Dia sekali lagi berada di rumah agam itu; di terangi oleh cahaya fairy light, kerlipan lampu-lampu seakan-akan butiran bintang di angkasa, dan suara kegirangan kanak-kanak yang sedang bermain bunga api di taman kecil yang siap dihiasan dengan decoration sambutan tahun baru. Di suatu sudut, berlatar belakangkan percikan bunga api tahun baru, kelihatan sepasang suami isteri sedang tersenyum sambil menyulang gelas minuman mereka ke arahnya. Mereka melambai-lambai supaya dia datang menyertai kegembiraan itu dan seperti magnet, dia berlari anak ke arah mereka.
Tiba-tiba kepulan asap kelabu menyelubungi tempat itu dan bau pekat darah menusuk hidungnya menyebabkan langkahnya terhenti. Semuanya berubah menjadi seperti mimpi ngeri dalam sekelip mata. Pasangan suami isteri yang tadi tersenyum kini rebah tidak bernyawa dengan lumuran darah. Percikan darah mereka membasahi hamparan hijau taman kecil itu. Dia cuba mengheret kakinya dan berlari meninggalkan tempat itu tetapi pemandangannya bertukar dan kini dia berada di dalam sebuah yang sedang terbakar. Di sebuah sudut, kelihatan seorang lelaki dengan sebilah kapak sedang sedia untuk menghayunkannya ke arah 2 orang kanak-kanak yang sedang ketakutan. Lelaki itu kemudian dihalang oleh seorang budak lelaki yang berlari merempuhnya. Rempuhan itu menyebabkan lelaki itu rebah dan kapaknya terlempar jauh. Budak lelaki tadi cuba bangun untuk merampas kapak itu tetapi tenaga seorang dewasa melebihi kudratnya dan menyebabkan budak itu tercampak ke dinding.
Kapak yang tercampak itu kini berada di dalam gengaman lelaki itu dan ini dia berlari panatas menuju ke arah kanak-kanak di sudut itu. Dengan hayunan yang kuat, kapaknya dilemparkan dan mengenai sebuah kerusi. Berang dengan keadaan itu, lelaki itu mendapatkan semula kapaknya dan kali ini budak lelaki tadi menghempaskan sebuah meja kecil kepada lelaki itu. Sasaran budak lelaki itu mengenai kepala lelaki itu menyebabkan dia mengerang kesakitan dan kesempatan itu di ambil untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Tidak sampai beberapa langkah, budak lelaki tadi mengerang kesakitan apabila kepalanya disentap dan ditumbuk, tidak cukup dengan itu dia disepak berulangkali sebelum kakinya ditetak tanpa belas kasihan sebelum dia rebah ke bumi. Raungan kesakitan budak lelaki itu kedengaran di setiap penjuru rumah agam. Salah seorang dari kanak-kanak itu cuba menghentikan lelaki itu dengan mengigit lengan lelaki itu tetapi cubaan itu hanya berjaya untuk seketika. Sekali lagi,kapak di hayunkan dan sekali lagi budak lelaki itu menolaknya.
" Pa!!!" jeritnya.
Kedua-dua kanak-kanak itu berlari sambil menangis dan apabila dia menoleh, Sze Rei ternampak kanak-kanak perempuan itu sedang menangis tanpa henti kerana terlalu takut. Sze Rei mengenggam tangan kecil itu kuat dan berlari dengan sekuat hatinya. Tanpa disedarinya, lelaki tadi berada dihadapannya dan tak semena-mena Sze Rei menjerit kesakitan apabila kapak itu mengenai matanya, dan dalam keadaan itu jugalah dia menolak kanak-kanak perempuan itu ke tangga dengan harapan dia akan terselamat dari lelaki gila itu.
"Doktor, patient bilik VIP!"jerit nurse ke arah Doktor LeRue.
Without any time to lose, Doktor LeRue berlari ke arah Sze Rei yang sedang dalam cardiogenic shock; kadar denyutan jantungnya tidak menentu, dan dia berada dalam keadaan seizure. Suasana bilik itu, bertukar serta merta menjadi medan peperangan. Setelah Sze Rei berjaya distabilkan, Doktor LeRue menyuruh semua petugas meninggalkan bilik itu.Apabila petugas terakhir menutup pintu bilik, Doktor LeRue jatuh melutut di hadapan katil Sze Rei. Dia meneguk air liurnya dan mengesat peluh yang jatuh dari mukanya sambil menggigit lengannya. Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu di bawah katil Sze Rei. Dia menghulurkan tangannya untuk capainya;antibiotik? Dia terus bergegas keluar bersama botol kaca yang dijumpainya.
"Mimi, tolong check nurse mana yang masuk bilik VIP?"pinta Doktor LeRue.
Selepas mengemaskan selimut Sze Rei, Doktor LeRue menghempaskan dirinya ke atas sofa dan menutup matanya after setting his alarm. Dia ingin melelapkan matanya seketika supaya dia ada tenaga untuk terus memantau Sze Rei. Matanya yang masih tertumpu ke arah katil Sze Rei kini menjadi semakin berat dan akhirnya dia pun hilang...
***********************************************************************************************
Doktor LeRue tersedar dari lenanya apabila kedengaran bunyi seperti benda kuat terhempas. Dia pantas bangun apabila melihat pergerakan dari katil; dia terus memecut tanpa menghiraukan kakinya yang tertinggal di sofa.
"Sze Rei.." panggilnya ketika mata Sze Rei sedang berkerdip laju. Nafasnya tercungap-cungap dan jari-jemarinya seperti sedang mencari-cari sesuatu.
Doktor LeRue cuba menenangkan Sze Rei dan dengan bantuan jururawat, Sze Rei dapat ditenangkan. Dia mula bernafas normal dan kembali tidur. Selepas semuanya berakhir, barulah jururawat yang ada perasan akan sesuatu yang berbeza dengan Doktor LeRue; dia sedang berdiri dengan sebelah kaki sahaja. Doktor LeRue tersengih dan melompat menuju ke sofa dan menyarungkan semula prosthetic legnya. Dia kemudian berjalan menuju ke arah mereka sambil mengambil tablet dari nurse Mimi.
Setiba di kaunter, nurse Mimi mengambil semula tablet dan menghulurkan set sarapan kepada Doktor LeRue.
" You need to eat..." katanya.
" I've did what you asked yesterday…and it seems no nurse was entering the room except some peculiar thing did happen… the cctv went bizerk for 30 sec before the seizure…" sambung nurse Mimi.
" …and I heard something bout missing penicillin..." jelasnya lagi.
Doktor LeRue yang masih memegang sarapan dan tersenyum. Belum sempat dia berkata-kata, nurse Mimi segera meninggalkannya.
Dia ingin mencari tempat untuk makan dan membetulkan perspektifnya, tetapi kakinya membawanya ke bilik yang menempatkan Malique. Apabila dia tiba, Malique telah pun bangun dan sedang diperiksa oleh doktor bertugas. Sejurus melihat kelibat Doktor LeRue, wajah Malique berubah; dia ingin bangun tetapi Doktor LeRue dapat mengagak kehendaknya dan segera datang kepadanya.
"Hungry?" ujar Doktor LeRue sambil menunjukkan sarapannya. Mata Malique bersinar.
Semasa makan, dia mendengar cerita Malique tentang apa yang sedang berlaku.
************************************************************************************
" ...sikit lagi Mika.." Fiji menyuakan spoonful of congee kepada Mika.
Mika menggelengkan kepalanya tetapi tetap membuka mulutnya. Bubur hangat itu dipaksa telan walaupun rahang, mulut dan keseluruhan mukanya masih sengal. Tak lama kemudian, satu ciuman kelegaan hinggap di kepalanya. Min mengusap kepala Mika selepas melepaskan kucupannya dan duduk di sofa.
" ..abih aku takde....?" Belum sempat Fiji nak habiskan ayatnya, kusyen kecil mengenai kepalanya.
"..ye..ye...faham.." balas Fiji pasrah.
Aksi kecil itu menyebabkan Mika ketawa kecil sambil menahan kesakitan. Dia tidak sangka yang dia masih hidup lagi untuk melihat gelagat mereka. Dia bersyukur tetapi pada masa yang sama dia berasa bersalah. Dia benar-benar nak lihat Sze Rei,tapi disebabkan keadaan dia sendiri pun tidak menyakinkan,apatah nak pergi melawat wad lain. Sama seperti Mika, Min dan Fiji tidak tahu bagaimana keadaan Sze Rei.
Selepas kedua-dua pergi, Mika bercadang untuk keluar mengambil angin. Dia menyarungkan selipar dan menyusur perlahan keluar dari bilik dan berjalan melalui koridor. Sinaran cahaya matahari yang berbalam-balam sedikit mengembirakan hatinya dan tak lama kemudian dia berada di lobi. Bau harum kopi segar yang baru di brew menarik perhatiannya dan tib-tiba keinginan untuk minum kopi terbit.
Doktor LeRue terhenti seketika dan menoleh, sebentar kemudian dia mula berlari ke arah wanita yang sedang melangkah masuk ke cafe. Dia menarik wanita itu dan memeluknya erat. Nafasnya tercungap-cungap itu dihelakan lega bersama setiap pelukannya.
"…found you..found you..."
Selepas beberapa ketika pelukannya dilepaskan sedikit dan dia tersenyum sambil menyisip anak rambut yang jatuh di dahi Mika. Mika masih tergamam, kaku tidak bergerak dan hanya membeliakkan matanya. Semua yang lalu-lalang hanya memerhatikan dengan desingan bisikan.
"..come..lets go.." ujar Doktor LeRue sambil menarik tangan Mika.
" Apakah?!!" Getus hati Mika yang tidak berupaya melakukan apa-apa kerana tergamam tetapi hanya mengikut Doktor LeRue.
Bilik Malique ditolak, dan Doktor LeRue masih lagi memegang tangan Mika. Malique yang sedang bekerja di laptopnya terhenti apabila melihat Mika. Pada waktu yang sama, Doktor LeRue menarik Malique dar katil dan mengheret mereka berdua keluar.
Pintu lif terbuka dan Doktor LeRue memeriksa ruang dalam lif sebelum menolak Mika dan Malique masuk.Sebelum pintu lif tertutup, dia sempat menjengah luar lif. Doktor LeRue kemudian mengeluarkan handphonenya dan menekan sesuatu dan sebentar kemudian kerlipan merah kamera litar di sudut syilling lift tidak menyala.
" Somebody is trying to kill you guys.." kata Doktor LeRue.
Mika dan Malique terkejut.
"..rempuhan tu bukan kemalangan tapi disengajakan..dan mereka ada di sini juga…they almost kill Sze Rei twice.." sambung Doktor LeRue sambil menunjukkan botol penicillin yang disimpannya.
" Now,tell me who are you before kamera litar hidup semula…?" tanya Doktor LeRue seraya memandang Mika.
Mika terkejut. Dia tidak tahu apa yang patut dijawabnya.
Sesampai di bilik VIP, Sze Rei telah pun terjaga dan sedang berbaring. Dia sempat menguntumkan senyuman dan sebelum dia sempat bersapa, Mika telah pun meluru memeluknya.
" I should get injured more often.." katanya sambil menahan kesakitan dari tekanan pelukan Mika.
Apabila Mika cuba melepaskan diri dari pelukannya, Sze Rei menariknya. Doktor LeRue hanya tersengih dan membantu Sze Rei bersandar.
" …not bad, i just saved adik ipar rupanya.." kata Doktor LeRue.
Mika yang masih keliru akhirnya kini faham apa yang berlaku; Doktor LeRue adalah abang kepada Sze Rei, Malique bukan sahaja pembantunya tetapi rakan karib Sze Rei dan paling penting, dan Doktor LeRue baru sahaja selamatkan dirinya sebentar tadi di cafe.Dia kebetulan sedang mencari Mika dan pada ketika itulah dia ternampak seseorang mencurigakan sedang mengekorinya.