Bila masa lollipop ni ada dekat tangan aku? Aku tak perasaan pulak…
Lelaki itu mengambil lollipop dari tangan Bago, "Terima kasih bang, boleh saya bagi anak saya."
Lelaki itu menaiki motor dan menunggangnya meninggalkan kedai.
"Tak kesah la, asalkan aku dah selesaikan ujian tu. Eh…" Bago cuba untuk bangun dari kerusi tetapi gagal.
"Kejap! Tadi…tadi aku dapat bangun dari kerusi ni! Kenapa aku tak perasaan?!" Bago pening. Semasa dia hendak mencari lollipop tersebut, dia dengan mudahnya bangun dari kerusi tersebut namun dia sendiri pelik mengapa dia tidak sedar akan hal itu.
"Vroom! Ehehehehk"
Kedengaran bunyi motor yang seaman pernah didengarinya. Lelaki tadi datang semula ke kedai itu.
"Eh, kenapa abang patah balik? Ada tertinggal benda ke?" tanya Bago.
Malang sekali buat Bago, lelaki itu tidak menghiraukannya seakan-akan dia tidak wujud.
Eh, dia buat tak tahu je? Dah kenapa abang ni, tadi aku penat-penat tolong dia.
"Pudina! Itu pun kau! Penat ayah cari kau!" jerit lelaki itu.
Ha? Ayah? Dia kata dekat sapa ni?
Lelaki itu datang ke meja Bago dan duduk di kerusi kosong di sebelahnya. Terdapat empat kerusi di setiap penjuru. Dua daripadanya diduduki oleh Bago dan seorang perempuan.
"Ini Pudina, ayah dah dapatkan lollipop yang kau nak!" kata lelaki itu sambil menghulurkan lollipop kepada perempuan di hadapan Bago.
"Ha???" Bago terkejut apabila mendapat perempuan di hadapannya itu adalah anak kepada lelaki itu.
"Apakah yang sedang berlaku? Kepalaku menjadi kaku. Lelaki yang meminta pertolonganku, anaknya selama ini di hadapanku."
Seseorang membisikkan pantun empat kerat ke telinga Bago. Apabila Bago memusingkan kepadanya, dia terkejut apabila melihat Kambela di belakangnya.
"Eh, Kambela! Kau main bisik-bisik pulak."
"Bago, Bago, aku Ogab la. Haish, kau lupa ke aku amik rupa Kambela sekejap."
"Oh, Ogab…tak sekarang apa tengah jadi ni, kenapa perempuan tu tiba-tiba jadi anak lelaki tu?"
"Hahaha, Bago oh Bago. Bagaimana rasanya dapat selesaikan ujian kau?"
"Ujian? Oh, kejap. Aku dah selesaikan? Tapi aku tak faham apa-apa pun-"
"Lamanya ayah ni! Dah berjam-jam Pudina tunggu kat kedai ni tau!" tiba-tiba perempuan yang dalam lingkungan 20-an mengikut mata Bago itu menjerit.
"Ayah dah cari sorang-sorang susah, ayah minta tolong orang carikan tapi ayah tak jumpa orang langsung. Baru tadi ayah nampak seorang lelaki ni, lepas tu dia carikan baru jumpa."
"Ah alasan! Dah la Pudina sorang je tunggu kat sini. Dah la. Bagi lollipop tu!" Pudina merampas lollipop itu dari tangan ayahnya.
Eh akak ni, dh besar pun nak makan lollipop ke… kenapa desperate sangat? Sampai sanggup cakap kasar kat ayah dia.
Perempuan itu membuka plastik yang membalut lollipop itu dan mula menghisapnya. Sedang dia menghisapnya, tiba-tiba lollipop itu membesar.
"Arrrrrrrgh!"
Lollipop itu membesar sedikit demi sedikit. Perempuan itu berdiri kerana berasa takut. Bago juga tergamam dengan perkara yang disaksikannya. Perempuan itu tidak sempat mengeluarkan lollipop tersebut dari mulutnya, kini ia sudah membesar sebesar mulutnya. Dia hanya mampu ternganga dan mengerang kesakitan.
"Pop!"
Kepala perempuan itu hancur dek akibat lollipop yang mrngembang di dalam mulutnya. Kini, kepalanya diganti dengan lollipop.
Bago terkaku ngeri melihat pemandangan tersebut.