"Tapi, masa berlalu, dan kau masih belum lalui ujian pertama. Jadi, baik kita lupakan dulu bahagian pengenalan ni…dan nak memudahkan komunikasi antara kita, kau boleh panggil aku Ogab."
Ha? Aku masih tak faham apa-apa… Tapi apa boleh buat, ikut je lah apa yang dia cakap…ujian? Ujian apa pulak…
"Oh, baik…" kata Bago.
Ogab? Dia terbalikkan nama aku je… memang kerja dia ni terbalikkan perkataan je ke…
"Macam mana kau boleh terlekat dekat kerusi tu?" tanya Ogab.
"Aih, kalau aku tau aku tak minta tolong oi," Bago kata dengan nada sindiran.
"Aduh kau ni, macam biasa lah aku nak tarik perhatian kau dengan tanya soalan dulu…cuba sporting sikit," kata Ogab.
"Ha? Tak kesah lah, aku nak balik cepat sekarang ni, straight to the point je lah!" Bago meninggikan suaranya sedikit.
"Aduh, ya lah, ya lah, tak sporting langsung hmph…aku pun tak tau sebenarnya…Hahaha!" Ogab yang menyerupai Kambela ketawa.
"Kau jangan macam-macam hantu. Aku bagi kaki kang," Bago marah.
"Hahaha, nak buat lawak sikit pun tak boleh, apa lah manusia ni, eh hantu hahaha!"
"Eiii! Geram aku!" Bago cuba untuk menangkap Ogab akibat rasa geramnya namun Ogab sempat mengelak.
"Takut aku, guru je hahaha…, setiap ujian ada tema, dan aku akan bagi petunjuk dari semasa ke semasa, setakat tu je aku boleh tolong kau ha…" kata Ogab, "Tema untuk ujian pertama ni adalah tanggungjawab!"
"Tema? Petunjuk? Tanggungjawab?" terlalu banyak maklumat penting yang Bago terima sehingga dia merasa dirinya hilang arah seketika.
"Ya, betul! Jadi, sekarang cuba kau selesaikan konflik kau dekat sini dengan merujuk tema tanggungjawab."
Ni rancangan hiburan ke? Ke reality show… Ada tema pulak…
"Ke ni prank? Mesti prank kan? Kau mesti pelakon kan? Dengan perempuan ni sekali, entah-entah Kambela pun- Huk! Huk!" sebelum sempat Bago menghabiskan ayatnya, dia mengeluarkan batuk berdarah.
H-ha? D-darah…darah?
Bago melihat kesan darah pada tangannya.
"Hahaha, aku lupa nak beritahu kau, kau ada had masa untuk selesaikan ujian ni. Bila dah lepas had masa tu…erm hahaha kau akan mati lah aku rasa!" kata Ogab.
"M-mati?" Bago terkejut apabila mendengar info tersebut. Dia menggigil ketakutan.
"Dah tu, apa lagi? Kalau takut mati, baik kau selesaikan ujian ni," Ogab duduk di kerusi bersebelahan dengan meja Bago.
Kenapa rasa sakit sangat batuk tadi? Betul ke aku akan mati? Ujian apa dia cakap ni? Tanggungjawab?
Pelbagai persoalan bermain di fikirannya.
Ah, satu-satu… fikir satu-satu… Ok…ujian…
"Aku kena lepaskan diri dari kerusi ni ke? Tu ujian aku?"
"Hm, aku pun tak tau, tugas aku bimbing kau sikit-sikit je hahaha. Yang aku tahu kau kena selesaikan ujian…"
Ujian, maknanya ada masalah yang aku kena selesaikan, jadi masalah aku sekarang aku tak boleh bangun dari kerusi ni. Petunjuk dia tanggungjawab. Macam mana aku nak lepaskan diri…
Di saat dia berfikir, Bago menyedari setiap perlakuan manusia di situ tetap berjalan seperti biasa, perempuan di hadapannya masih menikmati makanannya. Kambela masih memasak di dapur dan orang lelaki yang mencari seseorang dari tadi masih berada di hadapan kedai.
Mungkin aku kena tolong orang-orang kat sini? Tapi diorang tak dengar apa aku cakap…
"Bang! Abang orang ke?" sedang Bago mengelamun, lelaki di hadapan kedai sudah berdiri di sebelahnya dan bertanya soalan kepada Bago.