Chereads / Ada Orang Tak Kat Sini? / Chapter 2 - Apakah?

Chapter 2 - Apakah?

"Dik, abang takde masa la nak dengar adik mengarut ni. Panggil Kambela sekarang." Bago tidak mempercayai kata-kata budak itu. 

"Kalau abang tak percaya, cuba abang panggil Kambela dari sini, tengok dia dengar tak suara abang."

Selepas beberapa kali Bago memanggil sendiri Kambela kerana dia sudah malas untuk melayan karenah budak itu, ternyata budak itu menipu. Kambela datang kepada Bago dari dapur setelah mendengar panggilannya. Tanpa Bago sedari juga, budak tadi telah hilang dari pandangannya. 

"Ha Bago, kau nak apa? Nak tambah order ke?" tanya Kambela. Seorang Mak cik yang hampir mencecah 40-an.

Dah agak dah budak tu menipu, entah ke mana menghilang budak tu, takut la tu kena marah dengan aku. 

"Eh, tak Kambela, saya nak tanya kenapa saya tak boleh bangun dari kerusi saya. Rasa macam terlekat pulak dengan gam." 

"Mana ada gam Bago. Gam tak boleh buat macam ni," Kambela menjawab. 

"Habis tu kenapa boleh jadi macam ni Kambela oi. Eh jap…" Bago terpaku, jawapan yang diterimanya hampir sama dengan jawapan yang diberi kan budak sebelum ini. 

"Kenapa Bago? Tak percaya lagi yang kau dah jadi hantu? Masa aku cakap dalam bentuk budak kau tak percaya, dah jadi orang dewasa ni baru kau nak percaya?" kata Kambela. 

Apa hal Kambela pun mengarut ni? Memang semua orang jadi tak betul ke? Ke aku tengah mimpi ni? 

"Cuba tengok tu, Kambela ada je kat dapur tu, tengah masak," Kambela yang berada di hadapan Bago menunjukkan susuk tubuh Kambela di dapur. 

Bago pening. Terdapat dua Kambela pada masa kini. Bahkan ia hanya menjadikan dia semakin hairan dengan kenyataan budak tadi. Fakta di mana budak tadi berubah menjadi Kambela lebih ditakutinya. Bukannya kerana Kambela yang mengatakan dia sudah menjadi hantu. 

"Jap, kalau aku hantu. Kau apa?" Bago bertanya untuk lari sebentar dari kenyataan dia sebagai hantu. 

"Aku utnah." kata Kambela palsu. 

"Ha? Apa benda pulak tu? Oh, nama kau ke?" Bago tidak mengerti. 

"Tak, dia manusia, kau hantu, aku utnah." kata Kambela sambil menunjukkan ke arah perempuan di hadapan Bago. 

"Apakah…?" Bago pening.