkawin dengan seorang merchent yang bernama Alberto Jenkins dan dikurnia anak perempuan yang muda setahun dari anak sulungnya.

Mengapa dia tidak menjadikan dirinya sebagai patriak kawasan itu?

Crusoe merupakan seorang general dan selalu melakukan misi luar. Dia juga tidak menyukai posisi patriak.

Pada awalnya, dia fikir, baik-baik sahaja kawasan ini diperintah oleh abangnya. Sehingga dia mendapati akan berita penduduk yang tidak terlalu kaya atau miskin ditindas atau tidak mendapat hak yang sepatutnya seperti penduduk lain. Abangnya juga terlibat dalam konspirasi sang ratu yang berniat akan kuasa takhta.

Perkara itu membuatkan dia sangat takut. Dia risau kalau tindakan abangnya akan menimbulkan kesan buruk yang mengerikan kepada keluarga mereka dan penduduk yang menjadi tanggungjawab untuk dilindungi.

"Mentor yang akan mendidik kamu sebagai patriak akan tiba lusa. Bersiap-siap dan jangan leka. Latihan berpedang dan berlawan juga akan dinaikkan"

Crusoe melihat anak perempuannya tidak menunjukkan raut apa-apa.

"Baiklah ayah"

Bukan dia tidak sayang akan anak perempuannya yang satu itu. Tapi, anaknya itu dilahirkan dalam kondisi sihat dan mepunyai kapasiti mana yang tinggi. Kalau ramai yang tahu jantina sebenar anaknya, pasti banyak permintaan untuk menjadi tunangan anak lelaki mereka dan dilayan seperti mesin lahirkan anak. Lahirkan anak lelaki yang mempunyai kapasiti mana yang tinggi seperti ibunya. Menyamarkan dan menyembunyikan, adalah satu pilihan yang tepat.

"Ayah"

Apakah dia gagal sebagai ayah? Kerana memaksa anak perempuannya atas perkara bukan kemahuannya? Melatih dirinya sehingga ke hujung tenaganya?

"Saya ada menangkap beberapa penyeludup yang mahu menyakiti abang Emanuel bersama abang kembar. Kini mereka disoal selidik"

Hubungan anak perempuannya dengan saudara lelakinya lebih kepada Emanuel yang agak buruk.

Ini semua salahnya.

Esther pernah merungut dan membentak akan kenapa dia yang harus mendapat beban itu dan dibenci tanpa sebab yang dia tidak tahu dari abangnya. Masa itu Esther berusia lima tahun.

[ "Kenapa saya yang harus lakukan? Kenapa bukan abang? Apa kerana badan abang lemah? Kalau cari sesuatu perkara untuk jadikan abang sihat, abang boleh gantikan Esther kan? Ini tidak adil! Mama dan papa juga lebihkan abang je! Asyik-asyik abang! Apa Esther bukan anak mama dan papa!" bentak Esther. Matanya merah dan pipinya sembab dari air mata. ]

Waktu itu, perlatihan dan pendidikan untuk Esther baru bermula.

Pendidikan untuk Esther lebih ketat daripada Emanuel untuk rancangannya. Perlatihannya iaitu bermain pedang dan berlawan juga dipelajari oleh Esther.

Perkara itu mungkin memberi tekanan yang berat kepada Esther. Lebih lagi layanan Emanuel yang cemburu dengan Esther yang kasar, baginya Esther lebih tinggi dan jenius dari dirinya.

Isterinya juga, yang memberi tumpuan penuh kepada Emanuel kerana mempunyai tubuh yang sama sepertinya, kurang kepada anak perempuannya. Isterinya tidak terima dengan rungutan Esther, telah..

[ Plakkkkkk...

Pesona lembut Graciela yang selalu dipancarkan, hilang dan digantikan dengan raut marah. Matanya yang selalunya lembut bertukar tajam. Membuatkan Esther terdiam dan ternaik bahu.

"Abang kamu tidak sihat, Esther! Kalau dia dibebani sesuatu yang berat dan mempunyai tekanan yang tinggi, kondisi abang kamu akan memburuk! Abang kamu boleh jadi terlantang di atas katil selama-lamanya atau mati! Abang kamu boleh mati Esther! Kenapa kamu tidak faham!"

AIr mata Esther bergenang. Pipinya yang ditampar hingga merah tidak sesakit hati anak kecil itu.

"S-saya pun anak mama.."

Graciela mengeluh kasar dan memegang kepalanya.

"Kenapalah anak saya ini kurang perihatin? Kenapa dia kurang bersimpati kepada abangnya? Haa... Kenapa saya lahirkan anak yang tidak berhati perut?"

Seusai dia mengeluh, Graciela melangkah keluar dari ruangan tidur Esther tanpa berpaling ke belakang.

Sejak hari itu, hubungan isterinya dan anak perempuannya menjadi renggang ]

"Berikan laporan selepas mendapat informasi dari mereka dan gantungkan kepala mereka di gerbang. Pastikan tiada jejak yang tertinggal"

"Baiklah"

Esther menunduk lalu melangkah keluar.

Anak perempuannya telah berubah selepas hari itu. Dia menjadi diam dan melakukan apa sahaja ditugas dengan lancar tanpa ada sebarang berat hati atau rungutan.