Pang!!
Bunyi tamparan kuat memecah ruang koridor bilik wad. Sze Rei membetulkan pandangannya dan melihat Mika sambil mengulum lidahnya. Bisa tamparan masih terasa tetapi dia tetap tidak menganjakkan penglihatannya dari Mika.
"Cukup-cukuplah dengan gurauan, tapi ni dah terlalu melampau…how could you do that?" marah Mika kepadanya.
Sze Rei memandang Mika buat kali terakhir dan kali ini pandangannya sangat beku, dingin tak ubah seperti mata binatang buas;liar dan kemudian tanpa sebarang kata-kata untuk mempertahankan dirinya.
Itulah kali terakhir Mika melihat Sze Rei.
***************************************************************************************************
Fiji menghulurkan buah epal yang telah siap dikupas kepada Mika.Dia membetulkan lengan bajunya dan mengunyah potongan epal- manis;getus hatinya. Mika pula hampir sukar untuk menghadam apa yang didengarinya.Dia terasa seolah-olah macam nak terburai balik isi perutnya apabila memikirkan apa yang sedang berlaku,semuanya tak ubah macam cerita telenovela jam 7 malam kat TV3.
" ….tapi kenapa?…selama bertahun ni memang kita tengah cuba nak buka balik fail Min..tapi kenapa sekarang situasinya jadi macam ni?..why it is so psyhcotic? This is no longer something kita boleh handle Min!?" tanya Mika.
Fiji merenung wajah Mika ketika menghabiskan kunyahan terakhirnya. Dia menyilangkan tangannya lalu tepat memandang Min seolah-olah mahukan back-up. Min, as usual understand the drill.
"…it started as something I want to dig out; to avange my lost..tapi ia jadi sebaliknya. The more we look into it the more we find Mika..and orang yang sama meletak kita dalam situasi dah buat lebih lagi…"
" How!?" tanya Mika tak puas hati.
Fiji tersenyum lalu mengeluarkan telefonnya. Dia menunjukkan gambar yang ada di paparan skrin.
"…welcome to the brutal death of Tanawatts…Min and the latest is Tanawatt Prachaiwit; datuk Min.."
Mika tergamam.
"Tanawatt Prachaiwit..the Prachaiwit,you mean Tanawatt Group?!!"
Min mengangguk and Fiji second it.
"….not just you Mika, Fiji juga…hampir menjadi arwah,remember the burst at Ghoul?"
Mika membuntangkan matanya dan teringat akan kebakaran itu; 3 pekerja Fiji cedera parah akibat letupan,Ghoul musnah dan Fiji mengalami lecuran kebakaran hampir 5%. Kerugian Ghoul waktu itu sangat tinggi tetapi Fiji tetap bersyukur kerana pekerjanya tidak mengalami permenant disabilities, dan mereka tetap setia bersama Ghoul.
Throw back Mika terhenti apabila Min mengusap kepala Mika sebelum menciumnya.
"Okay, who's hungry? Sebab aku lapar giler and hari ni Mikel buat special menu dia kat Ghoul.." announce Fiji. Min dan Mika seraya mengangkat tangan. Cute; dan hal itu membuatkan Fiji ketawa kecil.
***********************************************************************************************
" Sudah,cukup!!"
Darah merah pekat deras mengalir dari bahagian luka lelaki yang telah tersungkur jatuh. Sipemukul terhenti seketika sambil tersengih, dia sedang berkonflik untuk meneruskannya atau berhenti. Dia mula mengesat lelhan darah dari bibir pecahnya sebelum melanjutkan lagi sesahannya buat kali terakhir dan dia berhenti selepas beberapa tumbukan apabila mangsa tidak bergerak.
".. takpe dia hidup lagi dan akan terus hidup.." balas salah seorang pemerhati yang seakan mahir dengan perubatan.
" Balai?" tanyanya kepada susuk tubuh yang sedang berjalan menuju ke arah mereka.
Malique mengangguk dan sejurus kemudian lelaki yang tidak sedarkan diri itu dibawa keluar dari lorong sempit itu. Kedua mereka mengangguk dan beredar ke arah bertentangan.
"Should we go now?" tanyanya kepada sipemukul.
Sze Rei mengangguk dan berjalan terhencot-hencot mengekori Malique dengan lumuran darah. Dia tersenyum puas tak ubah seperti seekor serigala buas.
Selesai menerima rawatan dan dressing, Sze Rei didatangi oleh beberapa orang detektif dan dikalangan mereka ada lelaki dari lorong sempit;menguntumkan sekilas senyuman. Ternyata Malique telah bergerak pantas untuk menjadikan kejadian tadi sebagai 'serangan' supaya mereka tidak disyaki. Keterangan Sze Rei diambil bersama beberapa keping gambar kecederaan sebagai bukti. Untuk menjadikan suasana lebih menyakinkan Sze Rei telah secara sengaja dislocate bahunya biar kelihatan seperti penyerangnya tiada belas kasihan ketika memukulnya. Sebenarnya tanpa 'kecederaan' tambahan itu,keadaan dan rupanya memang agak teruk kerana dia betul-betul diserang hendap, tetapi pengalamannya memang sangat berguna pada waktu itu.
"Rasanya cukup setakat ini tuan, Sze Rei sudah terlalu letih dan tidak fokus.." ujar Malique kepada detektif yang ada.
Mereka juga mengangguk tanda setuju dan berhenti mengambil keterangan. Setelah bertukar name card dan salaman, detektif-detektif itu pun beredar dari bilik wad VIP. Sze Rei menghela nafas panjang dan menyusur mendapatkan Malique yang sedang berdiri di daun pintu.
".. tai lei, tai tong.." ujarnya sambil berpaut pada bahu Malique. Malique tersenyum dan terus memapah bosnya keluar dari wad lalu menuju ke arah Vellfire hitam yang diparkir dihadapan hospital. Malique tahu yang Sze Rei memang tak selesa terkurung dalam wad jadi dia telah mengaturkan untuknya menerima rawatan selanjutnya secara persendirian di rumahnya.
" Genting.." pinta Sze Rei perlahan.
" Sekarang?!"balas Malique. Sze Rei mengangguk.
Vellfire hitam bersedia untuk memulakan perjalanan tetapi sebelum menyusuri lebuhraya SUKE, kenderaan mewah itu berhenti di Shell untuk refuelling. Malique membiarkan Sze Rei berehat sementara dia mengisi minyak dan membeli beberapa keperluan lain. Setelah berada agak jauh dari kenderaan, dia mengeluarkan telefonnya.
" En Fiji...it's done…"
Fiji meletakkan semula handphonenya dan sambung mengunyah fries. Pinggan steak dihadapannya dihulurkan kepada Min dan Mika. Kedua- duanya tersenyum gembira melihat potongan bite-size daging yang sedia dikunyah. Itu adalah rutin Fiji setiap kali mereka keluar makan steak. Dia akan memotong daging steak untuk Min dan Mika kerana mereka tak tahu bagaimana untuk memotong steak dengan tepat agar juice dan perasanya tidak hilang di kulteri.
"The culprits yang kidnapped and stabbed both of you are found..so, we need to visit the station.." announced Fiji.
Min mengangguk manakala Mika melopong. Pantas pergerakan pasukan keselamatan tempatan dalam menangkap pesalahan jenayah serius dengan hanya beberapa petunjuk, berbeza dengan tindakan pasukan keselamatan Thailand yang ditinggalkan dengan kebuntuan.
Setiba mereka di balai,mereka hampir tidak percaya dengan apa yang mereka lihat, penculik-penculik Min penuh dengan kesan leban, tidak bermaya dari kecederaan pergaduhan atau lebih tepat dipukul di seluruh tubuh mereka.
" Jangan khuatir En Pracharawatt, bukan kami yang melakukan ini. Kami menjumpai mereka seperti ini. " terang detektif Azrail.Min mengangguk sambil mengamati lambakan foto-foto di atas meja.
"Sekarang kami perlukan pengesahan, En Pracharawatt cam mereka yang menculik encik?" tanyanya lagi.
Detektif muda itu tekun menanti jawapan dari Min. Sesekali dia menguntumkan senyuman kepada Mika. Mika membalas senyumannya dan itu membuatkan detektif itu tersipu-sipu,mungkin tidak menyangka yang Mika akan membalas senyumannya. Agaknya berbunga sekejaplah hatinya pada waktu itu.
" …yang itu, mereka berdua.."tunjuk Min kepada foto yang berteberakkan di atas meja. Tak lama kemudian Min mengeluarkan beberapa lagi keping foto untuk diberikan kepada detektif Azrai. Kemudian detektif muda itu menghulurkan beberapa keping gambar lagi untuk mendapatkan kepastian.
" penyerang saya macam mana?" tanya Mika. Detektif Azrail menghela nafasnya sebelum membalas pertanyaan Mika.
" Itu…kita kena ke hospital..penyerang cik sedang menerima rawatan."jelasnya.
"…rawatan?" Mika kehairanan. Detektif Azrail mengangguk dan menunjukkan foto dari handphonenya.
Terkejut Mika dengan apa yang dilihatnya; teruknya! Maknanya mangsa yang diserang adalah 2 kali ganda teruknya.
" Cik jangan terkejut melihat penyerang ini, mangsa yang diserang tidak serius keadaannya, kecederaan ringan dan bahu terkehel.Kedua-dua mereka menerima rawatan di hospital yang sama." terang detektif itu sambil scroll ke foto yang lain.
" …mangsa kali ini seorang lelaki wasian, umur hampir sama seperti En Pracharawatt. Mangsa diserang hendap ketika melalui sebuah lorong sewaktu pulang ke rumah dan mangsa bertindak mempertahankan diri." sambungnya lagi.
Mika tersentak kerana dia amat mengenali mangsa dalam foto itu; Sze Rei! Dia mengambil handphone detektif Azrail dan zoom-in dengan cepatnya foto yang dilihat. Detektif Azrail kehairanan dengan kelakuan Mika.
"Apa cik kenal mangsa ini?" tanyanya. Waktu itu, Mika hanya mengangguk dan meletakkan semula handphone di atas meja.
Mika mula menceritakan segala butiran kepada detektif itu, harapannya biarlah keterangannya dapat membantu siasatan ini. Pada masa yng sama hatinya tidak tenteram apabilamdia teringat tentang foto yang dilihatnya tadi. Fikirannya melayang dan tertanya-tanya akan bagaimana Sze Rei sekarang;adakah semuanya ok atau adakah dia sedang kesakitan atau …bagaimana? Dia benar-benar hendak mencapai handphonenya dan terus menghubungi Sze Rei,tetapi Mika cuba bertahan supaya dia tidak kelihatan desperate.
**************************************************************************************************
"Nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi. Sila tinggalkan pesanan suara sele…."
Mika mematikan suara perempuan yang selalu saja menyahut panggilannya kepada Sze Rei. Dia merasa jelik dengan suara perempuan itu dan semakin marah kepada Sze Rei kerana membenarkan perempuan lain mengangkat handphonenya.
Petang itu, Mika balik awal dari biasa dan Micheal tidak menghalangnya. Dia malah menemankan Mika turun dan memerhatikan dia berlalu.
Langkah Mika terhenti di hadapan crossing. Ramai pejalan kaki sedang menunggu lampu hijau menyala untuk menyeberang jalan menuju ke Primune Mall. Mika juga tidak sedar yang dia telah berjalan sejauh ini dan apabila lampu bertukar hijau, dia dan pejalan kaki yang lain melintas jalan. Dia mempercepatkan langkahnya apabila dia ternampak kelibat susuk seperti Sze Rei. Mika berlari mengejar kelibat itu yang sedang bergerak pantas memasuki 7-eleven. Pintu 7-eleven di tolak ganas dan Mika melangkah masuk sambil mencari-cari Sze Rei di dalamnya.
'Jumpa!'
Mika menarik lengan baju Sze Rei dan menyebabkan dia menoleh. Dia mengangkat mukanya dan melihat Mika berdiri di belakangnya; tercungap-cungap tetapi dia tidak memberikan sebarang ekspresi dan membetulkan face masknya sebelum berlalu pergi Mika tidak berpuas hati dengan tindakan Sze Rei, lalu berlari anak mengejarnya sehingga ke kaunter pembayaran. Setelah Sze Rei selesai membayar, Mika menarik tangannya dan mengheretnya keluar dari kedai. Mereka berjalan beberapa meter sebelum Sze Rei meleraikan tangannya dari pegangan Mika. Pandangannya amat dingin sekali semasa dia menoleh tetapi Mika tetap menarik lengan bajunya. Kali ini, giliran Sze Rei pula mengheret Mika sehingga sampai ke Vellfire hitamnya dan menolak Mika masuk ke dalam.
" Cik Mi.." Malique tidak meneruskan ayatnya bila melihat pintu dihempas Sze Rei sambil merenung Mika tajam. Malique membetulkan kedudukannya dan mula memandu.
" Sa…sakit?" tanya Mika sambil tangannya menyentuh kesan luka dan lebam di mata tetapi dia memberhentikan jari-jari kecil itu dari terus menyentuhnya kerana dia berasa geli sebenarnya.
".. it is none of your business miss.." balasnya tegas dan tiba-tiba satu tamparan kuat menghinggapi pipinya. Sze Rei tersentak.
Ini merupakan kali kedua dia ditampar oleh gadis yang sama. Dia tergamam dan mengangkat mukanya yang dalam mode sedia untuk memaki, tetapi dia terhenti apabila melihat cucuran air mata Mika,yang pada waktu itu sedang tepat memandangnya.
Sze Rei mengendurkan pandangan dan perasaan marahnya untuk seketika. Malique yang terkejut dengan insiden itu cepat- cepat menoleh tetapi tiba-tiba mereka di intersect oleh sebuah kereta Hyundai Elantra dengan laju. Malique hampir hilang kawalan memaut stering kemas. Sze Rei segera menolak Mika yang sedang terkejut ketakutan kembali ke seatnya dan pantas memasang tali pinggang keledar.
"What's wrong Malique?!"tanyanya sambil membetulkan kedudukannya. Dia sempat menoleh dan melihat terdapat sebuah lagi kenderaan meluncur laju menghampiri mereka.
" I don't know!"balasnya sambil tangannya masih ligat memutar stering.
Kereta hitam Hyundai Sonata semakin rakus menghampiri mereka dan hentaman demi hentaman dibuat pada kenderaan yang mereka naiki. Malique masih lagi tegar memegang stering, mengawal kenderaan. Sonata Elantra dihadapan mereka pula seperti kental menghalang laluan dan tidak memberi peluang untuk mereka meloloskan diri. Akhirnya apabila tiba disebuah persimpangan, dari arah kanan sebuah van Venette meluncur laju merempuh mereka. Sze Rei melepaskan tali pinggang keledarnya dan memeluk Mika menghalang hentaman dengan tubuhnya. Kepala Mika didakap ketat ke dadanya dan kemudian semuanya berputar.
Vellfire hitam hilang kawalan, berpusing beberapa kali menghentam pembahagi jalan dan terseret jauh. Saksi yang menyaksikan kemalangan itu terkejut dan tergamam. Laluan menjadi kacau bilau dan trafik menjadi sesak. Dalam kekalutan itu, pemandu kenderaan yang menyebabkan kemalangan hilang dari pandangan puluhan mata dan seperti tiada apa yang berlaku.
Bunyi bising siren anggota keselamatan, keriuhan orang ramai dan kerlipan lampu kamera menyelubungi malam itu. Katiga-tiga mangsa kemalangan dibawa keluar dari loakasi kemalangan menuju ke hospital berdekatan untuk rawatan.
" En Vittamin..kami ada berita, jadi harap encik bersabar.." ujar detektif Azrail.
Min meletakan cangkir kopinya dan bergegas keluar dari pejabatnya tenang. Dia segera mencekak kolar Fiji dihadapan kaunter dan mengheretnya memasuki lif tanpa bersuara. Fiji tidak faham dengan tindakannya hanya mengikut.
" Mika.." ujar Min ringkas. Fiji memalingkan mukanya dan apabila tiba di basement,kereta dipacu laju menuju ke hospital.
Kedua mereka langsung tidak bercakap dan hanya mendiamkan diri sehingga tiba di hospital. Di hospital, detektif Azrail telah sedia menunggu mereka di lobby. Sambil berjalan dia menunjukkan gambar kejadian. Fiji menghela nafas panjang dan Min memejamkan matanya setiap kali gambar bertukar.
" Mika?"tanya Min.
" …dia tidak parah dan sedang dirawat, tetapi penyelamatnya parah and still in there.." balas detektif Azrail sambil menunjuknke arah Operation Theater yang masih merah.
" Sze Rei dan pembantunya, Malique.." terang detektif Azrail sebelum Fiji sempat mencelah.
Tiba-tiba bilik bedah menjadi riuh, tekanan darah Sze Rei menurun dan degupan jantungnya tidak menentu. Dia seolah-olah menolak semua prosedur yang sedang dijalankan.
" He's not breathing! " laung salah seorang surgeon sambil menekan dada Sze Rei.
Tidak cukup dengan itu, mesin defibrillator dihidupkan dan doktor segera membuat renjatan untuk memulihkan degupan jantungnya. Sze Rei sedang mengalami aritmia jantung semasa pembedahan dan di tambah lagi dengan kehadiran gelembung udara di salur arterinya. Jika tidak dirawat, mereka mungkin akan kehilangan Sze Rei. Pelbagai kaedah dilakukan dan akhirnya mereka dapat menstabilkan Sze Rei dan pembedahan diteruskan. Di bilik bersebelahan, pembedahan Malique telah pun selesai. Berbanding Malique, impak kecederaan Sze Rei jauh lebih serius kerana dia menggunakan tubuhnya sebagai perisai menghalang hentaman dari mengenai Mika. Setelah 6 jam,pembedahan Sze Rei selesai dia telah pindahkan ke wad CCU untuk dipantau. Kini, apa yang ditunggu ialah untuk Sze Rei sedar.
Beberapa jam selepas pembedahan Sze Rei, Mika mula tersedar dan dalam keadaan lemah dia cuba mencari Sze Rei sekelilingnya. Min menyambut tangan Mika sementara Fiji memanggil doktor.
" Femur,tibia,rib..you name it.. he really hurt himself …to save patient room 435.." ujar nurse bertugas kepada Doktor LeRue, surgeon yang bertanggungjawab atas pembedahan Sze Rei.
"..but doc, why did you barged in the OP just now..you just landed.."tanya nurse itu lagi.
"He's my baby brother.." balasnya sambil membetulkn selimut Sze Rei.
Nurse itu tergamam dan bersimpati dengan apa yang didengarnya sambil memegang tangan Doktor LeRue. Doktor LeRue tersenyum. Dia kemudian meninggalkan wad CCU dan menuju ke wad Malique. Dia bersyukur kerana dapat menjalankan 2 pembedahan untuk menyelamatkan adik-adiknya walaupun dia tahu yang dia akan dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak mengikut prosedur,tetapi baginya dapat menyelamatkan nyawa mereka jauh lebih penting dari semua tindakan yang bakal dihadapi nanti.
"Ge…" panggil Malique lemah apabila dia melihat Doktor LeRue dihadapannya.
" …sakit…" rengek Malique persis budak kecil. Dia kenal Malique, dia tidak akan merengek kesakitan sekiranya ia tidak menyakitkan, dan kali ini dia betul-betul dalam kesakitan.
" shhh..i know..you did good baby bro…now, try to sleep..i promise esok dah tak sakit,ok.." pujuk Doktor LeRue sambil mengusap kepala Malique.
Seperti kanak- kanak, Malique mengangguk lemah dan menutup matanya. Nafasnya agak tersekat- sekat menahan kesakitan. Kesan bius semakin menghilang dan kesan tusukan bisa semakin terasa. Doktor LeRue memeriksa IV drip dan beberapa mesin bantuan disekeliling Malique. Dia masih menggunakan bantuan oksigen pernafasan kesan impak hentakan di tulang claviclenya. Sebelum meninggalkan nya, Doktor LeRue mengemaskan selimut Malique sama seperti apa yang dibuat terhadap Sze Rei.