" Micheal, boleh tak kita wrap-up for today? I think I've given more shots than it should.." tanya Sze Rei sejurus melangkah masuk ke set.
Memang betul dia nak terus beredar dari set, sama macam yang dikatakan di luar tadi. Micheal memandang tepat arah ku-pelik.
"Oookay..are you two seeing each other?" tanya Steven yang tiba-tiba muncul.
Tak memasal mamat ni-getus hatiku.
Sze Rei memandangku dan tersenyum. Pada masa yang sama, Micheal juga menunjukkan riak muka curious. Masing-masing tengah tunggu jawapan daripada sesiapa yang berkenaan pada waktu itu.
"Nope..I knew her from the agency..you know during the model meet up?" balas Sze Rei.
"..the my property just now???" sambung Micheal sambil tangannya berayun-ayun.
Sze Rei kemudian menunjuk ke arah hoodie yang sedang aku pakai. Di atasnya tertera 'My Property' dan gambar Park Seo Jun. Aku hampir lupa yang aku memakai hoodie pemberian Fiji kerana dia tahu aku fan kipas susah mati PSJ. Aku hampir tergelak,tapi aku tahan. Boleh tahan jugak la mamat ni cover line;maybe dia pun tahu nak jaga air muka aku kat tempat aku kerja- okay aku bagi 5 Ha! Tak lama kemudian semua bergelak.
Micheal menyelak fail ditangannya dan mengangguk-angguk.
"Hmm..ok , kita sambung next shot 2 hari lagi, but I want you!"
Sze Rei mengangguk setuju dan mengakhirkannya dengan salaman setuju sebelum memberi tunduk hormat kepada semua krew dan staff yang berada diset dan menuju ke arah lif. Aku hanya memandangnya dan melambai sinis.
Setelah dia beredar, aku menuju ke arah Micheal untuk mendapatkan task yang perlu diselesaikan hari ini.
" Soo...you nak I buat apa Micheal?"
"..eh, bukan you kena ikut dia ke? Bukan you cakap ada pending settlement nak retrive dari agency?" paling Micheal dengan muka seribu tanya.
Pending settlement? Bila masa?Eh, pening aku.
"Alah, takpe la...you pergi je ikut dia balik jumpa bosnya..then you cakap kita nak dia juga untuk next shot.."katanya lagi.
Pada masa yang sama, aku nampak Sze Rei sedang menjengah dari pintu lif. Aku hanya mengangguk-angguk sambil mencapai beg galas dan pergi ke arah Sze Rei. Sejurus pintu lif ditutup, dia meletakkan kepalanya dibahuku.
"...one minute.." bisiknya perlahan.
Aku tak berani nak bergerak dan hanya terkaku disebelahnya. Dari ekor mata, aku nampak dia memejamkan matanya dan menghela nafas. Pintu lif kemudian terbuka dan dia segera mengangkat kepalanya. Aku cepat-cepat keluar dari lif; dari tadi aku menahan perasaan berdebar.
Mungkin aku jalan terlalu cepat dan tak perasan dengan orang yang berada dihadapanku. Satu hentaman berlaku dan tiba-tiba aku rasa sedikit pedih dan sakit; aku tunduk. Bahagian abdomenku terasa panas seperti ada benda mengalir. Aku menyentuhnya; darah siapa ni? Badan aku longlai dan sebelum rebah aku sempat menoleh ke arah Sze Rei.
"Diam la... aku nak tido!" aku cuba bersuara,tetapi hanya bunyi bising yang kedengaran. Samar-samar aku nampak Sze Rei dengan beberapa orang memakai baju putih; dia cakap apa aku pun tak pasti. Yang aku tahu aku nak tidur, tidur yang sangat lama.
"Fill me!"
"..female, 25..hypovolemic shock; penetrating trauma; sharp object;5-10 cm deep..."
"...what?!.."
"..CT scan,MRI stad!"
Keadaan di zon kecemasan yang menakutkan- semuanya bergerak pantas untuk satu misi yang sama; menyelamatkan nyawa. Keluarga dan kenalan mangsa semuanya berada dalam keadaan tertekan menunggu keputusan, begitu juga dengan Micheal. Dia hampir tidak percaya bila mendengar berita kecederaan Mika.
Disuatu sudut yang lain, Sze Rei sedang mengisi beberapa borang pelepasan untuk pembedahan.
"..your relationship?" tanya nurse.
"...husband..I'm her husband..' balas Sze Rei dan menyerahkan semula borang kepada nurse.
Setelah nurse berlalu, Sze Rei segera membuka jaketnya yang berlumuran darah. Dia menghela nafas panjang dan merenung tajam ke dingding kosong. Sebentar kemudian, dia disentuh oleh Malique yang segera duduk disebelahnya.
"Are you okay?" tanyanya.
Sze Rei mengangguk dan menghulurkan sampul kertas kecil. Dia memandang tepat pada Malique. Malique faham setelah membuka isi kandungannya dan mula mendail telefonnya. Dia meninggalkan Sze Rei dan melaksanakan 'arahannya'.
Sze Rei melihat Malique berlalu sehingga dia hilang dari pandangan. Semuanya berlaku dengan begitu pantas; dihadapan matanya. Namun dia tidak sempat untuk bertindak dan itu membuatkannya sangat marah. Dia menyimpan kemas kemarahannya dan mengeluarkan telefon pintarnya.
" Fiji.." dia bersuara apabila wajah Fiji kelihatan di skrin.
Fiji agak terkejut kerana mendapat panggilan Sze Rei dan lagi mengejutkan, berita yang disampaikannya.
********************************************************************************************
Pembedahan berjalan dengan lancar dan keadaan Mika stabil, kini hanya menunggu untuk dia sedar.
" ...she is lucky, she didn't loose lots of blood..but her wound is deep.. we can only wait for her to wake up..you did the right thing..but how?" tanya doktor.
Sze Rei faham dengan maksudnya; bagaimana dia menghalang kecederaan dari bertambah teruk.
"...I'm a certified Medic but I'm not in uniform.." balas Sze Rei. Matanya tajam melihat ke arah Mika di atas perbaringan.
" Can she be transferred?" tanya Sze Rei.
" I can't allow that." balas doktor itu. Sze Rei mengangguk faham dan melihat doktor itu beredar pergi.