Chereads / The Tyrant Duke Altham[Malay] / Chapter 12 - 3. Keluarga Esther

Chapter 12 - 3. Keluarga Esther

"Hmm.."

Kalau ada seseorang melihat seorang anak kecil lapan tahun sedang membuat raut serius, pasti mereka akan menyangka anak kecil berfikir tentang nak main apa? Atau nak makan apa? Ataupun nak buat apa?

Lebih lagi, anak kecil itu adalah seorang yang dipanggil jenius dan pewaris Altham, pasti pemikirannya seperti orang dewasa kerana dia kini sedang memikul satu tanggungjawab yang besar.

Seseorang akan ucap, "Tuan muda ke lapan sememangnya layak untuk menjadi pewaris. Pasti tuan muda memikirkan tentang bagaimana nak menolong kawasan kita untuk lebih selesa! Hu.. Hu.. Tuan muda telah bekerja keras! Kami akan menyokong tuan muda ke lapan!"

Tetapi anak kecil itu sedang memikirkan tentang situasi yang dia hadapi kini.

'Mahu memikirkan tentang watak utama di dalam buku reinkarnasi atau transmigrasi, mereka mempunyai satu kekuatan atau kelebihan yang istimewa untuk membantu mereka atau mempunyai sebuah sistem yang akan membimbing mereka'

Anak kecil itu menutup matanya. Dia duduk menyandar dengan kaki kirinya di atas kaki kanan.

'Mereka juga dapat mengetahui apa yang akan terjadi pada masa depan dengan membaca novel atau main game atau mendapat memori masa lalu atau pemilik identiti'

Matanya terbuka dan bertukar tajam. Raut wajahnya yang serius, menggelap sedikit.

'Saya tiba di masa saya mati. Jadi nak tahu tentang masa depan, pasti tidak dapat. Lagipun dunia ini bukanlah yang ditulis sebagai novel atau dibuat sebagai permainan'

Jari-jemarinya tidak berhenti bergerak. Namun, anak kecil itu memastikan tangannya tidak membuat sebarang bunyi. Dia tidak mahu menarik perhatian orang-orangnya

'Saya perlu berhati-hati dalam merencana. Silap satu langkah boleh menyebabkan masalah yang agak besar dan akan menarik diri ke kubur. Baru empat hari berlalu'

Anak kecil itu mengeluarkan nafas berat. Dadanya terasa sesak. Udara seperti sangat sedikit untuk dihirup.

Dia sedang panik atau risau. Anak kecil itu membuat spekulasi tentang dirinya sendiri.

Dia perlu bertenang dan untuk itu, dia harus memperlahankan jalan pemikirannya.

"Haa.."

'Saya hanya perlu mengubah apa yang sepatutnya dilakukan sejak awal. Bermula dengan pewaris, kawasan ladang lavender yang dipimpin oleh keluarga Altham, ratu, abang-abang, keluarga, putera ketiga dan lain-lain lagi'

Anak kecil itu memicit dagunya. Bibirnya terangkat ke tepi. Satu helaian nafas, sekali lagi kedengaran.

'Saya harus menjadi lebih kuat dan tegas! Saya harus menjadi lebih peka!'

Satu azam yang kuat tumbuh membara...

..

..

Lalu memudar secara perlahan..

'Masalah.. banyak sungguh masalah.. saya tidak suka..'

'Kenapa saya? Saya tidak layak! Walaupun memasang wajah kosong dan bertingkah seperti orang kuat atau maniak, itu semua kerana saya tekan diri saya untuk jadi seperti itu! Saya belajar dari buku komik, novel dan tonton anime serta drama, untuk menjadi seperti itu'

Hujung bibirnya menurun dan matanya tidak fokus ke hadapan. Nafasnya seketika berhenti.

'Jika mereka tahu akan siapa sebenarnya di dalam, pasti mereka kecewa, kan? Tidak kira berapa kali cuba menipu diri, menekan diri, saya cuma mahu menjadi watak latar belakang yang tidak memberi sebarang kesan kepada orang sekelilingnya.. Saya mahu duduk di satu tempat dan memerhati sambil menyembunyikan keberadaan. Anggap sahaja saya sebagai orang yang tidak pernah hadir dalam hidup mereka'

'Pasti mereka kecewa dan benci, kan? Apa gunanya saya? Hanya mahu mengubah, selepas itu mahu apa? Jiwa ini.. sangat sejuk sekali.. kosong.. Apa yang tin kosong seperti saya dapat lakukan? Masalah, mungkin dapat diselesaikan. Tetapi, perhubungan dengan orang yang terlibat dalam masalah-masalah itu?'

( "...loise!"

"Eloise! Keluar dari pemikiran sendatmu itu!".                               )

'Aa... Saya telah menjadi orang yang menyedihkan pada saat ini. Kalau Lian ada, pasti dia akan marah dan cuba memberitahu saya, "Keluar dari pemikiran sendatmu" dan "Awak itu manusia, makhluk. Pasti akan selalu berbuat silap. Tiada orang yang sempurna di dalam dunia!". Haa.. Lian. Terima kasih.. saya mahu jumpa dengan awak.. sangat'

Figura seorang pemuda lelaki yang berambut pendek, sedikit tinggi dan matanya yang jernih, muncul di benaknya dan memandangnya dengan senyuman lebar yang terhias. Cahaya keluar dari tubuh pemuda itu dan menerangkan keadaan sekelilingnya.

Anak kecil itu mahu memeluk figura itu dengan erat sekali. Dia mahu figura itu mengusap kepalanya dengan lembut. Mendengar suara lembut yang memarahinya atas perkara semberono yang dia lakukan.

Jika sahaja tidak terpasang bom atau dia dapat lepaskan diri, sudah tentu anak kecil itu akan memburu mereka yang menyakiti figura kesayangannya.

'Belah kaki mereka. Semua jari kaki dan tangan dipotong. Hiris muka mereka yang selalu memandang rendah. Cucuk perut mereka dengan batang besi dan minuman mereka dengan air yang mendidih'

Anak kecil itu mengerut dahi. Dia menggigit ibu jarinya.

"...tidak cukup. Itu sangat ringan. Hm.. kurung mereka dalam bilik yang tiada cahaya matahari dan apa-apa benda. Cabut kuku kaki dan tangan lalu hancurkan sehingga tidak dapat digunakan. Kasi minum air panas mendidih. Kerat lidah mereka dan cabut gigi satu persatu. Apa lagi?"

Wajahnya menunjukkan raut tidak puas dengan teknik yang ingin dia lakukan.

"Hiris muka dan picit air limau di luka-luka itu. Cambuk mereka dengan tali yang tajam. Akhir sekali, koyakkan tubuh mereka sehingga hancur.. itu bagus! Hm..."

Anak kecil itu mengeluarkan pemikirannya dan tidak peduli dengan reaksi tiga orangnya yang mendengar.

'Mengerikan' bisik Hunrie, Deno dan pemandu kereta kuda.

'Hmmmm...'

Esther membelek-belek buku yang sudah habis dia baca. Dia memikirkan tentang posisinya sebagai pewaris.

'Bila memikirkan tentang posisi, Keluarga Altham merupakan Duke sebelah barat'

'Kerajaan Kiflatro terletak di kawasan tengah-tengah, seperti jantung negara. Kawasan terbahagi kepada empat bahagian, utara, barat, selatan dan timur. Setiap kawasan akan mempunyai satu kedudukan Duke, makanya kerajaan Kiflatro mempunyai empat orang yang memegang gelaran Duke. Satu kawasan juga mempunyai tiga puluh empat gelaran Marquess, seratus sembilan puluh tiga gelaran Earl, seratus dua belas gelaran Viscountess dan lain lagi. Ini menunjukkan betapa besarnya kerajaan Kiflatro'

Esther mengukir senyuman lembut dengan matanya tertutup.

'Tenaga kerja saya masih belum cukup, dengan banyaknya bawahan-bawahan yang licik, akan agak sukar untuk dikawal. Saya perlu memperluaskan pengaruh... Lebih lagi, kawasan barat ini sering terlibat dengan serangan raksasa. Haa' 

+

+

+

"Sayang, apa awak yakin mahu membuat Esther sebagai patriak? Sebagai Duke seterusnya? Awak tahu juga kalau Dresden mahu menjadikan anak lelakinya yang menjadi penerusnya. Dia juga telah mempersiapkan anak Jasper sejak kecil. Sudah tentu sekarang Dresden mengamuk atau marah dengan keputusan awak dan akan membenci awak! Kalau dia mahu lakukan apa-apa kepada awak macam mana?!"

Seorang wanita yang telah berumur lima puluh lebih, namun masih kelihatan anggun memandang risau kepada suaminya. Nama wanita itu adalah Cataline, isteri kepada Keegan Altham dan mempunyai tiga orang anak yang telah berumah tangga. Seorang wanita yang memiliki rambut berwarna honey brown dan mata berwarna hijau zamrud.

Cataline telah melihat tumbuh besar ketiga orang anaknya dengan matanya sendiri kerana dia yang menjaga dan mendidik mereka, bukannya di beri tugas itu secara lansung kepada pelayan penjaga.

Antara tiga anaknya, dia paling risau dengan anak sulungnya, Dresden. Dresden mempunyai perangai yang sukar dibendung, kalau sudah sebati dengan diri, mahu berubah susah. Dresden, anaknya itu mempunyai otak yang cerdik seperti adik-beradik dia yang lain, namun, mungkin kerana dia bergaul dengan para bangsawan lain yang seumuran, dia mula terpengaruh.

Anak keduanya pula suka untuk menyendiri sambil membaca buku atau berlatih pedang dan seni berlawan. Dengan sifat menyendiri, Crusoe membentuk habit untuk memperhati kawasan sekeliling, jadi dia dapat menghindar dari perkara yang mendatang buruk kepada dirinya sendiri. Tetapi, sifat menyendiri itulah yang menyukarkan Crusoe untuk mengekspresi dirinya sendiri atau mengatakan sesuatu perkara tentang perasaan. Anaknya itu janggal tentang perkara berkenaan.

"Janganlah awak risau. Kalau pun dia bernai untuk melakukan sesuatu, saya ini dapat melawan balik! Saya ayah dia. Atau pun, Crusoe dengan anak dia, Esther dapat mengatasinya"

Esther, cucu perempuannya yang bungsu dan menyamar sebagai anak lelaki untuk menjadi penerus patriak, pemimpin kawasan barat. Cataline sangat dekat dengan cucunya satu ini, kerana Esther selalu melawatnya dan menjadi orang pertama untuk menjadi tempat luahkan perasaan.

Esther, sedikit lebih banyak mengikut ayahnya untuk suka menyendiri. Mungkin kerana diam itu menenangkan diri?

Cataline mahu mengatakan bahawa cucu kesayangannya itu masih muda dan akan terasa terbeban dan akan menjadi tekanan berat kepada tubuh kecil itu.

"Esther pasti dapat menggalas tanggungjawab itu. Kerana dia adalah dari keluarga Altham! Tidak ada kamus putus asa di dalam!"

"..Hm!"

Sang suami hanya mengendahkan balasan isterinya. Dia mencapai dokumen di atas meja. Mata ungu gelap itu menyepet dan terpejam buat seketika. Percakapan antara dia dengan sang raja terngiang di fikiran. Hanya mereka berdua yang mengetahui alasan mengapa Esther menjadi penerus. Raja memainkan satu permainan yang menakutkan. Dadanya berdebar kencang memikirkan tentang masa depannya Esther.

'Perkara yang sangat menyusahkan berada di hadapan kamu, Esther'

Pintu terbuka dan memperlihatkan cucunya yang sedang dirisaukan melangkah masuk dengan senyuman kecil terhias.