Chereads / Cinta Ulat Buku (bahasa melayu) / Chapter 11 - Neerani?

Chapter 11 - Neerani?

"Oh I like that!" komen Ariman. Ketika itu Doktor Hisyam dan isteri naik ke pentas. Perhatian kami mula tertumpu pada tuan rumah yang kelihatan ingin membuat ucapan di atas pentas, lepas berucap ada acara potong cake dan lepas tu tari menari. Leo menarik Rosey menari. Spontan aku melihat Ariman. Alangkah indahnya kalau Ariman juga tarik tangan ku dan bawa aku menari slow dance! Aku jadi tersenyum membayangkannya. Bila tersedar yang aku tersenyum sambil memandang Ariman aku jadi tersentak. Ariman juga sedang memandangku dengan riaksi hairan. Aku cepat-cepat membuang muka dan pura-pura membaca sesuatu di telephone bimbitku. Aku sedikit pun tidak berani mendongak melihat Ariman. Aku teringat Adam, lalu mula menghantar mesej pada Adam. 

Aku-'teka aku di mana sekarang?'

Adam -'hmmmm.. well.. well..tiba-tiba suruh teka'

Aku-'teka sajalah!'

Adam-'kalau aku jawab betul aku dapat apa?'

Aku -'teka sajalah.. just for fun! Bosan la ko ni🥱'

Aku hantar icon mengantuk

Adam-'Senang je jawapannya..😏'

Aku -'so?'

Adam -'Kau di planet bumi sekarang ni'

Aku -'pui.. apa punya jawapan' 

Aku ketawa kecil baca jawapan Adam. Aku dapat rasa seseorang sedang memandangku. Spontan aku dongak dan Ariman merenungku dengan serius. Dahinya berkerut. Bila mata kami bertentangan, aku jadi kekok dan malu. Mesti Ariman nampak aku sengih-sengih sendiri sambil tengok phone macam orang gila. Ini semua Adam punya pasal!

"Er... mesej lucu" ujarku sambil tersipu cuba jelaskan kenapa aku ketawa tadi. Ariman tidak berkata apa-apa dengan penjelasanku, mukanya tenang dan dia tidak memberi sebarang komen, ini buat aku rasa tambah malu. Kenapa aku sibuk mahu jelaskan pada dia yang aku ketawa pasal baca mesej? Aku cepat-cepat tengok semula ke handphone ku dan lihat mesej balasan dari Adam.

Adam - 'jawapan aku tak akan salah'

Aku - 'aku di sebuah mansion mewah.. pakai baju cantik macam cinderella.. hadiri majlis pertunangan entah siapa.. nanti balik aku cerita.. gtg now.. bye'

Aku mendongak semula melirik ke arah Ariman. Kali ini dia tidak memandangku, aku dapat kesan wajahnya berubah dingin. Aku lihat Ariman juga mula sibuk menekan-nekan sesuatu di telephone bimbitnya. Kadang-kadang aku rasa Ariman ni macam ada penyakit bipolar. Sekejap dia nampak ramah mesra dan ambil berat dengan aku, tapi tiada angin tiada ribut dia tiba-tiba boleh bertukar jadi kutub utara. Dingin salju! Aku jadi hairan dan rasa tidak selesa. Tapi setiap kali aku melihat senyuman Ariman biar pun dia bukan senyum pada aku, jantungku jadi berdetak laju. Senyuman Ariman memang boleh buat aku jadi tak tentu hala. Angau! 

" Encik Ariman " Seseorang menegur Ariman. Aku mendongak menyedari Ariman didekati oleh dua orang lelaki yang berumur sekitar 30an. Kedua lelaki itu kelihatan seperti kacukan melayu cina. Mereka bersalaman.

"Hai.. Mr. Luren.. Mr.John.." Ariman ikut berdiri. Mereka mula berbual-bual. Dari apa yang aku dengar mereka berbual tentang bisnes. Rupanya kedua lelaki itu adalah bos besar syarikat perfileman yang terkenal dan Ariman menjadi pelabur terbesar untuk drama terbaru yang bakal mereka hasilkan. Begitulah kalau orang ada duit. Labur sana labur sini, dengan duit hasilkan lebih banyak duit. Aku sedar Ariman bukan pemuda biasa-biasa. He is not my league! Aku tahu apa yang aku rasa pada Ariman ini tidak akan sampai ke mana-mana, dan aku tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku tidak berharap lebih dari apa yang ada sekarang. Dapat selalu melihat Ariman pun cukup buat aku gembira! Rosey tiba-tiba datang padaku.

" let get something to eat" kata Rosey sambil tarik tanganku. Aku pandang Ariman dan macam tau-tau saja auto Ariman menoleh ke arahku. Serta merta perbualan mereka terhenti dan kedua orang kenalan Ariman itu juga serentak memandang aku dan Rosey. Ariman segera mengangguk bila Rosey memberi isyarat yang dia mahu membawa aku mengambil makanan. 

"Great. I'm getting hungry and bored" kataku sambil tersenyum lebar lalu mengikuti Rosey ke bahagian buffet makanan. Rosey cuma ambil sedikit makanan seperti orang diet. Aku teringin ambil banyak tetapi segan sebab rata-rata orang lain, yang juga mengambil makanan hanya ambil dalam jumlah yang kecil. Memang orang-orang kaya macam tu? Aku rasa sedikit kesal sebab aku nampak banyak makanan yang enak-enak di hidangkan. Tapi sebab kalah malu, aku pun ikut ambil sedikit macam orang diet! Grrrrrr... aku jeling Rosey dengan muka tidak puas hati!

Semasa aku dan Rosey melangkah kembali ke meja bulat kami tiba-tiba aku didatangi oleh lelaki yang ku lihat tadi. Berumur sekitar 40 tahun dan aku rasa aku pernah jumpa dia.. tetapi aku tidak ingat bila dan di mana?

"Neerani?" Tegurnya. Aku tersentak. 

"Er... saya?" Sahut ku kekok. 

Rosey ikut berhenti dan melihat aku dan lelaki itu silih berganti. 

"He know you?!" Ujar Rosey spontan. Aku memandang lelaki itu dalam-dalam dengan kening sedikit berkerut. Cuba recall dalam memori aku kalau aku tahu siapakah lelaki ini?

"Neerani.. lupa? Uncle Azam here! Adam's uncle.. masa kecil dulu Adam dan Neera pernah ikut ke rumah uncle.. main di rumah uncle. ingat tak?" Aku terkebil-kebil cuba mengingat. Samar-samar aku teringat akan kenangan kecilku dengan Adam di sebuah rumah banglo besar.. oh! Aku mula ingat. Tapi ketika itu rupa uncle Azam jauh lebih muda. Patutlah aku susah nak ingat!

"Ah.. ingat! Uncle...Adam punya uncle! Tapi uncle sudah pindah ke luar negara kan.." tanya ku ingin kepastian. Setahu aku, menurut ibu Adam, uncle Azam sudah berhijrah ke luar negara. Uncle Azam ni adalah sepupu ibu Adam. Dulu dia selalu tanya kabar dan ambil berat dengan Adam dan ibunya. Tapi lepas khabar yang dia berhijrah ke luar negara, aku tidak pernah lagi dengar apa-apa tentang Uncle Azam dari ibu Adam mahupun Adam sendiri.

"Ya.. tapi uncle akan move back to this city for good! Very soon! Doktor Hisyam is my good friend.. uncle datang untuk majlis tunang anak dia..tak sangka jumpa Neera di sini.. Neera makin cantik sekarang" ujar uncle Azam dengan senyum lebar. Aku jadi tersipu-sipu dipuji cantik oleh uncle Azam. Setahu aku, masa uncle Azam berhijrah ke luar negara, dia masih bujang. Mungkinkah dia sudah berkeluarga dan sekarang mahu menetap semula di kota ini?

" ehmmm.. thank you. Uncle ni buat saya blushing.. " Kataku dan disambut ketawa besar oleh uncle Azam. 

"Oh ya.. by the way.. uncle.. this is Rosey.. Rosey.. this is uncle Azam, Adam's uncle.." Aku segera kenal Rosey pada uncle Azam sebab Rosey masih terkebil-kebil sambil melihat kami berbual. Rosey segera menghulur tangannya pada uncle Azam.

"Hi uncle.." sapa Rosey dengan muka ceria. Selepas berbual-bual sekejap kami meminta diri untuk kembali ke meja untuk makan. 

"Neera kenal Mr.Azam?" Tanya Ariman sebaik saja aku dan Rosey duduk di meja. Aku lihat ada sepiring makanan di depan Ariman. Kedua-dua lelaki tadi sudah pergi malah Ariman juga sudah mengambil makanan. Leo juga sedang makan. Aku sedikit terkejut dengan pertanyaan Ariman, ternyata Ariman tahun nama uncle Azam. Aku agak Ariman mesti kenal dengan uncle Azam. 

"Hmmm.. kenal. Dia sepupu ibu Adam, so kira Adam punya uncle. Ariman juga kenal dia?" Tanya ku semula. Ariman menganguk. 

"Oh? You also know him?!" Sampuk Rosey. 

"Yes! He is quite famous tho!" Jawab Ariman.

Menurut Ariman, uncle Azam seorang jutawan kaya yang punya hartanah yang banyak di habour city. Apa yang mengejutkan, kata Ariman uncle Azam sampai sekarang masih tidak berkeluarga. Dia masih bujang! Dengar berita ini aku rasa tak sabar mahu tanya Adam tentang uncle Azam. Aku pasti Adam tahu lebih banyak tentang uncle dia berbanding Ariman!

Aku melihat jam, sudah jam 9 malam. Ariman masih berbual-bual dengan beberapa orang kawannya termasuk Leo. Rosey buat muka bosan dan mula menekan-nekan telephone bimbitnya. Baru aku mahu mengeluarkan handphone ku, aku dengar suara Ariman..

"Neera.. mari.." dia mendekat. Aku buat muka tanda tanya. Dia selamba tarik tangan ku. 

"This is Neera, my staff. I need to send her home.. we catch up later k.." Ariman kenalkan aku dengan beberapa kawannya. Mereka perkenalkan diri sebagai Jerry, mahran dan Jacky. Mahran mengengam tanganku agak lama ketika kami bersalaman. 

"Beautiful..." bisiknya dengan senyum penuh makna. Aku cepat-cepat tarik tanganku dari gengaman Mahran. Ariman memutarkan bola matanya sambil mencebik dengan Mahran. 

" Dont you dare Mahran!.. Neera! Dia ni playboy.." kata Ariman lalu disambut ketawa besar oleh Mahran dan yang lain. 

"Oh.. come on Ari! How could you say that!"

" Time up.. bye korang!" Potong Ariman lalu tarik aku keluar dari situ sebelum sempat Mahran menyambung kata-katanya. Banyak mata memandang aku dan Ariman ketika kami sedang melangkah keluar dari majlis itu. Ada yang berbisik-bisik. 

"Kenapa makan sikit tadi?" Tanya Ariman tiba-tiba, ketika aku sudah di dalam perut keretanya. Aku spontan mendongak memandang Ariman. Jadi dia perasan aku makan sikit?

"Er... semua orang ambil sikit..saya.." aku terkedu dan tidak menyambung kata-kata dan hanya ketawa kecil. 

"Malu ambil banyak?" Tanya Ariman dengan senyum lebar lalu ketawa kecil. Aku angguk dengan muka merah padam. 

" its okay.. sebelum pulang saya belanja Neera makan.. Neera nak makan apa? Cakap saja jangan malu-malu.. saya tahu Neera tidak kenyang tadi..." Kata-kata Ariman buat aku terkejut dan sekaligus rasa malu! Nampak sangat kah yang aku masih lapar tadi?

"Eh... tak payah.. tak.." aku menolak.

'Grrrrrrrrrt....'

Tiba-tiba perut ku berbunyi lapar! Sial punya perut! Serentak itu Ariman ketawa! Mukaku tambah terasa panas. Mesti merah padam!

"Eh.. tak sporting la perut ni.." ujarku ikut ketawa, menahan malu. Ariman senyum lebar. Aku lihat matanya seperti ada 'sesuatu', sesuatu yang hangat dan menyenangkan, tetapi itu mungkin hanyalah imaginasiku saja. 

" Kan.. saya dah agak. Neera ni jenis yang suka makan.. tapi tadi makan sangat sikit.. jadi saya pasti Neera tak kenyang tadi.." ujar Ariman sambil mula memandu. Macam mana dia tahu aku ni jenis suka makan? 

"1st time attend majlis di tempat macam ni.. saya nervous sikit.." Dalihku. Ariman hanya senyum nipis. 

" Western food ok?" Tanya Ariman. Aku tengok muka dia agak lama. Dia berkerut kening melihat riaksiku. Dalam kepalaku terbayang-bayang loklok food street yang mengiurkan. Aku teragak-agak sama ada ikut saja apa yang Ariman cadangkan tadi atau memberitahu Ariman yang aku teringin makan loklok. 

"Kenapa tengok saya macam tu?" Tanya Ariman, memandangku sekilas dan kembali fokus pada jalan raya dan strering keretanya.

"Er.. er ... " aku masih teragak -agak.

"Neera tak mahu western food?" Teka Ariman. 

" Kita makan street food night market di Lala street okay? Ada lorry jual loklok yang sedap biasanya pada hujung minggu macam ni.." jawabku sambil buat muka mengharap. Night market di Lala street biasanya sampai tengah malam. Ariman jadi ketawa kecil mendengar kata-kataku. Bunyi ketawanya kedengaran lunak sekali di telingaku. Muka hensem Ariman ketawa, sesekali buat jantungku rasa tidak menentu!

"Oh.. okay. Why not.." Dan Ariman pun mula memandu ke Lala street. 

"Ariman pernah try street food di Lala street?" Tanyaku bila menyedari yang Ariman adalah anak orang kaya dan mungkin langsung tidak pernah jejak kaki ke tempat itu apatah lagi makan makanan jalanan seperti itu. Ariman terdiam sebentar sebelum menjawab yang dia pernah makan makanan jalanan di Lala street. Aku ragu dengan jawapannya. Ini kerana dia sedikit teragak-agak menjawab seolah-olah dia sedang 'bohong sunat'. Untuk apa aku pun tidak pasti. 

To be continue...

********