Chapter 8 - Demam

Ayah awal pagi lagi sudah keluar kerja. Aku hampa. Dalam mesej phone ayah cakap dia terpaksa outstation lagi 3 hari. Aku baru nak planning spend time dengan Abah hari jumaat ni sebab kebetulan kelas kami batal lagi sebelah petang. Jadi kalau Abah ada boleh la makan malam bersama. Kalau Ayah tiada, sama ada aku lepak di rumah Adam atau berkurung di rumah sendirian sambil baca buku atau tengok tv sampai tengah malam. Hidupku terlalu sunyi sebenarnya. Pagi tu lepas bersiap aku terus ke rumah Adam.

"Adam...!!" Aku ketuk pintu bilik Adam bertalu-talu. Amarah semalam masih bersisa.

" Dia lambat balik semalam.." Ibu Adam memberitahu.

" Kau tahu dia ke mana semalam?" Tanya ibu Adam lagi.

" Tak tahu.. Ni Neera nak tanya Adam ni.."

" Bangunkan dia.. nanti korang turun makan sama-sama.. ibu dah masak nasi lemak" Suruh Ibu Adam. Aku ni dah macam anaknya sendiri. Dan rumah Adam aku buat macam rumahku sendiri. Aku pulas tombol pintu. Tak berkunci. Aku segera menerpa masuk. Bilik Adam bersepah macam biasa. Aku lihat Adam berbungkus blanket di atas katil.

" Adam.. Bangun!" Aku pukul dia dengan bantal guling. Tidak bergerak. Aku goyang-goyang dia sekali lagi. Masih tidak menyahut. Dengan semua kekuatan yang ada aku tarik blanketnya.. Gedebuk! Adam terpisat-pisat terjatuh di bawah.

" Bangunlah.. !!" Kataku buat muka garang.

" Apa ni.. aku demamlah!" Kata Adam sambil naik semula ke katilnya. Aku segera rasa dahinya. Oh tuhan! Panasnya..

" Eh.. kau demam?" Aku tak jadi marah padanya. Aku memang merancang nak menyinga padanya pagi ni sebab tinggalkan aku semalam.

" Yelah.. mana tak demam. Aku cari kau dalam hujan semalam sampai jam 1 pagi.. aku call tapi hanphone kau tak on.. macam orang gila tau aku semalam. Bila aku balik aku tengok rumah kau dah pasang lampu, jadi aku taulah kau dah balik.." Katanya sambil buat muka marah.

" Sapa suruh kau tinggalkan aku macam tu saja.." Marahku semula. Sebenarnya aku rasa bersalah juga. Tapi hanfonku semalam habis bateri. Bila bersama Ariman aku langsung tak ingat pada Adam. Aku tahu Adam pasti cari aku. Dia mustahil nak biarkan aku balik naik bas. Aku tahu dia akan patah balik. Aku kesal.. aku terbayang-bayang Adam terpekik-pekik dalam hujan cari aku semalam. Tentu dia risau sangat.

" Ah.. kau tahu aku akan patah balik. Kenapa kau tak tunggu aku.." Katanya dengan nada perlahan. Aku tahu dia pun kesal juga.

" Hujan.. lepas tu Ariman datang tumpangkan aku.." Kataku sambil tersenyum. Ada hikmahnya juga Adam tinggalkan aku semalam. Aku dapat kesan wajah Adam berubah.

"Oh.. patutlah dah tak ingat aku.. Aku bukan apa Neera. Kau sendiri tahu yang Ariman dah ada Arisa. Aku tak mahu kau makan hati.. kau boleh tak fikir sikit apa yang sedang kau buat ni?" Nasihatnya. Aku tahu Adam iklas. Aku tahu dia sayangkan aku. Sayang aku macam saudara kandung dia. Aku tahu dia ambil berat dan tak mahu aku terluka. Tapi itu sudah terlambat. Aku rasa aku dah tak kisah bertepuk sebelah tangan. Terlewat untuk aku tarik diri!

"Aku tahu niat baik kau.. tapi kau jangan risau sangat. Aku tahu apa yang aku buat.. Sekarang kau dah deman.. Jadi biar aku ambilkan ubat untuk kau.." Aku cepat-cepat keluar dari biliknya sebelum dia terus memberikan ceramah free untukku.

" Sayang juga kau kat aku kan.. jangan lupa bawa breakfast aku sekali ke bilik k.." Laungnya dari dalam. Huh! Macam raja! Aku ketawa kecil. Demam-demam pun selera makannya masih baik.

****

" Nah buku yang kau mahu.." Aku tersenyum lebar pada Adam.

" Oh.. buku tu dah ada.. ah! Sayang kamu.." Kataku sambil merampas pantas buku itu dari tangan Adam. Adam mencebik.

" RM35.90 bak sini!" Kata Adam sambil menghulurkan tangannya.

"Eh.. aku ingat kau belanja.. ha ha ha.."Gurauku lantas membuka dompetku. Wang bertukar tangan.

" Sejak kau kerja di Pustaka Biru tu kau selalu loaded lah kan.. jadi bila nak belanja aku tengok wayang?" Tanya Adam sambil tersengih menerima huluran duit itu. Memasukan duit itu ke dalam dompetnya.

"erm.. nanti. Aku cari masa yang sesuai dulu.. kan aku kerja hujung minggu. Mana nak free.." Betul itu bukannya alasan. Dan malam itu aku habiskan masa membaca buku terbaru dari pengarang kegemaranku dan tanpa ku duga jalan ceritanya kali ini seakan-akan mengena batang hidungku. Cinta terpendam. Cinta pada insan kepunyaan orang. Ah.. peritnya!

Benar-benar kisah itu umpama kisahku sendiri. Bezanya watak di dalam buku itu adalah lelaki. Aku menutup buku itu. Tak sanggup membaca penghujung kisahnya. Hatiku terasa pedih setiap kali membaca kepedihan yang di rasai lelaki itu setiap kali dia melihat gadis kesukaannya bersama kekasihnya. Benar-benar serupa dengan apa yang aku rasakan!!

Telephone ku berbunyi. siapa pula yang call. Jam sudah hampir 1 pagi. Terpapar nama Adam.

" Apahal kol malam-malam? Jam 1 pagi ni" Tanyaku.

" Aku nampak lampu bilik kau masih on" Jawab Adam.

" So?"

" Kau buat apa?" Tanya Adam tanpa jawab soalanku.

"hmmmm reading. Kau? main games?"

"Pandai kau teka!" Adam ketawa.

" Mestilah! Bukan Adam namanya kalau tidak main games sampai lewat malam" Balasku ikut ketawa.

" Neera. Kau sejak kerja di pustaka Biru.. kau tiba-tiba jadi hantu buku"ujar Adam lagi.

"Bukan hantu buku la.. tapi ulat buku. bookworm!" Aku betulkan.

" Eh.. apa sajalah!" Marah Adam dengan nada kurang sabar.

"hmmm.. dah la. ok bye!" Aku matikan talian. Tapi bila aku tutup lampu tiba-tiba tingkap bilik ku di baling dengan batu kecil dari bawah. hmmmm.. tak lain tak bukan ini mesti Adam. Aku buka tingkap dan jenguk ke bawah. Adam tersengih dengan lampu picit suluh ke mukanya dari bahagian dagu menyamar macam hantu!

" ui.. apa kau nak?" Kata ku perlahan. Lucu pula gelagat Adam datang ke halaman rumahku malam-malam macam ni. Tapi ini bukan kali pertama. Bila dia tak dapat tidur, dia selalunya akan 'ganggu' aku. Dan ada masa aku layankan saja kerenahnya. Kami pernah curi keluar dan pergi tengok wayang tengah malam. Esoknya hampir-hampir aku terbabas tidur.

" Turun jap"

" Buat?"

Adam tunjuk satu buku. Bila lihat buku aku terus tertarik.

" Jap aku turun" kataku. Aku dengar Adam ketawa. Kami duduk di meja kecil depan buaian depan rumahku. Aku pasang lampu laman supaya lebih terang.

" Buku apa tu?" Tanya ku tidak sabar.

" Masa aku tolong carikan buku kau.. aku nampak buku ni.. macam best!" Adam hulur buku tu padaku.

"hmmmm.. The rejected Alpha's mate? cerita apa ni?" Adam senyum lebar.

" Cerita warewolf!" ujarnya dengan nada teruja. Aku ketawa kecil. Bukan Adam namanya kalau benda yang dia suka bukan buku biasa-biasa. Dia memang macam ni. Kalau tengok wayang pun dia mesti ajak aku tengok wayang fantasy atau yang ala-ala supernatural.

" Interesting.. serigala jadian! Pinjam!"

" Aku belum habis baca lah.." protesnya lalu ambil buku itu dari tanganku.

" Kalau kau belum habis baca kenapa tayang dengan aku?" marahku dengan nada geram.

" Bukan kau ada buku baru? buku jiwang tukau sudah habis baca?" Tanya Adam tidak peduli dengan muka masam ku.

" Belum.."

" Kau baca habis lah nanti aku habis baca ni baru kau pinjam.." Kata Adam.

" Kau bila masa tiba-tiba minat membaca?" tanya ku dengan muka pelik.

" Tak.. aku heran apa yang best sangat baca buku ni.. tu yang aku cuba beli satu.. nak tengok aku boleh habiskan baca tak buku ni" Balas Adam sambil tersengih

" Oh... experiment lah ni.." Aku ketawa. Lepas tu aku dengar bunyi perut Adam.

'Grrrrrrr'

Adam ketawa.

"Dinasor dalam perut aku bunyi la" katanya sambil usap perutnya yang terus berbunyi. Aku jadi ketawa. Adam cakap dia lapar lepas tu suruh aku masuk masak meggi untuk dia.

" Okay.. okay... nak megi apa? cuma ada megi kari, megi asam laksa dan megi tomyam" kataku sambil berdiri sedia untuk ke dapur. Bila ingat Adam yang tolong aku tampal tayar motosikal ku. Aku tak bantah masak megi untuk dia. Adam tak berkira tolong aku bila aku ada masalah. Jadi aku pun tidak pernah berkira kalau dia minta tolong dengan aku walaupun kadang-kadang aku rasa permintaannya itu sedikit mengada-ngada macam malam ni. Lagi pun aku nak pinjam buku yang dia baru beli. Apalah sangat dengan sebungkus megi. Aku senyum lebar ingatkan buku yang akan aku pinjam dari Adam.

" Megi kari lah.. tambah telur ya dan sausage" Amboi-amboi Adam! Tapi aku hanya putarkan bola mata dan pergi ke dapur.

****