Fiji menghela nafas panjang apabila melihat Min di atas perbaringan. Hari ini ialah hari ke-3 dan Min masih lagi belum sedarkan diri. Menurut doktor, Min sangat bertuah kerana masih bernafas setelah ditembak berkali-kali. Kecederaan yang dialaminya juga tidak terlalu parah, hanya kepatahan tulang di pelbagai tempat, dan paling ajaibnya Min masih mampu melindungi vital organnya dari tercedera. Ini bukannya kali pertama Min cedera,jadi Fiji seakan-akan lali dengan keadaan sebegini apatah lagi sejak mereka mula menjejak sejarah Min yang kemudiannya terserak luas sehingga there is no way they can turn back. Terlalu banyak yang telah diungkai dan terlalu banyak telah dipelajari, dan kini mereka harus melindungi Mika.
Pada awalnya, Min tidak menyangka yang semuanya ini ada berkait dengan Mika. Semuanya menjadi tidak masuk akal sebenarnya tetapi segala maklumat yang dikutip,kumpul kembali bertaut pada Mika. Min menjadi lebih taksub untuk mencari kebenaran dengan bantuan Fiji dan segala aset yang mereka ada, mereka lebih berani mencari. Fiji tidak menoleh apabila Min bersungguh-sungguh, kerana itu adalah peluang untuk dia meraih keuntungan dalam penulisannya; good stuff makes good piece of writing, dan ianya berjalan lancar apabila bukunya menjadi top seller.
Yang pasti penting sekarang bagaimana untuk maklum Mika tentang Min tanpa membuatnya hilang arah. Fiji memang begitu menyayangi Mika, walaupun tiada pertalian darah seumpamanya, namun perasaan Mika adalah segala-galanya bagi Fiji. Mungkin perasaan yang dia ada juga adalah perasaan suka dan ingin melindungi atau selesa kerana ada tempat untuk bertaut atau sebaliknya. For sure dia menghargai kehadiran Min dan Mika dalam hidup sunyinya setelah mempelajari yang tiada orang yang akan menunggunya pulang atau menangisi apabila dia tiada;dia sebatang kara tanpa sebarang pertalian kekeluargaan- tiada ibubapa,tiada waris dan tiada sejarah. Fiji tidak berasa kesal malah berterima kasih kerana dia dibenarkan untuk hidup oleh sesiapa sahaja yang mengandung dan melahirkannya- no grudges.
Akhirnya Fiji mengangkat telefonnya sambil menutup pintu bilik Min dan menunggu.
"Hello.."
Sze Rei menamatkan perbualannya di telefonnya dan melangkah keluar dari ruang pameran. Sesekali dia meninjau-ninjau keadaan sekelilingnya untuk melihat persiapan semua vendor yang menyertai Sneaker Fest tahun ini. Ini merupakan debut pertama koleksinya di Malaysia dan dia sebenarnya agak gementar dengan apa yang bakal dia hadapi. Kebimbangannya mualai pudar apabila dia melihat Malique dan para staffnya bertungkus lumus berusaha untuk menjayakan apa yang mereka telah rancang selama bertahun. Berbeza dengan kejayaan di tempat lain, penerimaan di negara sendiri adalah lebih mencabar dan sekiranya dia berjaya, maka usaha yang di lakukan juga berjaya.
"Boss..last delivery still stuck dalam traffic ,so macam mana?" tanya Malique.
" sokay,we still have many to run right?" balas Sze Rei. Malique mengangguk.
"..cuma promo ad..still not settle..can you go?" ujar Malique sambil menunjukkan email feedback yang diterima.
Tempoh pembikinan advertisement belum capai tempoh kematangan dan ianya juga bukan untuk tujuan acara ini. Ianya lebih kepada marketing promotion untuk Southeast Asia region dan Sze Rei mahu ianya sehebat promonya di Eropah.
"..so, you go?" tanya Malique. Sze Rei mengangguk dan menepuk bahu Malique. Malique tersenyum lega dan meninggalkannya.
"Micheal & Brunne..." bisik Sze Rei sambil meluncur laju YZF R-3 nya.