Chereads / Selepas itu... / Chapter 14 - Bab 14: Bunga Api

Chapter 14 - Bab 14: Bunga Api

Sze Rei duduk sebentar di sofa setelah selesai mengambil keperluan Mika. Dia memerhati sekeliling ruang apartement kecil itu yang jauh berbeza dari apartementnya. Tiada apa yang menarik atau mencurigakan ruang tamu kecil, 2 bilik tidur, 1 tandas dan dapur yang hanya mampu memuatkan hanya seorang untuk memasak. Di dinding,terdapat beberapa frame foto Mika bersama Fiji dan Min.

"..orang terpenting..ceh!" bisiknya yang berbaur cemburu.

Tiba-tiba matanya tertarik kepada susunan timbunan album skrap.Dia langsung membelek album tersebut dan mengambil sekeping foto lalu bergegas keluar bersamanya.

'Cece Schmode & Ameer Brunne'

2 nama yang sangat familiar kepada Sze Rei; tetapi dia tiada sebarangan ingatan tentangnya. Namun nama itu sangat dekat dengan dirinya. Sambil memutar stering keretanya, dia membuat panggilan.

"Anything?" jawab suara ditalian ringkas.

" Cece Schmode , Ameer Brunne" Sze Rei bersuara.

"...got it!" balas suara itu dan perbualan itu terhenti apabila talian diputuskan. Sze Rei mematikan handfreenya dan terus memecut laju.

Dihospital, Mika telah pun sedar 5 jam selepas Sze Rei meninggalkan wadnya. Micheal berasa lega kerana Mika telah selamat melalui fasa yang paling mendebarkan. Setelah diperiksa oleh doktor, nurse membantu menegakkan katilnya sebanyak 45 darjah supaya Mika boleh bersandar. Bisa tikaman ditambah dengan bisa skapel semakin terasa apabila kesan ubat mulai berkurang. Drip ubat penenang tidak membantu sama sekali sebenarnya, ianya berfungsi sebagai mental distractions and psychology illusions. Sesekali kelihatan Mika menggerutkan mukanya menahan kesakitan. Ventilator pernafasan dibuka sebaik sahaja Mika boleh bernafas bebas. Matanya separa buka dan dia kelihatan sangat lemah.

"You kan Mika..you still buat lagi ke kerja-kerja mengarut tu? Kes Benson tu tak cukup lagi ke?" marah Micheal.

Waktu itu dia dah tak peduli lagi dengan tanda sticker berhampiran;'Kawasan Hospital Sila Senyap'.

Masih teriyang-iyang lagi peristiwa felonious assault yang pernah Mika terima tak lama dulu disebabkan oleh salah seorang model client mereka yang tidak berpuas hati dengan tindakan Mika melaporkan salahlakunya. Rentetan itu Mika diserang betul-betul dihadapan studio mereka; bukan sahaja Mika yang cedera, tetapi beberapa lagi staff turut tercedera. Cuma kecederaan Mika adalah lebih teruk sewaktu cuba meleraikan samseng dari terus memukul Natasha. Dia telah disepak dan ditendang sehingga 3 tulang rusuknya patah. Semuanya berlaku apabila Benson melakukan sexual harassment terhadap beberapa staff wanita mereka. Tak cukup dengan itu, Benson turut mengugut dan mencederakan staff wanita yang enggan menurut kehendaknya. Akibatnya, Benson dikenakan hukuman setimpal dengan jenayahnya.

Mika menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menahan kesakitan menyebabkan Micheal berhenti berleter. Dia menuju ke meja, mencapai pisau dan mula mengupas beberapa biji epal. Ianya bukan untuk Mika tetapi untuk dirinya.

"Orang operate tak boleh makan bende keras, you tengok jela ye..." ujar Micheal sinis sambil memasukkan beberapa potong epal ke dalam mulutnya.

Dari luar Sze Rei hanya tersenyum melihat gelagat 2 sahabat itu. Pintu kemudian di buka perlahan dan dia melangkah masuk dengan senyuman yang memang tak pernah lekang dari wajahnya. Untuk Mika, dia mengenyitkan matanya sebelum mengemaskan selimutnya yang kemudian ditarik menutupi tubuhnya. Mika hanya memandang Sze Rei.

"I know..I memang kacakkan.."bisik Sze Rei perlahan sambil mengenyit matanya lagi.

"...ni..bei..wan..wo.." balas Mika dan menutup matanya.

Sze Rei tersenyum lagi dan menjentik dahi Mika. Selepas itu dia berjalan menuju ke arah Micheal dan duduk disebelahnya.

"I am glad you were with her at that time...I tak tau nak buat apa kalau dia cedera lagi depan studio..Suwey ke apa location ni" kata Micheal. Sze Rei ketawa kecil.

" Shit happens bruh.." comfortnya seraya menepuk bahu Micheal.

Kira-kira 20 minit selepas itu, Micheal pun beredar kerana waktu lawatan telah tamat. Bagi Sze Rei, dia mendapat keistimewaan kerana kononnya dia adalah suami Mika, so dia boleh stay bersamanya di wad khas. Lagipun, Sze Rei telah upgrade biliknya ke VIP ward; privacy and privillage. Selepas membasuh muka, Sze Rei merebahkan dirinya ke atas sofa dan cuba melelapkan mata sementara Mika masih lagi tidur. Tak lama kemudian, dia juga tertidur.

Suasana persekitaran menjadi asing bagi Sze Rei. Sayup-sayup kedengaran suara kanak-kanak sedang ketawa dan bergembira. Dia mencari suara itu dan berlari kecil sehingga dia berada di hadapan sebuah rumah agam. Ada beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumah dengan riang ditemani oleh sepasang suami isteri. Banyak belon berterbangan dan pada waktu yang sama langit malam itu diterangi dengan cahaya indah kilauan bunga api sambutan tahun baru...

Tiba-tiba Sze Rei terjaga dengan bunyi bising. Dia bungkas bangun dan melihat Mika sedang menjerit-jerit hysterically sambil memukul-mukul kepala dan menghempaskan tubuhnya di dinding. Di luar cermin tingkap, langit malam meriah diterangi oleh cahaya dan dentuman bunga api. Sze Rei meluru ke arah Mika dan segera menariknya ke dalam pelukkannya. Dia merangkul erat tubuh Mika. Langsir ditarik dan dia menarik Mika untuk duduk bersamanya diatas lantai. Pelukan Sze Rei hampir terlerai apabila Mika terus menerus memukul-mukul kepalanya dan meronta-ronta untuk dilepaskan dalam esakkan sambil menjerit. Sze Rei memperketatkan pelukannya dan cuba menenangkannya. Pada masa yang sama, dia mengeluarkan earbudnya dari telinganya dan memasangkannya ke telinga Mika.

"Shhh...shhhh...listen...listen..." pujuknya lembut.

Perlahan-lahan, Mika mulai berhenti meronta dan mula mengayunkan tubuhnya dalam pelukan Sze Rei.

Post-traumatic stress disorder (PTSD) .

Itu yang dikatakan oleh doktor bertugas selepas berjaya menenangkan Mika. Dia terpaksa diberikan sedatif bagi mengawal perubahan emosinya. Tindakan Mika tadi telah menyebabkan luka jahitannya kembali berdarah. Sze Rei juga diberikan rawatan kerana mengalami luka cakaran di bahagian leher dan lengannya sewaktu cuba menenangkan Mika.

Suasana malam di Bangkok masih lagi meriah dengan dentuman dan percikan bunga api tahun baru. Keadaan yang sangat Fiji khuatiri. Dia tidak boleh meninggalkan Min yang belum sedarkan diri dan dia juga tidak boleh berada disisi Mika, harapannya sekarang adalah pada Sze Rei. Pandangan matanya masih lagi tertumpu di luar tingkap.

Kopi panas dihirup perlahan sambil pandangannya dilontarkan sejauh mungkin ke arah lampu bangunan yang masih lagi berkelip. Angin sejuk mulai mengigit-gigit tubuhnya rakus, Sze Rei terus duduk di bangku rehat dengan renungan kosong. Insiden yang berlaku tadi dan rentetan video callnya dengan Fiji hari sebelumnya masih lagi bermain dimindanya.

"... look after Mika for me, especially tonight... i've to be here .." kata Fiji sambil menunjukkan Min terbaring koma di atas katil.

"..i'll tell you everything soon,tapi jangan cakap apa dengan Mika.." kata Fiji lagi sebelum mereka menamatkan video call.