Chereads / Cinta Ulat Buku (bahasa melayu) / Chapter 10 - Siapa si cantik ni?

Chapter 10 - Siapa si cantik ni?

Aku terpegun sebaik saja sampai di sebuah rumah agam yang gigantic dan kelihatan sangat mewah. Halaman yang luas dan di kelilingi taman bunga dan pokok-pokok yang cantik. Di sebelah kanan terdapat kolam renang yang cantik, beberapa orang yang kelihatan seperti tetamu sedang berbual-bual sambil memegang minuman di kawasan kolam itu. Aku melihat jam handphoneku. Pukul 6 petang. Mahu saja aku ambil gambar rumah agam yang cantik ini dan upload di insta. Aku cuba menekan dalam-dalam rasa terujaku!

"Mansion!" bisik ku tanpa sedar. Ariman menoleh memandangku. Tatapan matanya kelihatan sedikit lembut. Nampaknya dia terdengar bisikan ku itu. Ada senyum kecil terbit di mukanya. Aku jadi malu. Mukaku terasa panas. Nampak sangat yang aku tidak pernah berkunjung ke rumah agam mewah seperti ini. Adakah rumah Ariman juga sebesar dan semewah ini? Selalunya aku hanya lihat dalam gambar, dalam internet atau dalam tv. Tidak terlintas difikiranku yang aku akan jejak kaki ke rumah agam yang besar dan secantik ini. Ia buat aku sedar, ternyata dunia Ariman sangat jauh berbeza dari duniaku! Kami sebenarnya dari dua dunia yang berbeza dan aku dengan tidak sedar diri bermimpi sesuatu yang romantis dengan Ariman. Aku ketawa pahit dalam hati!

" Ariman... Siapa si cantik ni?" Sapa seorang perempuan yang berumur sekitar 40an di bahagian meja penyambut tetamu. Ariman melirik sekilas padaku seketika dan kemudian tersenyum nipis pada wanita itu.

" Ini Neera, staff saya.." Ariman berpaling padaku. Aku lihat riaksi sedikit terkejut di mata wanita itu.

" Neera.. ini puan Maria, isteri Dr. Hisyam " Kata Ariman. Wanita bernama puan Maria itu tersenyum lebar padaku. Aku membalas senyumannya dan mengangguk sedikit tanda hormat.

" Oh.... Hai Neera. Cantik sekali staff kau ni Ariman. Mana Arisa?" tanya Puan Maria, hatiku rasa berbunga-bunga bila dipuji cantik oleh puan Maria. Ariman saja yang tidak nampak aku cantik! Ah.. kenapa aku ni? Aku berharap sangat Ariman puji aku cantik?

Nampaknya 'semua' orang tahu Arisa dan Ariman merupakan pasangan kekasih. Patutlah saat melihat aku yang muncul di sisi Ariman bukannya Arisa, menjadi tanda tanya buat puan Maria. Aku tidak ambil pusing dengan riaksi Puan Maria. Apa yang terpampang di mataku sekarang buat aku teruja. Suasana di majlis itu luar biasa bagi aku yang biasa-biasa ini. Aku masih dalam teka teki dengan tujuan Ariman jadikan aku partner ke majlis ini. Adakah wajib dia membawa partner perempuan di majlis ini? Ada ramai tetamu yang kelihatannya dari golongan elite. Dari cara pakaian, penampilan dan aura mereka, cukup menyakinkan aku yang mereka bukanlah orang biasa. Aku tidak pernah menghadiri majlis seperti ini. Aku hanya pernah menonton majlis-majlis sebegini di dalam tv.

"Arisa tidak dapat datang.. neneknya sedang tenat. Dia berlepas ke Harbour City jam 4 petang tadi" Jawab Ariman pada Puan Maria yang sedang memandangku dari atas ke bawah. Aku tidak tahu banyak tentang Arisa tetapi dari pemerhatianku Arisa juga berasal dari kelas atasan seperti Ariman. Ariman kemudiannya memberi isyarat supaya aku ikut rapat di sisinya ketika dia melangkah ke dalam. Aku cepat-cepat melangkah seiring dengan Ariman.

Dup! dap! dup! dap!

Jantungku tidak keruan. Kenapa? ini kerana sebaik saja kami melangkah masuk ke dalam hampir semua mata tertumpu pada aku dan Ariman. Pada mulanya mereka menumpukan perhatian pada Ariman tetapi sebaik saja melihatku. Macam kena pukau mereka terus menerus memerhatikan aku sambil ada segelintir mereka berbisik-bisik. Aku terasa sepertinya aku sedang membuat persembahan di atas pentas dan mata semua penonton tertumpu padaku. Hampir semua mata yang ada di situ melihatku dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku mula rasa dahiku berpeluh.

"Heyyyy... Ari! my man! kau muncul juga... Aku dengar nenek Arisa sakit. Aku sangka kau ikut Arisa melawat neneknya" Seorang lelaki muncul menyapa Ariman. Dia mendekat. Menyambut tangan Ariman dan menepuk bahu Ariman dengan mesra. Dia langsung tidak memandangku, ini buat aku rasa selesa. Aku tak suka jadi perhatian. Ia buat aku rasa kekok dan gugup! Tapi aku sedar masih ramai tetamu yang memerhatikan aku. Ariman ketawa dan ikut menepuk bahu lelaki itu. Aku fikir lelaki itu tentunya adalah kawan Ariman.

" Aku sudah melawat nenek Arisa minggu lepas, keadaan nenek Arisa semakin tenat jadi semua ahli keluarga terdekat Arisa diminta berkumpul" Jawab Ariman, mereka terus berbual-bual. Aku tidak ambil tahu dengan isi perbualan mereka. Aku hanya berdiri di sisi Ariman macam body guard. Aku rasa tidak selesa sebab Aku rasa banyak mata sedang melihat tingkah laku ku.

Dari perbualan mereka aku dapat tahu yang lelaki itu bernama Leo. Bila aku perhatikan betul-betul rasanya aku pernah melihat Ariman bersama dengan Leo. Leo pernah datang ke Pustaka Biru dan mereka berbual lama di bilik pejabat Ariman. Di sisi Leo juga ada seorang gadis. Tapi dia tidak sepertiku - yang hanya berdiri macam body guard di sisi Ariman, gadis itu ikut serta dalam perbualan Ariman dan Leo. Sesekali mereka ketawa. Tiba-tiba gadis itu mengalihkan tumpuannya padaku lalu menepuk lenganku, aku serta merta mendongak memandang wajahnya.

"I think I know you.. you look very familiar!" Kata gadis itu. Aku tersengih dan cuba membalas kata-katanya tapi otakku terasa kosong. Aku tatap gadis itu dalam-dalam tetapi langsung tidak ingat apa-apa, dengan kata lain aku tidak pernah nampak dia sebelum majlis ini. Aku tidak tahu bagaimana menjawabnya.

" Er.. hmmm really?" Kataku dengan sedikit kekok.

" ya... its true! you look very familiar.." Ulangnya lagi. Senyumnya manis sekali. Matanya bersinar-sinar.

"By the way my name is Rosey" Aku segera sambut huluran tangan Rosey. Aku lihat Ariman melirik sekilas ke arah aku dan Rosey tetapi kemudian terus berbual dengan Leo.

"Neera" balasku ringkas.

" So.. you work for Ari I heard.." Kata Rosey ingin terus berbual. Dia nampaknya lebih selesa berbahasa english. Aku jadi gelisah bukan sebab aku tidak faham apa yang dia cakap cumanya aku tidak mahir berbual dalam bahasa english.

" Er.. ya. I'm Just a part time library assistant. You know.. Pustaka Biru. I work there on weekend. I still a collage student tho, actually Ariman is my senior!" Ujarku agak panjang. Rosey kelihatan sedikit terkejut. Dia menoleh ke arah Ariman dan kemudian memandangku dengan muka seperti tidak percaya.

" So you actually is.. Ariman Junior at collage! no wonder you look so familiar! I'm also study at the same collage with Ariman.. Sri Perdana! that mean I must be saw you in campus. You are my Junior student" Kata-kata Rosey buat aku terkejut. Sumpah aku langsung tidak kenal dia, student junior biasanya kenal dengan student senior tapi student senior tidak kenal dengan student junior. Itu lumrah. macam Terbalik pula situasi ini. Mungkin saja Rosey low profile sebab tu aku tidak kenal dan cam dia? Tapi students collage Sri Perdana ada beribu orang jadi hal ini bukanlah pelik sangat.

"Oh I see! I'm sorry.. I'm kind off intovert person so.. I don't really know many people.. I don't recall see if you in collage.." ujarku perlahan. Aku teringin sangat berhenti berbual dengan Rosey sebab perbualan kami dalam bahasa english dan aku kurang lancar berbahasa english. Sebaliknya Rosey kelihatan amat tertarik denganku. Aku jadi susah hati! Ariman sekali sekala melirik ke arah kami berdua.

" Its okay tho. We cant never remember everyone or all students in our campus but I really think you look very familiar.." kata Rosey lagi. Dia terus menerus merenungku. Dia sepertinya memerah otak cuba mengingat sesuatu.

" Or maybe because of my make up? This make up makes me look like a different person, if you see me in collage you might not recognised me!" Ujarku sambil ketawa. Rosey ikut ketawa.

" But its a light make up.. you look very pretty with this kind of make up.." Aku jadi kembang semangkuk dipuji oleh Rosey.

" Stop that. You makes me blush" Kataku sambil mengipas kipas mukaku dengan tangan. Dan aku tidak berbohong. Mukaku terasa panas dan mungkin saja berwarna merah kerana malu.

"Wait.. I think I remember something. Adam! you are the girl who always stick with Adam! Oh my god! Its you! Adam's girlfriend!!" Rosey menutup mulutnya. Matanya bulat besar memandangku. Dia kelihatan teruja kerana sudah memecahkan teka tekinya sendiri. Adam memang agak terkenal. Dia bukan saja budak pandai yang selalu dipuji oleh pensyarah-pensyarah di kolej. Dia juga aktif dalam pelbagai aktiviti kolej. Sukan dan sebagainya. Aku tumpang glamour saja sebab selalu berkepit dengan kembarku itu.

" Oh.. so its Adam! I ride his glamorous for sure!" kataku sambil ketawa. Rosey ikut ketawa. Tiba-tiba mataku terpandang seseorang. Seseorang yang baru masuk dari pintu utama. Rosey perasan hala tuju pandangan ku.

" Who's that? do you know him?" Tanya Rosey.

" Im not sure. He look familiar. Just like you when you saw me ealier. I felt that I know him but I cant recalled where and when did I saw him" jawabku jujur. Sebelum sempat Rosey membalas kata-kataku. Leo menarik tangannya.

"Babe! let go.."

Ariman juga memberi isyarat supaya aku ikut mereka melangkah ke sebuah bilik besar. Ballroom. Terdapat sebuah pentas di situ dan tertulis nama SYAHMIE ❤ MILA. Jadi majlis ini adalah majlis pertunangan anak doktor Hisyam dan puan Maria. Ternyata tema bagi majlis ini adalah 'Couple'. Jadi tetamu mereka mesti membawa pasangan. Tidak kiralah pasangan sebenar atau pun pasangan palsu seperti aku! Aku mula faham. Asalkan datang berpasangan ke majlis ini.

" Neera!" kata Ariman lalu dia menarikku ke satu meja bulat. Rupanya tadi aku terpaku meneliti kecantikan hiasan di pentas pertunangan yang nampak mewah itu. Aku cepat-cepat duduk di sebelah Ariman. Tetamu yang lain juga mula mengambil tempat duduk.

" Nampaknya Neera ada kawan baru, tak sangka kamu mudah menyesuaikan diri, Rosey bukan jenis yang mudah berkawan" kata Ariman dengan suara perlahan dan memandangku sekilas kemudian dia melirik ke arah Rosey dan Leo yang duduk di meja lain. Aku menoleh ke arah Ariman dengan expresi sedikit terkejut. Ariman tadinya dingin dan seperti tidak mahu bercakap dengan ku, kini memulakan perbualan?

" Itu sebab dia rasa macam pernah jumpa saya.. rupanya kita bertiga study di kolej yang sama" balasku sambil senyum nipis pada Ariman.

" Kamu boleh saja cakap melayu dengan dia.. dia faham. Kamu kedengaran kekok berbual dengan dia tadi" Kata Ariman. Aku jadi malu. Ternyata Ariman pasang telinga. Aku boleh rasa yang mukaku merah padam. Sebab tiba-tiba aku rasa macam berpeluh kerana malu!

" Its okay. practices makes perfect" Balasku cuba cover malu. Ariman senyum lebar. Entah kenapa aku rasa aku terlihat 'sesuatu' di matanya ketika dia senyum memandangku.Tapi hanya untuk seketika.

"Oh I like that!" komen Ariman. Ketika itu Doktor Hisyam dan isteri naik ke pentas. Perhatian kami mula tertumpu pada tuan rumah yang kelihatan ingin membuat ucapan di atas pentas.

to be continue

*****

Nota Noti - thank you for the stone. its really motivate me to write more.. muahhh!