Chereads / The Tyrant Duke Altham[Malay] / Chapter 5 - 4.Labirin

Chapter 5 - 4.Labirin

Mata Eloise berkedut sedikit. Bibirnya mengekalkan senyuman. Dia menatap anak perempuan di depannya. Ada rasa tidak kena dari anak perempuan itu. Dia tidak tahu apa itu tapi dia tidak rasa anak perempuan itu seorang remaja. Ia hanyalah sekadar rasa, tapi mungkin itu sebab untuk Eloise memanggil anak perempuan itu, anak perempuan.

"Boleh saya tahu, apa maksud cik dengan awak sudah bersedia atau belum? Kalau bukan tentang ke mana saya akan pergi antara dua yang saya tanyakan sebentar tadi? Saya harus bersedia untuk ke mana..Cik?" tanya Eloise, mengekalkan senyuman dengan mata yang terpejam.

"Dan juga, apakah ini rupa sebenar cik?"

Kalau permohonan maaf gadis itu tidaklah memberi sangat kesan kepada anak perempuan itu, kali ini senyuman anak perempuan itu pudar buat seketika. Matanya membesar sedikit. Anak perempuan itu membuka mulutnya untuk mengatakan sesuatu sebelum menutup kembali.

'Aneh'. Eloise ketawa kecil lalu melambai tangan kanannya. Dia menatap anak perempuan itu yang telah membetulkan raut wajahnya. Matanya tidak lepas melihat senyuman sedih di wajah itu. "Ha.. Saya harapkan yang pertanyaan saya tadi tidak menyinggung perasaan cik"

Anak perempuan itu menggelengkan kepalanya sebelum cahaya ungu muda menutupi tubuhnya dan melihatkan figura anak kecil usia lapan tahun. Anak itu memandangnya dengan senyuman kecil. Suaranya juga turut berubah. Menjadi lebih comel untuk didengar. "Saya tidak yakin yang Cik Quest akan mengambil saya serius dalam rupa begini. Maafkan saya jika ia membuat awak tidak selesa"

'Comelnya!'. Mini Eloise sudah melompat-lompat kerana serangan kecomelan yang dia dapati. Eloise yang selalu mengganggap hampir semuanya membosankan atau buruk, berani mengucapkan kecomelan di depannya telah menggoyangkan keterujaannya.

"Ahem! T-tidak, cik. Saya hanya sedikit panasaran saja"

Eloise masih mengekalkan senyumannya. Dia ttidak memaparkan apa yang dia rasa di wajahnya.

"Kalau begitu, saya senang mendengarnya"

Anak perempuan itu menunjukkan raut lega.

"Apa perasaan Cik Quest semasa cik melihat momen kenangan sebentar tadi?"

Mini Eloise terhenti dan mukanya membeku. Mini Eloise mengelip beberapa kali lalu duduk sambil memeluk tubuh. Kepala kecil mini Eloise menghadap ke arah langit. Dia sedang memikirkan.

"Apa cik merasa sedikit biasa? Maksud saya, cik rasa seperti telah mengalaminya sebelum ini?"

Muncul tanda persoalan di atas kepala mini Eloise.

Eloise mengangkat keningnya. Gadis itu meletakkan kedua tangannya di atas meja.

"Maafkan saya. Saya tidak tahu tentang rasa biasa yang cik tanyakan"

Mini Eloise mengangguk kepalanya beberapa kali. Dia benar-benar tidak tahu tentang rasa yang ditanyakan oleh anak perempuan. Untuk momen atau mimpi yang dia alami, dia hanya merasa ingin tahu sedikit tentang tuan muda Esther dan kesihan kepada tuan muda yang masih usia lapan tahun itu.

'Sebentar..'

Mini Eloise kedua menampar mini Eloise pertama tinggi sekali. Mini Eloise ketiga menarik papan hitam dan mula berkata sesuatu dengan laju sambil mencoret di papan hitam itu. Ada gambar tuan muda dengan anak permpuan yang saling bersebelahan dan ada tulisan kembar bersama tanda soal di atas kedua gambar itu. Mini Eloise kedua dan mini Eloise pertama yang sudah jatuh, duduk depan papan hitam dan mini Eloise ketiga, membuntang mata mereka berdua. 'Apakah!?'

Eloise menampung dagunya dengan tangan kiri. 'Sekejap. Macam mana dia tahu nama keluarga aku? Dan kenapa dia senyum sedih tadi?'

Mini Eloise pertama telah cemberut mukanya dan sedang melarikan diri dari mini Eloise kedua yang sedang mengejarnya dengan parang yang dia boleh lihat betapa berkilaunya. Mini Eloise ketiga sudah mengeluh dan menghirup teh lemon miliknya. 'Sungguh mengusutkan'

"Aaa... Begitu.. Awak tidak mengingatnya.."

Semacam ada nada lirih dari anak permpuan itu berbicara.

Sebelum Eloise membuka mulut untuk bertanya, anak perempuan itu segera mengatakan sesuatu.

"Awak tidak ingat ke tentang kehidupan masa hidup lalu awak? Sebagai Esther?"

Mini Eloise pertama dan kedua sudah pengsan kerana penat dan tidak dapat memikirkan tentang apa yang anak perempuan itu katakan.

Manakala mini Eloise ketiga sudah menarik papan hitam kedua dan mencoret dengan lagu sambil mulutnya berkumat-kamit ayat yang tidak jelas.

'Bukankah Esther itu seorang tuan muda? Esther itu berjantina lelaki..kan?'

Wajah gadis itu menunjukkan raut bingung.

"Haa.."

Anak perempuan itu menunjukkan kekecewaan di wajahnya. Anak perempuan itu bangun dari tempat duduk dan cahaya ungu tadi kembali menutupi tubuhnya. Hilang saja cahaya, Eloise bersama mini Eloise ketiga sudah terbuka mulut mereka.

'Anak perempuan itu aalah Esther? Jadi, crossdressing lah ni?'

Anak peremp-Esther tertawa kecil melihat raut Eloise.

"Hoo..."

Esther kembali duduk.

"Apakah itu sangat mengejutkan?"

"Masa awak itu masa pertengahankan? Bukan dilarang ke wanita berpakaian seperti lelaki? Menyamar gitu? Bukan kena hukuman bunuh?"

'Wanita selain sebagai menjadi mesin penglahiran, menjadi hiasan atau penghubung keluarga atas dasar bisni pada masa itu..setakat yang saya fahamlah.. Tapi, mengapa dia menyamar jadi lelaki? Bukannya buruk...tidak..tidak.. Haa...janganlah fikirkan lagi.. Sekarang fokus ayat yang dia ucapkan tentang kita sebagai Esther dan masa hidup lalu kita. Heh..apa situasi kita nie macam watak utama dalam buku transmigrasi atau reinkarnasi itu?'

"Ya. Kalau kena dapati akan penyamaran, akan kena hukuman bunuh. Menyamar menjadi orang lain, apatah lagi menyamar jadi jantina bertentangan, memang akan kena hukuman. Saya..". Mata Esther sudah mula menggelap dan arah air mata kecil.

'Eloise, habislah awak.. Nanti Liam marah kalau awak buat orang lain tersinggung.. Kenapalah awak pelan-pelan bertanya tu'. Eloise menegak sambil berpeluh sejuk di belakang. Terlintas imej sahabatnya memberi senyuman ngeri dengan aura gelap keluar yang berkeluaran. Bergidik dia. Ngeri.

"Aa... Aa! A-apa maksud awak yang saya sebagai awak? Dan adakah awak mahu memanggil saya kembali ke 'masa hidup lalu' untuk mengubah kejadian yang terjadi?" soal Eloise. Muncul peluh yang mengalir di wajahnya.

Dalam sekelip mata, Esther kembali seperti biasa dan mengangguk dengan wajah kosongnya.

"Seperti yang diharapkan dari saya di kehidupan baru. Ya, awak akan kembali dan mengubah apa yang sepatutnya kita ubah dari awal"

Eloise tersenyum dengan sedikit canggung.

"Baiklah"

+

+

+

"..."

".?."

"Macam mana mahu kembali?"

"..."

"..."

"..Ada pintu kat sebelah sana"

Muncul pintu yang seperti mula-mula tapi kelihatan baru.

"Oo.. Terima kasih"

"Sama-sama"