"Lollipop itu amat manis, ruginya jika dibiarkan di tanah begitu sahaja," tanpa perasaan takut, terkejut mahupun sedih, ayah Pudina mula menghisap kepala anaknya di tanah yang sudah berubah menjadi lollipop.
"Slup…Slup…"
"Argh…arghhhhh!" Bago menjerit ketakutan melihat pemandangan aneh itu. Dia cuba lari tetapi tidak dapat bangun dari kerusi tersebut. Dia cuba menggerakkan kerusi namun gagal.
"Hahaha! Kenapa kau takut? Adakah kau terlalu buta untuk menikmati pemandangan yang indah ini?" kata Ogab yang ketawa keriangan.
Riak muka Bago semakin jelas menunjukkan ketakutannya melihat Ogab yang ketawa seperti psikopat.
"Hahaha…ha…ha… ehm, jadi? Kau rasa kau dah selesaikan ujian ni?" Ogab berhenti ketawa.
"H-ha? Kau fikir lagi pasal ujian? Kau tak nampak ke apa jadi depan mata kau? Pasal ujian tu aku dah selesaikan! Aku dah laksanakan tanggungjawab aku untuk cari lollipop yang lelaki tu nak!" Bago berteriak.
"Oh…jadi, bangun lah dan pergi balik ke rumah kau… jikalau kau rasa kau dah selesaikan ujian yang bertemakan tanggungjawab ini," kata Ogab.
"Tapi aku tak boleh-" sedang dia cuba untuk menunjukkan dia masih terlekat di kerusi itu, tiba-tiba Bago berjaya untuk bangun.
Tapi… tadi tak boleh… Argh tak kesah la!
Bago berlari keluar Kedai Makan Kambela dengan sedaya upayanya. Dia mengerahkan tenaga untuk menjauhkan diri daripada segala kejadian pelik yang dialaminya.
"Huh! Huh! Huh!" Bago berlari di atas jalan tar sambil tercungap-cungap mengambil nafas.
"DUP! DUP!"
"ERGH! HUK! HUK!"
Sedang dia berlari, jantungnya berdegup kencang menyebarkan kesakitan yang melampau. Bago terbaring keseorangan di atas jalan sambil mengeluarkan batuk berdarah.
"Tk! Tk! Tk!"
Bunyi tapak kaki menyelubungi jalan yang sunyi itu.
"Bago…Bago…"
Dengan sedikit kudrat yang dikuasainya, dia cuba menjelaskan pandangannya untuk melihat badan kepada suara tersebut.
Kambela…eh… Ogab…
Kelihatan susuk tubuh Kambela, tetapi dia pasti itu adalah Ogab yang merupakan punca kepada Pelbagai kejadian aneh yang menimpanya.
"Malang sekali buat kau Bago, kau gagal ujian pertama hahaha!"