The Tyrant Duke Altham[Malay]

LittleCrown_mighty
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 15.4k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - PROLOG

"Apa maksud abang tentang penangkapan Lian?"

Eloise Quest, seorang gadis biasa yang mempunyai seorang sahabat yang berbeza jantina, ibubapa yang penyayang, abang dan tiga orang adik yang menjengkelkan tapi menyenangkan dan kursus perubatan yang dia minat.

Hanya tinggal dua hari sahaja untuk Eloise lulus dari kursus dan bekerja di hospital berdekatan, apabila satu berita yang mengejutkan sampai di telinganya.

"Abang dapat dengar dari kawan abang yang bekerja sebagai polis, Cillian Camborne ditangkap kerana terlibat terlibat dengan penjualan barang haram dan pembunuhan artis wanita yang bernama Ainsley pada hari rabu yang lalu"

'Apa?'

'Jual? Bunuh? Barang Haram? Cillian? Lian?!'

'Mustahil! Lian tidak akan pernah melakukannya!'

'Lian bukannya berani untuk melakukan perkara sekeji itu. Mahu menipu pun dia kurang pandai. Nak mencuri, dia tidak berani. Apatah lagi untuk melawan balik pembuli dan saudara-mara dia yang luar batas dan pendek akal!'

Eloise sangat kenal sahabatnya itu dan dia akan bebaskan sahabat baiknya dengan cara apa pun.

'Saya sebenarnya lebih suka untuk menggunakan cara kasar. Namun, difikirkan semula, lebih elok guna cara halus'

"Sean, saya mahu awak-"

+

+

+

"Segala persiapan telah tersedia, Cik Eloise"

'Hanya sekejap sahaja lagi'

'Hanya sekejap sahaja lagi Lian akan dibebaskan!'

"Haaa..."

Pesanan mesej timbul dan memaparkan nama 'RUI13'.

{Eloise Quest. Sila berhenti apa yang anda hendak lakukan. Sekeliling rumah anda telah kami pasangkan bom dan akan meletak dalam kiraan lima belas saat]

15..

"Haa..."

13..

"Ha.. Ha.."

11..

"Cik Eloise?"

9..

"Sean, saya serahkan tugas ini kepada awak"

7..

"Cik Eloise?!"

5..

"Tolong sampaikan maaf kepada keluarga saya dan Lian"

"Cik E-"

Tak lama kemudian, bunyi ledakan terdengar dan rumah dua tingkat ini bergegar dengan hebatnya dan mula runtuh.

"Aduh, rumah baru lagi" ucap Eloise sebelum runtuhan siling menimpa dirinya.

+

+

+

"Engkau memang kejam, Esther"