Eloise yang dari tadi memerhati ayah-anak itu kini berada di dalam ruangan yang sepertinya digunakan untuk tidur. Dia melihat Esther duduk di tepi katil. Dia mengelipkan matanya beberapa kali.
"Haa.."
Eloise bangkit dari atas lantai dan menuju ke arah Esther. Dia duduk di sebelah tuan muda itu dan sambung mengunyah keripik yang baru dan perisa pedas. Dia sempat mengutuk akan figura yang membawa dia ke situasi baru. Dengan selesanya dia duduk di atas sofa sebentar tadi, duduk atas lantai pula dia selepasnya.
'Saya rindu dengan Lian. Apa Lian sudah bebas dari penjara?'
Dalam memikirkan tentang keadaan sahabatnya setelah dia mati, Eloise terdengar bisikan pelan dari sosok sebelahnya.
"Saya tidak lakukan apa pun kepada abang-abang saya.. Saya tidak jijik pun dengan mereka.. Tapi mengapa abang-abang benci saya... Saya tidak faham..."
Esther mencengkam seluarnya. Terdapat air mata yang menitik dari tuan muda itu. Eloise mendengar tuan muda itu menahan tangisannya daripada pecah. Hatinya merasa sakit melihat perkara itu. Dia cuba mengelus kepala Esther walaupun dia rasa tuan muda itu tidak dapat merasakannya seperti ayahnya Esther dan Esther tidak menyedari kehadirannya sebentar tadi.
"Manusia itu aneh dan menjengkelkan. Pasti ada sesuatu perkara dari awak yang buat mereka gusar atau ada individu yang membisik di telinga mereka akan perkara-perkara tidak baik tentang awak. Dasar manusia!" kata Eloise kepada Esther yang tidak dapat mendengarnya.
'Bukannya dia dapat dengar pun dan juga, saya pun manusia juga. Manusia yang bukan sempurna dan penuh dengan cacat cela. Manusia yang sering terpengaruh dengan emosi'
Gadis itu menutup matanya. Dia teringat akan salah satu kecacatannya. Dia terpengaruh dengan emosi yang tidak stabil dan hampir meledak apabila sekumpulan pelajar sekolahnya cuba untuk menfitnah perkara yang sahabat baiknya tidak pernah lakukan. Dia hampir memusnahkan keluarga dan martabat mereka kalau bukan kerana sahabatnya itu. Lian. Cillian Camborne, yang memintanya untuk berhenti. Satu-satunya orang yang bukan dari kalangan keluarganya yang mampu bertahan dan mengenal sikapnya.
'Heh, sekurang-kurangnya mereka menerima sedikit balasannya walaupun saya tidaklah berpuas hati. Heh..'
+
+
+
Eloise menarik nafas dalam-dalam dan menghembus dengan lembut-selembutnya. Sekali lagi dia dipindahkan dan duduk di tempat yang tidak menyenangkan.
'Saya terasa mahu menghancurkan sesuatu dangan sepuas-puasnya... Apa salah saya untuk dipindahkan dan lagi di tempat yang tidak selesa ini! Apa kamu punya dendam sama saya?!'
Gadis itu tersenyum tawar.
'Baiklah. Sekarang saya ada dimana? Hmm? Esther?'
Eloise melihat tuan muda yang memaparkan wajah yang tiada emosi.
'Matanya terlihat sedang menahan sakit dan kecewa? Apa yang terjadi'
Esther kini dengan pakaian robek sedang memegang dinding batu dan dalam keadaan letih, penat. Eloise menyimpulkan tuan muda itu berada di luar kawasan rumahnya.
'Mungkin ini di dinding gerbang?'
"He.. he.. he.. Abang kata dia benci dengan Esther. Kata Esther menyusahkan dan kejam... Sekarang pembunuh-pembunuh upahan milik pakcik Dresden akan datang.."
Walaupun wajah Eloise menjadi kosong. Tapi didalam hati, dia sudah menghancurkan banyak perabot imaginarinya sambil menjerit kuat.
'Laju benar jalan cerita ni! Sakit betul kepala saya cuba untuk mencerna semuanya! Haa... Makan keripik pada situasi ini tidak begitu elok. Nanti bagi gambaran akan saya ni orang psikopat je atau gila, mungkin'. Eloise membuang ke tepi keripik dengan selambanya. Dia tidak kesah pun buang sampah yang bukan di tempat sepatutnya.
'Abang si Esther tu sepatutnya berada di dalam tong sampah, bersama-sama dengan pakcik dia sekali!'
Tidak lama selepas itu muncul pula sekumpulan orang dewasa yang berpakaian serba hitam bersama-sama dengan topeng yang menutup bawah muka mereka.
Eloise berkerut. Namun dia menunggu apa yang akan terjadi sebelum gelap mula menutup pandangan matanya.
'Saya mahu lihat apa yang terjadi selepasnya!'
^
+
"Hmmm?"
Eloise mengangkat wajahnya dari atas meja lalu mengusap matanya. Dia melihat ruangan sekeliling dan mendapati dia berada di tempat sebelum dia meletakkan kepala di atas meja.
'Heh..mimpi bertukar tempat walaupun sudah mati. Huuu... Kalau saja dapat berhubung dengan Lian dan juga Elise tentang perkara ni, pasti seronok!'
'Hm?'
ELoise menatap kerusi depannya yang sedari tadi kosong, telah muncul figura seorang anak perempuan usia lapan belas tahun yang sama memakai gaun putih namun bercorak bunga ungu di bahagian bawah.
Anak perempuan itu tersenyum. "Awak sudah bersedia atau belum?"
"..."
"..."
'Apa saya bersalah kerana telah membuang keripik sesuka hati?'
"..."
"...Maaf"
Namun anak perempuan itu masih tersenyum. Bagai perkataan maaf Eloise memberi impak kepadanya.
Eloise mengukir senyuman yang manis benar dan menundukkan kepalanya ke depan bawah sedikit. "Saya minta maaf kerana buang sampah merata-rata sebentar tadi. Apakah sekarang cik muda yang menjadi pemutus untuk saya, roh yang telah mati untuk ke heaven atau hell?"
"..."
"..."
"Tidak. Awak sudah bersedia atau belum?"
'Dia ulang balik, dah..'