Wah... Nyamannya baring di sini. Seperti bangun dari mimpi yang ngeri. Fikir Bago di dalam mindanya.
Matanya dibuka apabila sinar mentari dirasainya. Kepanasan yang lembut seperti sentuhan penyembuh kepada kepenatan. Selimutnya ditarik semula ke atas tanda dia mahu melanjutkan masa bersama tempat kayangannya.
"Bago! Bago! Bangun Bago!"
"Ha...? Siapa...?" matanya dibuka dengan berat untuk mengintai gerangan yang mengejutnya.
Sosok tubuh Kambela muncul di hadapan mukanya. Tapi bukan Kambela yang diingati dalam fikirannya. Orang yang terlintas ialah Ogab. Asal matanya sepet kepenatan, kini terbeliak ketakutan.
"Ahhhh! Kau! Kenapa kau di sini?" jerit Bago.
"Hahaha! Macam tu kau layan orang yang selamatkan nyawa kau?" kata Ogab.
"Ha? Bila masa kau selamatkan nyawa aku? Bukan kau ke yang nak aku mati?" kata Bago.
"Hm, ada betulnya jugak hahaha! Tapi, seperti yang kau tahu, kau telah gagal ujian pertama, kini masuk ke ujian kedua!" kata Ogab dengan kuat.
"Ha? Macam mana aku boleh pergi ujian kedua kalau gagal ujian pertama?" tanya Bago.
"Hahaha! Daripada tujuh ujian yang perlu kau lalui, kau perlukan majoriti untuk lulus atau gagal. Maknanya, jika kau lulus 4 ujian, kau lulus, dan jika kau gagal 4 ujian, kau gagal!" jelas Ogab.