Chereads / Ada Orang Tak Kat Sini? / Chapter 5 - Lollipop

Chapter 5 - Lollipop

"Ya, saya orang. Kenapa ya bang?"

Tadi aku sahut dia buat tak tahu je… Tiba-tiba tegur dia aku balik.

"Boleh tolong saya tak bang?" tanya lelaki itu.

"Tolong apa ya?" Bago bertanya.

"Carikan lollipop untuk anak saya."

"Oh, lollipop tu jatuh ke? Kalau dah jatuh kat mana-mana baik abang beli baru je."

"Tak bang, lollipop tu tak jatuh, dia berlari."

"Hah?"

Apa ke benda dia merepek ni, ke dia tengah menganjing aku ni.

"Saya letak kat atas raga motor saya, lepas tu tiba-tiba lollipop tu lari entah ke mana masuk kedai ni. Tapi saya cari tak jumpa pun."

Abang ni gila aku rasa, penat aku nak layan. Eh… tapi tema tanggungjawab… mungkin ni ujian yang aku kena selesaikan…

"Aku kena carikan lollipop lelaki ni kan?" Bago menoleh ke belakang untuk memastikan sesuatu kepada Ogab. Namun, Ogab tidak kelihatan di situ.

Aik, mana dia pergi? Kata nak tolong aku? Ah, penipu betul.

"Ha, bang. Saya boleh tolong carikan. Nanti kalau saya dah jumpa saya bagitau abang ya."

"Baik bang, terima kasih banyak!" kata lelaki itu.

Aku panggil dia abang, dia pun panggil aku abang…lantaklah, asalkan aku dapat lepas dari ujian aku.

Bago bangun dari kerusinya dan mula mencari lollipop yang dikatakan berlari dari lelaki itu. Selepas beberapa minit ia mencari di setiap sudut kedai itu, akhirnya dia tidak jumpa walaupun bayangan lollipop itu.

Bago berasa penat dan hampir menyerah kalah. Dia duduk semula di kerusinya.

"Eh kau jumpa! Kau jumpa kat mana?" jerit lelaki itu keriangan.

"Ha? Saya tak jumpa pun bang…" Bago pelik.

"Habis tu apa? Dekat tangan kau."

"Aik?" Bago terkejut apabila melihat sebatang lollipop di tangan kanannya tanpa dia sedari.