Chereads / Mastalker / Chapter 2 - Bab 2

Chapter 2 - Bab 2

Saat aku mahu sahaja keluar daripada kelas, ada seorang perempuan menghalang aku di pintu hadapan. Aku tak tahu mengapa tetapi melihat dia membuatkan aku luluh semangat. Bukan sebab apa, sebab aku agak pasrah."Erm…siapa kau ni?"Aduh, sampai dialek kedah akupun luluh nampaknya. Aku agak terkejut jugalah, rasa macam sakit hati bila tengok dia ni.

"Hahaha. Kes apalah ubah habis dialek Kedah hang tu. Aik, bukan kita kawan ka."Tengok, dia kalau boleh nak friendzone aku. "Kan kita pernah sekelas semasa tingkatan 3."Aku rasa ini pertama kalinya aku mendengar suara perempuan ini sembang rancak.

"Siapa eik? Aku tak ingat sangat orang perempuan."Aku terpaksa menipu juga sebab nak move on.

"Aku ni pernah kawan dengan hang masa sekolah rendah dulu. Aduh, takkanlah tak ingat. Fasha nama aku Fasha."Aku tak tahu kenapa tetapi dia seperti cuba melupakan waktu aku confess dekat dia baru-baru ni.

"Oh, Fasha."Aduh, kalau boleh memang aku nak lupakan dia tetapi aku kena cari cara untuk melepaskan diri daripada dia."Aduh macam mana aku boleh lupa hang Fasha."

"Nampak sangat hang tak ingat aku. Nama aku Raishalah."

"Nama hang mana satu ni. Raisha ka Fasha. Aku confuselah."

"Panggil saja mana-mana satu. Sebab nama aku Nur Fasha Raisha. Jadi hang ni memang tak berubah daripada dulu noh."

"Erm… maksud hang."

"Perangai pemalu hang dengan perempuan tak boleh nak go." Aduh, dia ni memang stalk aku ka? "Oh aku baru ingat nak minta nombor telefon hang. Boleh bagi dak. Nanti bolehlah aku call hang." Aik apasal dia nak nombor telefon aku pula. Lebih baik aku waspada.

"Sorrylah aku kena lekas ni. Nak kena buat NILAM." Entah kenapa aku rasakan naluri tak baik daripada dia. Jadi, dengan segera aku mengelakkan diri daripada perempuan itu. Sekarang objektif aku adalah dengan perempuan lain bukan dengan dia. Terperanjat juga aku bila dia yang datang padaku. Paling takpun dia macam tak ingat masa aku confess dekat dia haritu. Mungkin betul, orang kata perempuan ini kadang-kadang agak menakutkan.

"Kelas mana ya?"

"Oh, erm… kelas 4-B."

"Dekat sudut NILAM ye."Tatkala aku menghadap kaunter pustakawan berada. Aku mula nampak carta organisasi dan beberapa gambar pelajar pada carta tersebut dan aku mendapati memang betul gadis yang aku cari ada di sini. Mungkin ini adalah suatu petunjuk baharu kepadaku. Jadi, lepas ni tempat melepak aku yang seterusnya adalah di perpustakaan sekolahlah. Hebat juga aku dalam Hari pertama dah ada peningkatan.

"Oi, Lan apa yang hang mengelamun lagi. Buat cepat NILAM tu."Entah kenapa, Iman menganggu lamunanku. Aku tak sedar pula yang aku dah ada di sudut NILAM. Tak pernah-pernah jadi macam ni sebelum ni.

"Oh, ya ka. Aku macam dapat ilham tadi. Hahaha."

"Ilham apa, bukupun hang tak ambil lagi. Peliklah hang ni."

"Hahaha…" Aduhai lebih baik aku tak cakap lebih banyak lagi. Kalua tak, boleh bocor apa yang aku nak buat nanti. Pensel diambil dan buku cerita fiksyen ditarik dari rak buku berdekatan. Tulis maklumat berkenaan lepas tu salin synopsis daripada belakang buku cerita tersebut. "Ok siap. Sekarang bolehlah bersenang lenang."

"Lajunya. Maih sini aku nak tiru." Amin tak habis-habis nak tiru kerja NILAM aku. Mana taknya dia tak rajin nak cari synopsis dekat buku cerita. Dia kata dia nak easy life sahaja

"Nah. Bilalah hang nak berubah ni."

"Entahlah, tengok kalau keadaan mengizinkan."

Aku terus meninggalkan bukuku bersamanya dan melihat keadaan sekeliling. Uish, semak jugalah perpustakaan ni. Mengingatkan perpustakaan ini membuatkan aku mendapat ilham yang mungkin dapat selesaikan tugasan ini.

Beberapa minit telahpun berlalu, dan kelas Bahasa Malaysia pun tamat. Sekarang bolehlah pulang ke rumah. Mungkin aku akan dapat beberapa maklumat daripada pustakawan ini. "Puan, kenal tak siapa yang ada di carta organisasi tu."

"Oh, kenal sangat. Itukan tampuk kepimpinan perpustakaan ini."

"Ya. Saya tahulah yang tu…"

"Lan buat apa dekat situ. Nak pinjam buku ka?" Alamak pengacau dah datang, Amin yang tadi berada di luar masuk kembali ke dalam perpustakaan.

"Maaf ya saya ganggu." Kemudian aku mengalih pandangan kearah Amin dan menjawab.

"Daklah. saja ja sembang dengan puan ni." Aku terus bergegas keluar dan masuk kelas.

"Aduh ingat ka aku boleh join sekali. Tadi sembang apa." Amin masih lagi bertanya-tanya kepadaku apa yang aku buat tadi. Mungkin aku boleh jawab benda ni kepada dia.

"Oh, sebenarnya saja ja tanya macam mana nak move on cam tu ja. Hahaha…" Dia memandangku dengan wajah yang terkejut.

"Aku faham, sebagai kawan baik hang akulah yang sepatutnya membantu hang." Entah kenapa aku dengar yang nada dia macam dalam cerita drama pula.

Sekarang kami bolehlah pulang ke rumah masing-masing. Aku selalunya pulang lambat sedikit daripada yang lain kerana asyik buat kerja rumah yang guru berikan. Kerapnya aku akan menghabiskan dahulu semuanya sebelum pulang. Aku nak tangan aku bebas daripada pegang buku dari sekolah kalau duduk di rumah.

Beberapa minit telahpun berlalu, dan aku telahpun menyiapkan semua kerja rumah yang diberikan. Kemudian, aku melihat keadaan sekeliling kelas. Terkejut juga aku melihat keadaan kelas yang tunggang-terbalik. Alang-alang dah nampak mungkin aku boleh kemas kot. Nilah masalah kalau tak boleh nak melawan nafsu rajin terlajak.

"OK, settle dah." Sekarang barulah boleh balik. Bila dilihat pada jam tangan sekarang sudahpun masuk jam 4 petang. Alahai lambat dah ni. Habislah aku nak tengok cerita kegemaran aku di televisyen. Tatkala, aku keluar daripada kelas. Aku ternampak pula seorang pelajar perempuan sedang berjalan ke sana ke sini sepertinya mencari sesuatu.

Aku tak nak mengabaikan orang yang meminta pertolongan jadi akupun terus menyapanya. "Hang tengah cari apa ni bolehlah bagi tahu kat aku. Mungkin boleh tolong ka."

Dia memandang ku sambil berfikir sejenak. Melihat wajahnya agak serupa dengan perempuan yang aku cari-cari. "Pagi tadi kami jatuh dekat tempat ni. Ada nampak kertas yang ada lukisan tak?" Jadi dia tengah cari komik yang dia lukis tulah.

"Kertas tu ada lukisan apa padanya."

"Kalau tak silap lukisan kartun. Macam lawak kampus tu." Jadi, betullah dia punya komik tu.

Aku mengeluarkan lukisan tersebut daripada beg aku dan bertanya. "Lukisan tu macam ni ka?"

"Ha, macam tu. Kat mana hangpa jumpa tu." Nak cakap ka tidak. Lebih baik tak payahlah.

"Oh masa rehat pagi tadi adalah jumpa dekat ngan kelas. Sebab tu ambil ni takut ada orang pijak ka apa. Rosak pula kertas ni."Aku memberikan kembali kepadanya kertas bersaiz A4 tersebut.

Dia melihat pada kertas tersebut dan agak teruja ketika melihatnya. "Hangpa ka yang buat ni." Dia menunjukkan padaku kertas tersebut. Aku mengangguk. "Tapi kenapa?"

"Oh sajalah, aku memang tak boleh tengok kalau sesuatu benda tak sempurna dekat mataku."

"Tolong jadi pembantu kami. Kalau boleh." Aku tak sangka yang peluang ini akan terjadi. Terkejut jugalah tapi kenapa suasana ni macam suasana orang meluahkan perasaan sahaja. Aku berbalik kepada realiti.

"Hahaha… tapi tidak."

"Sebab apa. Tolong bagi tahu 10 penjelasan." Aduh dia suruh aku bagi tahu pula banyak penjelasan tu. Nampaknya dia masih lagi tak berputus-asa untuk menyuruhku jadi pembantunya.

"Deadline dia bila?"

"Hahaha. Minggu depan." Nampaknya mungkin sempat aku korek data daripadanya dalam tempoh ni.

"Nak hantar berapa banyak?"

"Dalam 30 muka surat tapi sekarang baru 2 muka surat." Dia tersenyum. Alahai, aku tak tahu aku tengah stalk perempuan yang betul ka tidak ni.

Aku menghela nafasku perlahan-lahan. "Baiklah, tapi nak buat dekat mana ni."

"Kita pergi perpustakaan daerah." Pilihan yang tepat. "Jadi dalam pukul 5 petang ni dah ada di sanalah." Alamak, dia ganggu siaran yang aku nak tengok pula.

"Sebelum tu, apa nama hang?"

"Yana. Nama kami Ilyana Iman binti Muhammad Imran. Hangpa?"

"Oh panggil ja Lan."