Chereads / Selepas itu... / Chapter 15 - Bab 15: Playboy? Kaki Perempuan?

Chapter 15 - Bab 15: Playboy? Kaki Perempuan?

"I had fun with you, and that's that..now you want more?"

Sze Rei bersuara lalu bangun dari kerusi. Wanita yang berada dihadapannya berasa sangat marah dan mula menjerit. Semua pelanggan kafe terkejut dan masing-masing mula berkata-kata. Sze Rei sedikit tidak memperdulikan tantrum wanita tersebut dan terus berjalan menuju ke pintu keluar. Tiba-tiba tidak semena-mena, dia terasa seperti benda keras mengenai bahagian belakang badannya. Dia menoleh dan dilantai kedengaran seperti bunyi ketingan sudu dan piring berderai. Wanita itu telah melemparkan piring kek ke arah Sze Rei dan sisa kek terlekat dibelakangnya tetapi dia tidak mempedulikannya,malah dia terus berjalan keluar. Malique tergamam dengan apa yang dilihat melalui cermin kafe dan mula membuang sisa kek dari badan Sze Rei sebaik dia sampai di hadapan kereta.

Begitulah kehidupan Sze Rei bila ianya berkaitan dengan wanita. Baginya wanita sangat sukar diperolehi tetapi perempuan banyak bersepah. Dia tidak pernah berlaku serius dengan mana-mana wanita kerana kebanyakkan dari mereka rela melontarkan diri dan maruah mereka secara percuma kepadanya. Dia bukannya mengambil kesempatan,tapi kalau dah ada barang free depan mata, tak kan nak menolak? Tetapi ini bukan bermakna dia memandang rendah pada wanita.

"Kes yang mana satu kali ni?" tanya Malique.

" I'm with your baby.." balas Sze Rei.

Malique ketawa kecil dan memandu laju. Mereka perlu berada di set penggambaran tepat jam 11.00 pagi untuk photo shot bagi sebuah iklan berjenama kerana mereka berdua merupakan model yang diupah. Kira-kira 20 minit selepas itu, mereka pun tiba di set penggambaran. Sebaik mereka tiba, krew pnggambaran segera membawa mereka untuk bersiap. Kelihatan beberapa model lain telah pun bersiap dan menunggu arahan dari jurugambar. Apabila Sze Rei dan Malique melangkah masuk ke set, model-model yang ada tunduk hormat dan memberi salam serta sapaan. Bagi mereka ini adalah satu pengalaman yang sangat berharga kerana dapat bekerjasama dengan 2 orang model profesional bertaraf antarabangsa.

"Okay!…we roll again in 20 …" laung PD kepada semua model.

Semua model bergegas meninggalkan set untuk menyalin pakaian dan berehat. Ada yang berkumpul bersama manager dan ada yang mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan Malique. Sze Rei cepat-cepat menghilangkan dirinya dan berjalan keluar dari set. Dia bermundar mandir sendirian di sepanjang laluan penjalan kaki. Sedang di berjalan dia terdengar suara seperti orang sedang bertengkar. Dihadapannya ada 3 orang sedang bertengkar; 2 wanita dan seorang lelaki. Salah seorang dari wanita itu sedang menunjal-nunjal kepala seorang lagi wanita, lelaki dihadpan mereka hanya memerhatikan tanpa cuba menghalang. Tidak cukup dengan itu lelaki itu kelihatan melemparkan sesuatu kepada wanita yang diperlakuan keras. Anehnya, wanita yang satu lagi tidak berbuat apa-apa. Sze Rei terus memerhatikan gelagat mereka. Akhirny, salah seorang dari wanita itu berlari pergi meninggalkan mereka. Sze Rei kembali berjalan sambil matanya tertumpu pada wanita yang sedang berlari itu.

Sampai di sebuah bangku rehat, Sze Rei menanggalkan jaketnya dan meletakkannya ke atas kepala wanita yang sedang tunduk menahan linangan airmata.

"Just cry if you feel like it.." katanya.

Tak lama kemudian kedengaran laungan tangisan dari dalam jaket. Bersungguh-sungguh tangisannya seolah-olah melepaskan semua yang terbukam didadanya. Sze Rei duduk disebelahnya tanpa berkata apa-apa. Dia cuma membiarkan wanita itu melepaskan semua tangisannya, kadangkala menangis tu perlu untuk menenangkan jiwa.

Setelah puas menangis, wanita itu perlahan-lahan mengangkat mukanya keluar dari jaket tetapi dihalang Sze Rei.

" …you did well.." kata Sze Rei sambil mengusap kepala wanita itu dan meletakkan setin minuman sejuk ke dalam genggaman wanita tersebut sebelum beredar.

" Jaket awak..!"wanita itu bersuara.

"Hmmm..pegang dulu..let's get married if we meet again …" balas Sze Rei nakal.

Wanita itu tergamam dan terus ketawa kecil.

" …let's do that.." balasnya sambil melihat kelibat belakang Sze Rei berlalu.

Malique melambaikan tangannya sejurus nampak Sze Rei. Dia berlari anak mendapatkannya.

" where have you been?" tanya Malique.

Sze Rei hanya tersenyum dan mengenyit matanya. Mereka bersama-sama masuk ke dalam studio untuk shot yang seterusnya. Shot hari ini boleh dikatakan sangat menarik kerana Sze Rei tidak berhenti tersenyum. Jurugambar sangat berpuas hati dengan hasil mereka.

Suasana dikelab malam semakin rancak dengan DJDonna. Semua menari seperti dirasuk dengan iringan mixing beat dari DJDonna. Malique dan Sze Rei hanya duduk sofa sambil memerhati persekitaran, sesekali Malique menyuapkan potongan buah-buahan sejuk. Apa boleh buat malam ini agensi model mereka; Phantom membuat celebration untuk semua model mereka dan malam ini juga merupakan malam terakhir Malique dan Sze Rei berada bersama Phantom setelah 5 tahun bersama agensi itu. Malam itu seluruh kelab Kyo happening dengan boost,dance and lights;kiranya kalau nak bercakap memang kena jeritla.

Sedang SzeRei meneguk minumannya, seorang wanita berbaju merah menghampirinya. Dia menghulurkan segelas Classic Daiquiri sambil tersenyum. Sze Rei tidak mengambil gelas wanita itu sambil tersenyum.

"…I'm drivin.." balasnya dengan mukanya menghampiri wajah wanita tersebut.

Wanita itu sedikit teruja apabila jarak antara bibir Sze Rei dan lehernya rapat tetapi bau kuat alcohol dari wanita itu membuat Sze Rei sedikit tidak selesa, dia cepat-cepat mengalihkan mukanya dari wanita itu tetapi dihalang apabila wanita itu memautkan tangannya dikeliling leher Sze Rei dan memeluknya ghairah. Sze Rei meleraikan pautan tangannya dan membetulkan kedudukan badannya di sofa. Wanita itu tidak berputus asa dan mulai menghimpit antara Sze Rei dan Malique. Malique memegang kepalanya sambil menarik topinya hingga menutup separuh dari mukanya. Dia memang tak tahan dengan perangai wanita intoxicated dengan alcohol;mereka akan hilang semua yang terbaik sebagai seorang wanita. Melihat ketidakselesaan Malique, Sze Rei menarik tangan wanita itu menuju ke dance floor yang penuh sesak dengan mereka yang separa mabuk dan kerasukan. Bunyi binggit music mengelilingi suasana dan wanita itu mula menari mengelilingi Sze Rei. Dia mula menyentuh bahu luasnya dan diikuti dengan usapan-usapan liar dibadannya. Tangan wanita itu mula meraba dada kental Sze Rei sambil menari. Sze Rei mengikut rentak music dan sebenarnya secara perlahan dia bergerak meninggalkan wanita tersebut ditengah-tengah dance floor. Malique memerhatikan mereka dari atas dan mula bergerak menuruni tangga apabila melihat Sze Rei beredar.

"Dah,jom challow!" kata Malique sambil memegang bahu Sze Rei.

Sebentar kemudian mereka berada di kedai mamak minum teh tarik dan melahap roti canai. All eyes were at them, mana taknya; seorang macam penyanyi PitBull seorang lagi macam celebrity drakor.

**************************************************************************

" VittaMin Pratacharawatt! Berapa lama lagi ko nak tido?" jerkah Fiji sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam biik wad.

Min membuka matanya perlahan dan memalingkan wajahnya ke arah Fiji. Setelah seminggu, barulah Min tersedar dari komanya dan selama seminggu itu jugalah Fiji tidak pernah meninggalkan Min. Dia tetap setia menunggu,menemani teman baiknya dalam apa jua keadaan. Sebentar kemudian, Min melambai-lambaikan tangannya supaya Fiji datang kepadanya. Sampai sahaja Fiji di hadapan Min, satu tamparan kuat mengenai kepalanya.

" Bodoh!"ucap Min lemah tetapi tamparannya amat berbisa.

Fiji tergelak dan menarik kerusi lalu duduk di sebelah Min. Sebentar kemudian Millie masuk membawa makanan untuk mereka berdua.

"Dah tahu siapa punya angkara Millie?" tanya Fiji sambil mengunyah ketulan ais.

Millie mengangguk tanda ya dan menghulurkan tablet kepadanya.

" Kyaa! Dah jadi menarik kisah ni!?" Fiji membeliakkan matanya dan menunujukkan apa yang dibaca kepada Min.

Min juga bersetuju apabila dia menguntumkan senyuman. Ini bermakna apa yang mereka buat sedang mendatangkan hasil. Petang itu, Fiji bergegas pulang ke tanah air untuk melihat Mika dan melaksanakan perancangan yang seterusnya. Dia berpendapat serangan diterima Mika ada kaitan dengan apa yang berlaku dengan Min. Maknanya Mika perlu tahu apa yang berlaku.