Chereads / The Tyrant Duke Altham[Malay] / Chapter 7 - 2. Esther Altham

Chapter 7 - 2. Esther Altham

'Badan saja kecil tapi berat.. patah juga tulang belakang saya nanti!'

Esther membetulkan pegangannya pada tubuh putera ketiga. Dia mengangkat putera dengan gaya ala mengangkat puteri kerana dia dapat memastikan tidak ada yang dapat cederakan putera bermasalah ini.

"Gaya kegelapan: Kemarahan jiwa" ucap Esther perlahan. Dia mempercepatkan langkahnya. Ada pembunuh-pembunuh yang mahu kepala dia dan putera. Jadi, Esther melancarkan sihirnya untuk mencari dan membunuh pembunuh-pembunuh itu tanpa perlu bertantang mata. Mudah, tidak cedera dan Esther mahu mandi. Segera.

"Hhuaaa..."

Esther juga mengantuk. Dia mahu tidur. Biasanya kanak usia lapan tahun memerlukan lebih banyak tidur. Dengan alasan, tumbuh besar dan tinggi.

+

+

+

Paaa...!

"Kenapa kamu belum menjumpai putera ketiga dan tuan muda ke lapan?! Apa kamu tidak menganggap ini perkara yang boleh dilakukan secara senang-lenang?!" jerit Raja Rhageo Teo Howland. Matanya memerah. Minuman yang dia belum habis, dilemparkan dengan kasar, hampir mengenai pengawal yang telah menggigil di bawah pandangan raja.

Putera ketiga adalah anak hasil cinta si raja dengan IMPERIAL CONCUBINEnya. Namun IM telah dibunuh dengan pembunuh-pembunuh yang dihantar oleh sang ratu. Raja mahu menghukum ratu, tetapi ratu mempunyai sokongan yang kuat dan tidak ada bukti yang melibatkan kerja tangan ratu. Tambahan lagi dengan reputasi sang ratu yang di cintai oleh rakyat, raja tidak dapat melakukan apa-apa selain menguatkan penjagaan ke atas putera ketiga.

Manakala tuan muda ke lapan dari keluarga Altham adalah seorang yang jenius dan akan menjadi penyokong kuat bagi putera ketiga. Raja Rhageo dapat rasakan, puteranya akan selamat dalam perlindungan tuan muda ke lapan.

Mereka berdua juga telah terikat dengan janji yang tidak akan dapat dipecahkan. Tuan muda ke lapan akan mati dengan ganas kalau dia melanggar janji yang di buat.

Raja Rhageo akan pastikan puteranya, Aurelio Tavio Howland selamat. Dia tidak akan gagal buat kali keduanya.

+

+

+

Wanita yang berdiri tidak jauh dari sang raja, Ratu Abigail Blossom Rivera, mendengus kasar. Dia menutup bawah mukanya dengan kipas. Di sebaliknya, tersembunyi senyuman sinis.

'Sia-sia sahaja mencari anak sialan itu! Kanak-kanak dari keluarga Altham itu hanyalah berusia lapan tahun. Tidak mungkin terlalu kuat untuk mengalahkan pembunuh-pembunuh yang penuh dengan pengalaman dan kekuatan di atas royal's knight. Hanya akan dikhabarkan dengan mayat-mayat yang tidak utuh saja'

Ratu Abigail sangat yakin dengan apa yang dia fikirkan. Dia tidak suka atau lebih tepat lagi, dia benci dengan wanita yang menduduki hati sang raja. Jadi itu adalah sama untuk anak dari wanita itu. Mahu menganggap anak itu sebagai anaknya? Mana mungkin!

Ratu telah menghabiskan masa mudanya untuk menjadi pasangan putera yang kini adalah seorang raja dan melahirkan dua anak lelaki, kemudian muncul wanita yang telah menggoda suaminya dan melahirkan anak lelaki.

'Sangat tidak pantas!'

+

+

+

"Sepertinya tuan muda Esther pergi menyelamatkan putera ketiga"

"Bukankah tuan muda Esther berusia lapan tahun? Mengapa bukan tuan muda Emanuel?"

"Raja tertarik dengan kepantasan tuan muda Esther dalam belajar dan telah melantik tuan muda Esther untuk putera ketiga. Semestinya sudah menjadi kewajipan tuan muda Esther untuk melakukannya"

"Kalau bergitu tuan muda Esther juga boleh menjadi Duke pada masa depan kan? Untuk menjadi penyokong putera ketiga dalam menaiki takhta?"

"Mungkin. Tuan muda Esther sangat berbakat berbanding saudara dan sepupu-sepupunya"

"Shhh... Cakap pelan sedikit. Kalau ada yang mendengar, kita akan berada dalam masalah"

"Maaf..maaf"

"Mari kita bergerak ke arah sana"

""Baiklah""

Tiga wanita aristokrat melangkah pergi dari tempat itu dan tidak menyedari tiga kelibat yang tidak sengaja mendengar.

Emanuel Altham, anak sulung Crusoe dan Graciela. Dia memberi senyuman kecil kepada dua adiknya yang merupakan pasangan kembar sambil menggenggam tangan kanannya. Dia tidak mampu untuk menidakkan rasa cemburunya akan adik lelaki kandungnya, Esther Altham.

'Esther itu, Esther ini. Ayah dan ibu pun beri perhatian penuh kepada dia!'

"Abang jangan dengar cakap mereka" kata kembar yang sulung, Elijah.

"Abang adalah seorang yang berbakat juga" kata kembar yang bungsu, Ethan.

Pasangan kembar ini telah diadopsi pada setahun yang lalu apabila Crusoe Altham secara tidak sengaja jumpa. Crusoe adopsi mereka kerana mereka mempunyai potensi dan boleh menjadi teman bermain untuk Emanuel kerana Emanuel tidak mempunyai hubungan yang baik dengan adik kandungnya. Hal ini juga memudahkan untuk Crusoe melatih Esther untuk rancangannya. Tapi Emanuel tidaklah tahu sangat tentang alasan sebenarnya dan menganggap ayahnya lebih menyukai adiknya itu.

Sang kembar punya firasat kerana secara tidak sengaja melihat keadaan letih dan longlai Esther selepas berlatih. Perlatihan Ether terlihat sangat ganas dan sang kembar tidak yakin dengan kekuatan Emanuel kerana Emanuel mempunyai tubuh yang lemah seperti ibunya, Graciela. Emanuel juga sepertinya mempunyai fikiran yang tidak jauh dan mudah untuk ditipu.

"Elijah. Ethan. Mulai hari ini kamu berdua secara sah menjadi sebahagian dari keluarga Altham dan saya meminta kamu untuk menjaga serta membimbing anak pertama saya, Emanuel. Dia itu begitu mudah untuk mempercayai orang dan tidak mampu untuk melindungi dirinya sendiri. Saya minta tolong dengan kamu berdua"

Sang kembar yang sudah rapat dengan Emanuel, telah berjanji untuk melakukannya. Dan seperti yang dikatakan oleh Crusoe. Emanuel, abang mereka itu sangat naif, membuatkan mereka berdua sangat khawatir.

Untuk Esther pula, sang kembar hanya boleh meminta maaf dalam hati kerana tidak dapat membantunya. Sang kembar mendapati pandangan kesunyian dari kanak-kanak lapan tahun itu sangat menyedihkan di setiap kali Emanuel tidak memedulikannya. Sang kembar juga melihat yang kanak lelaki itu mahu rapat dengan mereka tapi di halang oleh Emanuel.

+

+

+

"P-putera ketiga telah kembali! Bersama dengan tuan muda ke lapan!"

Keadaan menjadi riuh kerana kedatangan Esther yang sedikit comot dan putera ketiga yang tertidur nyenyak dalam pegangannya. Esther memaparkan riak datar. Dia masih tidak melepaskan pegangannya atas dasar tidak percaya kerana ada aura-aura kecil berwarna merah dari pelayan di hadapannya.

"Tuan muda ke lapan. Izinkan saya mengambil tuan putera ketiga. Tuan muda ke lapan pasti dalam keadaan penat"

'Jangan harap. Saya tidak mahu berhadapan dengan masalah baru'

Esther mengangkat kening kanannya dan memandang tajam pelayan sehingga pelayan itu merasa seperti tubuhnya tidak boleh bergerak dan lemah. Dia tidak dapat memandang Esther dengan lebih lama, jadi dia menundukkan kepala. Seperti ada sesuatu yang menahannya dengan berat dan dadanya terasa sesak.

"Raja?"

"Raja!"

Esther mengambil kembali tekanan yang dia gunakan sebaik sahaja dia mendengar orang sekeliling menjerit 'raja'.

Pelayan itu terduduk ke lantai sambil tercungap-cungap.

Esther melihat seorang lelaki dewasa berambut kuning cair, pakaian formal yang mewah, seperti yang dia pernah lihat di komik yang pernah di baca, berjalan ke arahnya dengan raut yang lega. Dia mengambil putera ketiga dari tangannya dan memerhatikan jika ada luka. Bila mendapati tidak ada, raja tertawa gembira. Dia melihat Esther seperti 'saya tidak ragu lagi'

"Oleh kerana putera ketiga telah berjaya diselamatkan dan tuan muda ke lapan yang menjadi penyelamatnya, saya, raja Rhageo mengatakan jika pewaris untuk Keluarga Altham ialah Esther Altham! Bekas patriak Altham yang merupakan pahlawan kerajaan Kiflatro juga menyetujuinya!"

Yang pada mulanya diam bertukar menjadi riuh dengan ucapan tahniah dan apa-apa lagi. Semuanya menepuk tangan dan bagi yang tidak gembira atau tidak puas hati turut menepuk tangan.

Selesai sahaja pengumuman mendadak itu, raja berpaling dan membawa pergi putera ketiga.

'Sedap betul raja membuka langkah. Aduh, muncullah masalah yang akan datang. Ayah juga pasti mahu laporan penuh'

Mini Eloise ketiga meletak kuat cawannya ke meja sambil mengeluh. Menggeleng kepala dan tersenyum pasrah untuk masa hadapan sahajalah.