Aku terus menarik Amin dekat denganku lalu membisik. "Apa yang dah jadi ni?" dia terus membalas.
"Takkan hang tak tau yang gosip tentang hang dengan Yana budak kelas sebelah dah tersebar luas. Apa hang tak tahu ka dengan gambar ni?" Dia tunjuk artikel yang ada gambar aku dan Yana di dalamnya semasa kami makan di restoran makanan segera kelmarin. Tak guna ada orang stalk aku tapi siapa.
"Oh, hang tau tak sapa yang buat artikel ni."
"Tak salah aku geng kelab surat khabar kot yang buat ni. Kat artikel ni ada tulis nama kelab depa."
"Ok, thanks sebab tolong bagi tau."Aku tak tahulah lepas ni nak jadi apa padaku. Apasal apa yang aku buat banyak yang jadi viral ni. Aduh, siapalah yang aku tengah bermusuh sekarang ni. Padahal itu adalah fitnah semata-mata sahaja. Sebaik sahaja waktu rehatpun tiba, aku terus menemui salah seorang daripada rakanku, Khabar. Dia salah seorang anggota kelab surat khabar sekolah.
"Apa yang hang nak ni."
"Itulah aku nak bagi tau ni."
"Aku harap benda ni penting. Mak cik, tolong ambilkan lauk yang tu yah!" Lauk ayam goreng diletakkan ke dalam pinggan Khabar. Kami duduk di meja yang berdekatan, Khabar makan nasi sambal berlaukkan ayam goreng manakala aku hanya memesan air sejuk. "Jadi apa dia?"
"Sebenarnya yang ni." Aku mengeluarkan artikel berkenaan dengan kes aku dengan Yana. "Boleh hang jelaskan pasal ni?"
"Hmm… artikel ni, bukan artikel rasmi ni. Ni mesti untuk prank ataupun nak merosakkan nama hang ja ni. Lagi satu, dia merosakkan nama kelab surat khabar sekolah juga. Aku tak boleh biarkan benda ni terjadi. Sebagai bakal pengerusi kelab surat khabar aku takkan biarkan bend ini terjadi lagi." Fuh, dia berpidato pula. Aku berikan sedikit tepukan, walaupun agak sedikit hambar di tengah-tengah kantin ni. "Terima kasih."
"Jadi, macam mana dengan artikel ni."
"Oh, pasal tu beri aku sedikit masa untuk edit artikel baharu. Dalam minggu depan bolehlah siap."
"Uish, lamanya. Sempat aku kena kecam dulu semasa hang buat tu."
"Taklah. Dalam keesokan hari, aku boleh jamin yang artikel ni akan dilupuskan. Hang jangan risau sangatlah. Lagipun masa seminggu tu untuk usulkan idea kepada mesyuarat guru-guru nanti."
"Oh, macam tu ka?"
"Ha. Macam tulah. Nak air sikit."
"Ambillah." Dia terus meneguk cawan air sejuk yang aku pesan tadi.
Dalam perjalanan aku ke kelas, aku ternampak Yana yang baharu sahaja keluar daripada perpustakaan. Dia melambai-lambai kepadaku apabila nampak. Aku risaulah netizen nak kata apa bila tengok kami berdua sembang. Khabar menyuruhku pergi berjumpanya terlebih dahulu, sementara dia mengikut jalan lain untuk ke kelasnya, kelas E.
"Ada apa ni?" Mungkin dia nak tanya pasal artikel tu.
"Petang ni tempat biasa ya." Oh, kerja dia tak siap lagi ni.
"Ok. Yang tu ja ka?" Dia mengangguk.
"Kena jaga personaliti dekat sekolah. Paham-pahamlah." Dia bercakap dengan nada berbisik. "Bye." Dia kemudiannya terus beredar. Apasal dia rileks saja pasal artikel yang tertular tu.
"Oh, jadi macam mana dengan prestasi hang?" Aku agak terkejut apabila orang yang tak aku duga datang lagi.
Aku terus berjalan menuju ke dalam kelas. Malangnya dia tetap mengikutiku masuk dan menarik kerusi meja sebelahku untuk duduk di tepiku. Aku membawa keluar buku, namun dia mengambil buku tersebut. Aku menghela nafas panjang terlebih dahulu.
"Apa yang kau nak ni." Sekali lagi luluh habis loghat Kedah aku.
"Hahaha… memang bila cakap dengan aku loghat hang memang akan luluh ka?"
"Taklah. Memang sengaja tu." Walauapapun aku kena elakkan diri daripada dia. Trauma tu memang susah nak buatkan aku move on.
"Walauapapun, good luck yah." Dia tersenyum dan terus bangun dan keluar daripada kelas ku. Aku tak tahu kenapa tetapi macam dia memang bahaya buat masa sekarang. Dalam masa yang sama, Amin dan pelajar lelaki yang lain masuk ke dalam kelas. Dia berhenti padaku dan bertanyakan pasal Fasha yang datang tadi.
"Takkanlah dia datang kat hang? Apa yang dia nak. Gila betul. Dahlah haritu dia reject hang."
"Bukan macam tu. Kan aku dah kata yang aku ni kena friendzone."
"Hahaha… kiranya dia kawan hanglah?" aku menggeleng.
"Tak mahulah aku. Peluang hanya datang sekali sahaja. Kali kedua mungkin lambat lagi. Lagipun aku tengok dia dah bahagia tanpa aku."
"Aceh, sembang konon. Dahlah bersiap nak kena pergi lab kan sekarang."
"Ok, baik." Sebaik sahaja sesi pembelajaran di sekolah pada hari ini, aku terus pulang untuk bersiap ke perpustakaan.
Jam 4.15 petang, aku tiba di perpustakaan daerah. Pintu dibuka dan kaki dijejakkan ke dalam. Norma baharu jangan dilupakan juga. Setelah melakukan apa yang patut, aku terus mencarinya di dalam.
Nampaknya, dia tengah tertidur sambil sebelah tangannya memegang sekeping artikel berkenaan gosip kami. Apa perasaan dia bila tahu pasal ni. Entahlah, lebih baik aku jangan bagi dia panik. Kalau tak susah misi ni jadinya.
Aku terus menarik kerusi yang berada di hadapannya lalu duduk. Tatkala itu, dia mulai sedar daripada lamunan mimpinya tetapi macam kelihatan terkejut seperti jatuh daripada tempat tinggi ja aku nampak. Aku ketawa sedikit tetapi tahan, apabila dia memandangku dengan matanya yang merah.
"Kami pergi tandas kejap yah." Dia memakai kaca matanya terlebih dahulu sebelum bergerak ke tandas. Kasihan dia, mungkin letih kot.
Sementara itu, kertas mulai diperiksa satu per satu dan aku mula mengedit lakaran yang dia lukis sedikit demi sedikit.
Tak lama kemudian, Yana datang kembali dalam keadaan yang segar. Mungkin ngantuk dia dah hilang kot.
"Wah, separuh dah siap! Kalau macam ni cepatlah boleh hantar." Aku hanya mampu tersenyum sedikit.
"Rasanya tinggal lagi berapa muka surat ni?"
"Hmm… jika dilihat lagi mungkin dalam belasan muka surat lagi. Lagi dua ke tiga hari bolehlah siap." Dia terus menyambung melukis.
"Oh, jadi tempoh ada lagi dalam 5 hari ka macam mana?"
"Insyaallah, sempat. Kalau kita buat ni tak berhenti."
"Tulahkan, tapi siapa yang buat artikel pasal kita tu memang tak eloklah. Macam kena stalkpun ada." Aku tak tahu yang aku terlepas cakap sesuatu yang sensitif sehinggakan menyebabkan pensel yang ada di tangannya terlepas daripada genggamannya.
"Oh pasal yang ni ka?" Dia tunjuk padaku artikel tersebut tetapi nada suaranya agak sedikit kasar. "Kalau hang nak tahu, aku ni sebenarnya tak kisahpun." Dia menjegilkan matanya. "Lebih baik kalau hang tau sapa buat, jangan buat benda ni. Kalau tak, benda yang tak diinginkan akan terjadi." Tak seperti yang aku duga yang ini adalah karakter dia di sisi yang lain.
"Yana. Awak Ok tak?" Aku cuba tenangkan dia.
"Oh, maaf! Terhasut dengan perasaan tadi. Harap hangpa tak terlalu ambil perasaan apa yang dah jadi tadi." Dia berubah kepada asal kembali.
"OK. Baik." Dalam hati aku rasa sedikit cuak. Gila tak cuak mungkin dia ni psycho atau apa entah.
"Ayuhlah sambung."
"Ha. Ok bos." Entah kenapa dia menjadi ceria pula. Aku kena tenang, kenyataan lebih susah untuk ditelani daripada pembohongan. Aku harap tak ada apa-apa yang berlakulah sepanjang misi aku ni.
"Akhirnya, boleh pulang dah." Aku melihat pada jam di telefon dan mendapati yang sekarang sudah hampir masuk jam 6 petang. "Aku nak pergi solat dulu. Hang kalau nak balik dulupun tak apa." Dia mengangguk sambil mengemas barang-barangnya.
Entah kenapa firasat aku kurang enak apabila bersama dengan perempuan tu. Aku masuk ke dalam ruang untuk solat yang taklah sebesar mana. Wuduk diambil dan solat asar dikerjakan. Seusai solat, aku menuju ke meja tadi kembali untuk mengambil barangan. Setibanya di tempat tersebut, aku ternampak yang Yana tengah memegang buku nota kecilku yang ada maklumat tentang dirinya. Macam mana aku boleh lupa yang aku ada tinggal benda tu dekat situ. Apa yang nak jadi ni.
"So, yang ni apa dia?" Suaranya agak tegas kali ni.
"Sebenarnya…"