Chereads / My Girlfriend Bodyguard / Chapter 7 - Bab 6

Chapter 7 - Bab 6

"RIZ, papa tengok lagi tadi aje... Muka Riz tu kenapa?" tanya Tengku Arika pelik sebaik sahaja dia mengelap mulutnya dengan tisu. Kelihatan dia baru sahaja selesai makan.

Tengku Fahmi memandang papanya yang baru sahaja selesai makan itu. Dia memegang bahagian pipinya yang agak bengkak itu. Seketika dia tersenyum kekok. "This is a gift. Maybe?" ujar Tengku Fahmi kurang pasti.

"Maybe? What do you mean?" tanya Tengku Arika lagi. Dia menaikkan kening sebelahnya tanda tak faham.

"Emm..." Tengku Fahmi berfikir sama ada mahu memberitahu ataupun tidak. Kelihatan Tengku Fauziah dan Tengku Aurra tertarik untuk mendengar jawapan daripadanya. "I'm not sure... but why not kita makan dulu and then Riz story. Okay?" Jawab Tengku Fahmi.

Tengku Arika mengangguk sahaja dan terus menyambung makan.

"Aurra tau Abang Riz nak cakap apa..." celah Tengku Aurra tiba-tiba. Dengan selamba, daging ayam yang berada di tangannya itu disuakan ke dalam mulutnya.

Tengku Fahmi yang sedang mengunyah itu pun terhenti. Pada waktu yang sama, tangannya segera mencapai gelas yang diisi dengan air mineral sejuk dan diteguknya perlahan. "Iyalah tu..." jawab Tengku Fahmi dengan mengawal nada suaranya.

'Takkan lah budak kecik ni tau, kalau aku jumpa Aisy? Haish, tak mungkin... Dia mana kenal si Aisy tu. Entah-entah, budak ni saja nak buat aku suspens tak tentu pasal. Baik aku buat selamba aje...' ujar suara hatinya. Dia berdehem sedikit untuk mengurangkan rasa gelisahnya pada saat itu.

Setelah selesai Tengku Fahmi bermain kata dengan hatinya, suara tawa adiknya pun kedengaran. Dia hairan akan adiknya itu pun bersuara. "Kau dah kenapa, dik? Kena sampuk?" soal Tengku Fahmi bersahaja.

"Fuyyoo, Abang Riz... Dah ada makwe nampak? Tak nak share story ke pasal makwe abang tu?" usik Tengku Aurra dengan lancang. Dia pun terus bangun dan mengangkat pinggannya. Dia sempat memandang abangnya. "Nanti abang jangan lupa tau bawa Kak Aisy datang sini. Aurra nak jugak kenal-kenal dengan calon kakak ipar Aurra tu..." usik Tengku Aurra lagi. Kali ini lebih giat lagi dia mengusik. Terus dia meninggalkan Tengku Fahmi yang sudah terdiam tidak percaya.

Terdiam Tengku Fahmi dibuatnya. Tak berkedip anak matanya dek usikan adiknya yang menuju ke arah kebenaran. 'Macam mana dia tau ni?' tanya suara hatinya lagi.

Dari kejauhan, Tengku Aurra menjawab dengan kuat. "Aurra tau lah, Abang Riz. Takkan lah Abang Riz tak ingat yang Aurra ni istimewa..."

Ternganga Tengku Fahmi sekali lagi. Dia pun menepuk dahinya kerana lupa akan keistimewaan adiknya itu. "Ya, Allah, macam mana aku boleh lupa yang adik aku tu boleh dengar isi hati orang?" gumam Tengku Fahmi.

Gumamnya itu sempat didengari oleh Tengku Arika dan juga Tengku Fauziah. Mereka berpandangan antara satu sama lain sambil tersenyum. Mereka pun terus memandang Tengku Fahmi meminta kepastian lebih mendalam lagi.

Tengku Fahmi yang perasan akan suasana itu terus berpaling dengan perlahan menghadap Tengku Arika dan Tengku Fauziah. "Papa, mama. Riz dah kenyang ni. Riz masuk bilik dulu ye..." dalih Tengku Fahmi. Dia mengubah topik dengan sengaja dan bangun.

"Eh, bukan tadi ada orang tu kata nak cerita ke? Huh, nak mengelat lah tu... Maklumlah, dah kantoi!" bidas Tengku Fauziah tiba-tiba.

Mendengar Tengku Fauziah membidasnya, dia mendengus perlahan. Masa sahaja wajahnya saat itu. Riak wajahnya saat itu seperti tidak puas hati.

'Ni semua Aurra punya pasal! Siap kau, dik. Tak tidur malam kau nanti dik sebab dengar luahan hati Abang Riz ni...' Tengku Fahmi mengetap giginya dengan geram.

Tengku Aurra hanya ketawa sahaja. 'Padan muka! Hari tu kenakan Aurra and now Abang Riz pulak yang kena' luah Tengku Aurra dalam hati. Dia pun terus melarikan diri.

KELIHATAN Aisy sedang duduk termenung di bahagian ruang tamu. Saat itu juga, dia mengeluh sendirian. "Nak kata aku kerja berat hari ni... Takde lah sangat. Setakat perjumpaan tu apelah sangat. Tapi kenapa aku rasa penat sangat?" tanya Aisy sendiri. Dia memegang tengkuknya lalu memicit. Merasa tekaknya haus, dia pun menuju le dapur dan membuka peti sejuk. Matanya terus tertatap pada air kegemarannya, susu kotak coklat. Dengan pantas, tangannya terus mencapai susu kotak itu. Alangkah terkejutnya, dia mendapati susu kotaknya saat itu sangat ringan.

Apa lagi, menggelegak lah hati Aisy. Haih, cari gaduh betul lah dengan aku! Makhluk mana lah yang habiskan aku punya susu ni!

"Abang Man!" panggil Aisy dengan kuat dari bawah. Jeritannya itu membuatkan rumah batu dua tingkat bergema. Hatinya bertambah bengang kerana panggilannya itu tiada siapa yang menyahut. "Abang Man! Abang Rif! Am! Turun sekarang!" panggil Aisy dengan lebih kuat lagi. Terus dia memberi arahan kepada adik-beradiknya itu.

Laju sahaja Amir menuruni anak tangga setelah mendengar jeritan kakaknya itu. Dan dia diikuti oleh Aiman dan juga Arif.

"Ish, akak ni dah kenapa? Terjerit-jerit lagi tadi. Dah macam tarzan dah Am dengar." Selamba Amir mengutuk kakaknya itu.

Tajam mata Aisy memandang adiknya itu. "Hei, budak! Am ni memang tak sayang mulut, eh? Am jangan nak naikkan darah Kak Aisy boleh tak? Tolonglah!" ujar Aisy sambil menahan geramnya.

Aiman dan Arif saat itu hanya diam sahaja. Tak berani nak masuk campur apabila Aisy kedengaran marah. Bila-bila masa sahaja, gunung berapi boleh meletus.

"Sorry..." ucap Amir serba salah.

"Ni... Kenapa kosong? Siapa yang habiskan susu coklat ni?" tanya Aisy dengan menghadapkan kotak kosong itu di hadapan mereka bertiga. Dingin sahaja wajahnya ketika itu.

Suasana di rumah batu itu sunyi seketika. Tiada sesiapa pun menjawab pertanyaan Aisy. Kesunyian tersebut membuatkan dia geram sedikit. "Aisy tanya... siapa.. yang.. habiskan.. susu coklat.. ni?" tanya Aisy sekali lagi. Dengan sabar dan perlahan, dia bertanya. Matanya dilirikkan kepada Aiman, Arif serta Amir.

"Am yang minum. Tapi Am minum sikit aje... tak habiskan pun." Jawab Amir dengan menundukkan kepalanya.

"Abang Man? Abang Rif?" soal Aisy dengan dingin. "Am boleh naik atas." Aisy mengarah adiknya naik ke atas. Mendengar arahannya, Amir pun segera naik ke atas.

Aisy memandang abang-abangnya itu lama. Salah seorang daripada mereka berdua kelihatan gelisah. Dia dapat mengagak gerangan yang menghabiskannya itu. Seketika kedengaran dia mengeluh. "Abang Man yang habiskan susu coklat ni, kan?" tanya Aisy perlahan.

Aiman hanya mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan adiknya itu.

"Lepas solat Isyak nanti, kita keluar." Ajak Aisy.

"Untuk apa kita keluar?"

"Eh-eh, abang ni! Banyak cekadak pulak. Ikut aje lah!" marah Aisy sambil memandang tajam ke arah Aiman.

Arif yang sudah lama berdiam diri pun bersuara. "Abang Rif nak ikut boleh?" pinta Arif.

"Hmm, boleh. Nanti tanya Am, dia nak ikut ke tak." Ucap Aisy dan dia terus berlalu naik ke atas.

Tiba di biliknya, Aisy terus menghempaskan badannya di atas katil. Dia memejam matanya sekejap. Tak sampai beberapa minit, dia sudah masuk ke alam mimpi.

SEORANG budak perempuan sedang berlari di tengah jalan raya yang sangat sunyi ketika itu. Nafasnya saat itu seakan sesak dan degupan jantungnya sangat laju. Dia masih sahaja berlari tanpa menoleh ke arah belakang.

Walaupun dia kepenatan, dia masih meneruskan lariannya dengan memegang kasut yang tinggal sebelah sahaja. Peluhnya terus-terusan mengalir jatuh ke bawah. Wajahnya sungguh pucat dan tak bermaya. Dia dapat rasakan bahawa tubuhnya makin lama makin lemah. Kelajuannya pun makin perlahan.

Sehingga lah satu cahaya terus terpancar di hadapannya dan membuatkan dia terasa silau. Dia dapat merasakan cahaya yang berada di hadapannya ketika itu adalah sebuah kereta. Deruman kereta itu membuatkan dia yakin dari mana datangnya cahaya itu. Cahaya itu makin lama makin dekat dan dia pun terus menutup matanya dengan rapat.

AISY terbangun dari tidurnya. Nafasnya turun naik turun naik saat itu. Terasa badannya sedikit menggigil akibat mimpi yang dialaminya tadi. Mimpi tersebut seolah-olah reality bukannya sekadar mimpi.

Dia terus mendapatkan handphone nya. Dia melihat jam menunjukkan 8:05 malam. Dia meletakkan phone nya itu dan meraup wajahnya dengan perlahan. Kemudian dia menguak rambut hadapan yang dipotong pendek itu ke belakang.

"Mimpi yang sama lagi... Haih..." Aisy terus menggeleng. Baik aku cepat bersiap... Malas aku nak fikir pasal mimpi tu... Dia terus bangun dan membersihkan diri tanpa memikirkan mimpi tersebut.