Chereads / The Tyrant Duke Altham[Malay] / Chapter 9 - 4. Esther Altham

Chapter 9 - 4. Esther Altham

'Sepuluh minit sahaja lagi untuk majlis ini berakhir...sabar dan bawa bertenang..'

Esther memaparkan senyuman sopannya sambil membalas ucapan atau pertanyaan aristokrat-aristokrat yang berkerumun. Masing-masing mahu menyatakan tahniah dan mengenalkan anak lelaki mereka untuk berteman atau anak perempuan sebagai tunang.

'...Sudah tinggal dua minit dan mereka telah meninggalkan saya sendirian... selamat-'

"Awak tuan muda Altham yang ke lapan, bukan?" tanya satu suara dari arah belakang Esther. Suara kanak-kanak lelaki. Esther berpaling dan melihat seorang anak lelaki yang kelihatan seusia dengannya.

Tuan muda dari keluarga Simmoni, Thelonious Thayer Simmoni. Anak lelaki yang mempunyai warna rambut khas keluarga Simmoni iaitu merah jambu dan tiga garis merah di sebelah kanan rambut.

"Saya Thelonious Thayer Simmoni, pewaris keluarga Simmoni. Senang bertemu dengan awak" kata anak lelaki itu sambil meletakkan tangan kanan di dada, tangan kiri di belakang, kaki kiri bersilang ke belakang kaki kanan dan membungkuk sedikit ke depan. Anak lelaki itu memaparkan senyuman yang manis kepadanya.

"Saya, Esther Altham, pewaris keluarga Altham, juga senang bertemu dengan tuan muda Simmoni" balas Esther. Dia juga melakukan perkara yang sama seperti Thayer.

"Panggil saja saya, Thayer. Mahu menyebut Thelonious atau Simmoni, terbelit lidah nanti"

Esther tersenyum.

"Kalau begitu, panggil Esther sahaja. Tidak perlu tuan muda ke lapan atau Altham melain masa formal"

"Baiklah..Esther" kata Thayer.

Anak lelaki itu menatapnya dengan pandangan yang Esther sukar untuk pastikan kerana dia mengujarkan satu penyataan yang Esther belum tahu. Iaitu..

"Kita akan jadi keluarga juga kerana kakak saya bertunang dengan tuan muda pertama. Hubungan Esther dengan tuan muda pertama pasti sangat dekat kerana tuan muda ke dua, tuan muda ke enam dan tuan muda ke tujuh juga dekat dengannya. Maka kita akan menjadi satu keluarga yang besar!" kata anak lelaki itu dengan senyuman lebar.

Penyataan dan senyuman lebar itu hampir membuatkan Esther menjatuhkan pesonanya. Mini pertama tersenyum sinis bila memikirkan tentang pemikiran naif anak lelaki itu tetapi mini ketiga mengamati Thayer dengan tajam.

"Tuan muda ke lapan. Kereta kuda anda sudah tersedia" kata pelayan yang Esther dan Thayer tidak perasan kehadirannya.

'Pelayan ini...'

Esther menghantar senyum maaf kepada Thayer. Sambil menunduk sedikit,

"Sepertinya kereta kuda saya sudah sedia. Saya akan pulang dahulu tuan muda Simmoni"

Thayer tidak ambil hati akan sedikit kata formal dari Esther. Dia menghantar tuan muda ke lapan dari keluarga Altham itu dengan matanya. Dia tidak lepas menatap tubuh itu walaupun telah lenyap dari matanya.

"Seperti yang saya jangkakan. Kita berdua berjumpa lagi. Saya tidak akan lepaskan anda..." kata anak lelaki itu perlahan.

"Thayer!"

"Saya datang!"

'Bukan kehidupan ini'

+

+

+

"..amblkan saya segelas air lemon tea. Lepas itu kamu boleh bersurai"

"Baiklah tuan muda"

Deno membungkuk lalu melangkah keluar dari ruangan tidur Esther.

Esther memandang tiga buku di depannya. Dia merancang untuk membaca buku-buku itu untuk pembelajaran esok hari. Dia mencapai buku yang berada di atas. Dia membelek muka depannya sebelum membaca isi kandungannya.

Buku yang Esther sedang baca adalah sejarah kerajaan Kiflatro dan pemerintah-pemerintah sebelumnya hingga ke saat ini.

Kerajaan Kiflatro pada awalnya adalah kerajaan yang kecil dari kerajaan yang lainnya. Dari yang tercatat di dalam buku ini, pemerintah pada saat itu jatuh sakit akibat rancangan kelompok-kelompok musuh yang menyusup masuk ke dalam kerajaan. Selain itu, kerajaan dalam keadaan berhutang yang tinggi. Tiada harapan sudah untuk kerajaan Kiflatro.

Namun, kerajaan Kiflatro bangkit dari permasalahan hutang dan bertambah kuat dengan bantuan putera mahkota pada saat itu bersama dengan penolongnya yang mengejutkan untuk rakyat atau penduduk kerajaan Kiflatro pada saat ini, iaitu penolong putera mahkota adalah seorang wanita.

Kenapa saat ini, wanita tidak diperbolehkan untuk ikut bertarung atau campur tangan dalam masalah ekonomi dan sosial atau membulat suara tanpa ada penindasan? Sekurangnya di negara ini? Begitu kasihan untuk wanita-wanita di kerajaan ini. Wanita tidak dibolehkan bersuara tentang pemikirannya sendiri di dalam masyarakat. Wanita tidak boleh memegang senjata untuk melindungi diri.

Dan juga, ada sesetengah penduduk yang mengamalkan untuk meramalkan nasib bila mendapat anak perempuan! Kalau nasib baik, keluarga itu akan besarkan dengan kondisi mereka tetapkan sendiri. Kalau nasib buruk? Mereka akan kubur atau buang di masa yang patut anak perempuan itu. untuk kasih mati.Kalau lebih kejam, mereka sendiri yang kasih bunuh. Tapi ada anak perempuan yang di ramalkan nasib buruk masih hidup, yang akan dilayan sebagai hamba ambi atau makhluk yang boleh dihampuskan bila-bila masa. Bagai tiada harga diri pun, anak-anak perempuan itu.

Runtuhnya martabat wanita di kerajaan Kiflatro adalah apabila ayah kepada pemerintah pada saat ini menyimpan dendam kepada pihak wanita. Dengan alasan dirinya yang didera oleh saudara-saudara wanita, tiada kasih sayang dari ibunya melainkan perasaan jijik terhadapnya dan wanita-wanita bangsawan yang berniat untuk melahirkan anak untuknya bagi memgang gelaran ratu.

Jadi sebaik sahaja dia duduk di atas takhta setelah membunuh saudara-saudara lelakinya dan menjual saudara-saudara perempuannya di negara-negara lain, dia memperkenalkan perintah tentang larangan wanita untuk bersuara, harus mematuhi perintah lelaki dan tidak melebih dari apa yang sepatutnya. Dia juga menyatakan hukuman bunuh kepada wanita yang melanggar apa yang dia perintah.

Untuk pemerintah saat ini. Kenapa dia tidak menjatuhkan perintah itu?

Esther sendiri pun tidak tahu. Mungkin telah diajar oleh ayahnya atau di beri perjanjian mati jika dilanggar seperti dirinya dengan putera ketiga atau apa-apa saja alasan yang pemerintah pada saat ini ada.

Esther hanya perlu menjaga rahsia jantinanya hingga dia mati. Walaupun dia harus membujang hingga ke usia tua.

Kalau memang Esther akan mati muda, dia sudah membuat satu sumpahan ke atas dirinya sendiri untuk menghancurkan tubuhnya hingga tiada yang mengetahui jantina aslinya. Jika tidak, keluarganya akan dihukum gantung kerana merahsiakannya.

'..Saya nak keluar sebentar'

Esther bangkit dari tempat duduknya. Dia melangkah keluar dari ruangan tidurnya.

Dia menuju ke taman bunga yang berada di belakang kediamannya.

'Lian pasti sedih. Tapi bukannya diberi pilihan pun kalau menghentikan rancangan, saya akan hidup. Mereka memang sudah berniat untuk membunuh saya dengan tiada ragu pun. Jadi, lebih baik teruskan saja rancangan...Lian tidak akan kecewa dengan saya, kan? Dia tidak akan kecewa akan betapa bodohnya dan tidak berjaga-jaganya saya, kan? Dia tidak kecewa dengan keputusan saya, kan?...'

Kepalanya tidak menunjukkan sebarang raut. Matanya menggelap sambil memandang bulan yang mengambang.

"..LIan tida akan kecewa dengan persahabatan kami, kan?"

"Kan?"

+

+

+

"Abang El mahu ke mana?"

Anak lelaki berambut hijau gelap dan mata berwarna kuning menanya kepada anak lelaki yang serupa dengannya tapi rambut yang sedikit panjang.

"Abang mahu meronda sebentar. kamu pergilah tidur dahulu"