"Haa.."
"Apakah sudah selesai kerja yang saya suruh kamu lakukan?"
Esther menghirup air teh lemon. Matanya memerhati lima orang yang berlutut di depannya. 'Mereka adalah bawahan peribadi yang saya lantik setahun yang lalu. Lima orang ini-bukan, dua dari mereka adalah manusia dan tiga lagi adalah dari kaum elf. Bila difikirkan balik, macam mana kaum elf boleh menjadi bawahan manusia melainkan mereka adalah elf kelas rendahan atau tidak dipandang dan dijual atau diusir dari tempat tinggal mereka'
Salah satu dari kaum elf yang mempunyai telinga runcing itu menghulurkan helaian-helaian kertas yang telah disusun rapi ke arah Esther. "Ini adalah maklumat dari apa penyeludup-penyeludup itu katakan dan dengan siapa mereka bekerja, Tuan Esther"
Esther mengambil dan menyelak perlahan. Dia membaca apa yang tertulis sehingga satu perkataan mencuri perhatiannya. Dia menyerahkan kertas-kertas itu kepada Deno, "Hantar ini ke ayah"
"Baiklah tuan muda"
Esther menghela nafas lalu mengerut dahinya.
"Hunrie, apa ada sebarang sihir penjejak atau perakam di tubuh mereka?"
Pemuda elf yang sebentar tadi, Hunrie segera menjawab sambil kepalanya menunduk. Tiada satu dari lima pun yang berani mengangkat kepala tanpa perintah dari Esther.
"Tidak ada tuan muda"
"Apa segala peralatan mereka telah di ambil?"
"Sudah dan tersimpan di bilik besi"
Esther melirik dua pemuda manusia yang berambut coklat. Dua pemuda itu adalah sepasang kembar.
"Leju. Guji. Kepala mereka telah tergantung bukan?"
Dua kembar itu mengangguk.
"Benar tuan Esther"
Esther meletakkan cawannya ke atas meja yang berada di tepi kerusi. Kakinya bersilang. Kaki kanan diletakkan di atas kaki kiri. Dia merasa sedikit teruja apabila teringat satu perkataan yang terdapat di salah satu helaian kertas.
{-culik tuan muda ke dua bersama dua anak kembar yang dikutip oleh Tuan Crusoe untuk menjadi salah satu bahan eksperimen..}
Namun sangatlah sayang kerana penyeludup-penyeludup itu tidak tahu jenis eksperimen yang dijalankan. Tapi sekurangnya, ini menjadi petunjuk utama untuk masalah yang Esther secara peribadi cuba kaji.
"..cubaan ini sepertinya ada kait-mengait dengan kehilangan anak-anak berusia lima tahun hingga lima belas tahun dari pelbagai kaum" ucap pelan Ebin, seorang elf yang satu-satunya elf berambut hitam dan berkulit putih pucat seperti kaum vampir dari dua elf, Hunrie dan Jureg yang mempunyai warna rambut dan kulit seperti kaum elf lainnya iaitu rambut kuning emas berkilauan dan kulit putih ke merah-merahan sedikit.
"Jureg. Sampaikan alamat petunjuk ini kepada ketua Ferdan Guild"
Jureg mengangguk dan menghilang seperti bayangan.
"Hunrie, kamu akan ikut saya ketika melawat rumah datuk saya. Leju dan Geju, dapatkan maklumat tentang tuan Cloise dan keluarganya dan perhatikan apa-apa yang ganjil, segera laporkan" kata Esther.
"Ebin"
"Ya, tuan?"
"..awasi abang-abang saya dan lenyapkan musuh dengan berhati-hati. Musuh semakin licik dan rancangannya pintar walaupun asalnya mereka itu bodoh dan lemah dari kamu"
"Ya-a tuan"
Ebin juga merupakan salah satu yang hilang untuk eskperimen yang mereka sedang siasat. Akan tetapi bukan kerana diculik, Ebin dijual oleh pakcik dan makciknya yang membencinya. Esther ambil dia menjadi bawahan ketika dia secara tidak sengaja melihat sekumpulan orang mengangkat kotak yang besar pada waktu malam. Esther dengan rasa curiganya pergi mengikuti tanpa menjelaskan sepenuhnya kepada ayahnya.
Sampai sahaja jalan yang mungkin di pertengahan hutan kerana sudah tidak nampak jalan belakang kampung dan depan juga sama, orang-orang itu berhenti untuk berehat. Kotak besar yang mereka angkut di letakkan ke tanah dengan kasar.
'...secara pendeknya, saya terdengar tentang anak dari kaum elf yang tidak mempunyai rupa seperti elf yang biasanya dan berapa banyak duit yang akan mereka dapat setelah menyerahkan anak itu kepada pengkaji-pengkaji gila.. terus melancarkan serangan.. tidak bunuh, hanya memastikan mereka tidak dapat bertarung dan dalam keadaan tidak sedar'
'Bila buka sahaja kotak besar itu, terlihat anak lelaki usia lima belas tahun yang diikat dan dalam keadaan pengsan. Tidak lupa dengan luka-luka yang dialami oleh anak itu'
"jangan pernah rendahkan musuh walaupun otak mereka itu cetek dan penuh air. Kamu akan mati kalau terleka"
Esther ambil dan bawa pulang anak itu. Dia melatih dan memberi dia makan. Bila anak itu menyatakan namanya dan mehu menjadi bawahannya, Esther terima dan sebelum itu dia memberitahu larangan dan kesan selepas menjadi bawahannya.
'Anak yang terlebih bangga diri dan menyedihkan'
"Bersurai!"
Empat bawahan Esther segera menghilang seperti Jureg.
Tidak lama selepas itu, Deno melangkah masuk ke dalam ruangan belajar Esther.
"Puan besar memanggil tuan muda untuk minum petang"
+
+
+
Graciela Altham, nama keluarga aslinya adalah Flores. Dia merupakan satu-satunya anak perempuan dan anak kesayangan keluarga Flores.
Graciela yang tumbuh besar dari keluarga yang penyayang dan keluarga yang tidak pernah mendera anak perempuan, menjadi seorang yang penyayang, lembut, sopan dan periang.
Graciela dan Crusoe berkahwin dengan kata cinta pandang pertama dan dikurnia dua orang anak yang berbakat, iaitu Emanuel dan Esther.
Setiap pasangan yang mempunyai darah keluarga Flores, akan memiliki tubuh yang lemah. Perkara itu sememangnya sebuah kenyataan dan tiada ubat untuknya. Maka anak yang mewarisi akan dijaga sebaik-baiknya.
"Kamu di sini.. duduk"
Esther duduk berhadapan Graciela tanpa mengubah raut mukanya.
"Ada teh lemon dan biskut coklat. Makan.. tanpa ada yang tertumpah"
Walaupun berkata seperti itu, Esther tidak perlu sebarang nasihat atau larangan kerana telah diajar berkali-kali olehnya.
Anak lelakinya memiliki kekurangan keluarga Flores, sudah tentu dia akan dilebihkan. Graciela tidak mahu terjadi apa-apa kepadanya dan menjadi peraturan untuk lebihkan anak ynag mewarisi.
"Baiklah ibu"
Graciela mengalami tekanan pada waktu itu dan tubuhnya memang akan terasa lemas, maka segala kata atau tingkah memang akan menyakitkan kepada yang menjadi bahan pelampiasnya.
"Kamu harus tumpukan pelajaran dan latihan. Raja telah menjadikan kamu sebagai pewaris, jangan terlalu bangga sehingga leka akan pelajaran dan latihan kamu. Jangan juga lupa untuk lawat putera ketiga. Kamu teman main yang mulia"
Jadi dia secara tidak sengaja melakukan perkara yang tidak pernah dia lakukan atau terima kepada anak perempuannya.
Dia mahu menjelaskan tetapi dia tidak mempunyai kesempatan. Atau keberanian. Graciela tidak tahu mahu lakukan apa selepasnya. Suasana terus menjadi janggal bila bersama dengan anak perempuannya.
"Saya faham, ibu"
Anak perempuannya berubah selepas itu. Dia tidak lagi memberi senyuman lebar yang selalu terhias di wajahnya dan tiada suara ketawa ynag terlepas dari mulutnya.
Dia merasa bersalah.
Anak perempuannya menjauhi dirinya. JIka tidak untuk kelas adab atau minum petang atau makan bersama keluarga, Graciela tidak dapat melihat anak perempuannya kecuali bayangan.
+
+
+
Esther melangkah naik kereta kuda bersama buku di tangan. Deno duduk di hadapan bersama pemandu kuda. Hunrie yang diarahkan oleh Esther untuk ikut, akan mengikuti kereta kuda itu dari bayangan.
"Cerita yang bikin geli" ucap Esther sambil membaca buku yang seharusnya anak seumurnya tidak baca. Namun kerana dirinya yang dulu berusia dua puluh dua tahun, tidak dipermasalahkan. Lagipun, tidak ada yang menyedari jenis cerita dan isi kandungan buku yang di bacanya.
Cerita ini tentang seorang gadis kampungan memiliki sihir cahaya dan ditawarkan untuk bersekolah di sekolah yang terkenal kerana sekolah itu yang mengajar muridnya akan sihir. Di sana gadis itu akan bertemu lima lelaki idaman dan tampan untuk menjadi salah satu calon suaminya dan musuh yang membenci statusnya dan bagaimana dia begitu rapat dengan lelaki idaman sekolah.
'..buat geli dan begitu biasa. Jika bukan kerana muka depan dan watak lelaki sampingan serta watak jahat perempuan sampingan, pasti sudah saya tutup dan tidak buka lagi buku ini... Hm.. bukankah ada sambungannya'
Pengakhiran cerita ini bukanlah pengakhiran sebetulnya kerana epilognya yang sangat mencurigakan.
{Kedua matanya terbuka dan melihat kawasan sekelilingnya sangat aneh dan tidak biasa..
"---?!"
Individu yang mempunyai raut garang muncul di depan matanya. Dengan terkejut, dia terundur ke belakang..}
Epilognya seperti watak reinkarnasi atau transmigrasi yang orang masa moden sering tulis. Mustahil ada di masa medieval seperti ini. Orang pada masa ini tidak mempercayai perkara tersebut dan memikirkan ia adalah salah satu sihir hitam yang mengerikan.
Memang mengerikan bila memikirkannya. Ia aneh dan jiwa yang telah tua atau mati atau asing telah menepati tubuh yang pastinya kosong atau mati.
'Kalau dapat tahu saya seperti itu.. pasti akan dibunuh atau disiksa.. Lebih lagi, memiliki sihir hitam yang dipelajari dari kehidupan sebelumnya..'
"Haa.."