OPPO A12 kepunyaan Aisy berbunyi menandakan mesej baru yang masuk. Dia membiarkan sahaja mesej itu masuk tanpa melihatnya. Dia kembali melelapkan matanya. Baru dibiarkan beberapa saat, mesej kedua pula yang masuk. Dengan pasrah, dia membuka mesej itu di aplikasi WhatsApp.
[FR] Hy?
Dah tidur ke?
Senyuman dibibir mula terbentuk setelah mendapat mesej daripada Tengku Fahmi. Tersedar akan refleksnya, dia terus mematikan senyumannya itu dengan sepantas kilat lalu berdehem beberapa kali.
[PA] Belum
Dingin sahaja cara dia membalas mesej itu. Orang tak pernah layan lelaki, mesti kekok punya nak balas apa.
[FR] Ouhh.. Actually.. Saya laparlah, Aisy..
Adu Tengku Fahmi dalam WhatsApp serta menghantar emoji sekali.
Aisy yang melihat emoji itu pun terkedu seketika. "Nak balas apa ekk?" tanya Aisy kepada diri sendiri. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. "Ahh! Jawab ajelah macam ni!"
[PA] Lapar, makan
Tengku Fahmi yang membaca mesej itu pun menepuk dahinya sendiri. "Dia ni memang tak faham atau buat-buat tak faham?"
[FR] Seriously?
[PA] Apa?
[FR] Saya lapar ni..
[PA] Okay.. Then?
Sekali lagi Tengku Fahmi menepuk dahinya. Kali ini sedikit kuat daripada yang tadi. "Sah! Hmm, betullah tu.. Dia mesti tak faham apa yang cuba aku sampaikan dekat dia ni.."
[FR] Temankan saya makan maggi? Boleh tak?
Aisy terus menekup wajahnya guna bantal yang berada di dalam pelukkannya saat itu. "Gila! Benda senang pun kau tak faham, Aisy? Kenapalah kau blur sangat, Aisy? Dia bagitau kau yang dia lapar dan dia nak kau temankan dia! Bengong betul!" Aisy terus menyalahkan diri sendiri sambil meluku kepalanya sendiri.
[PA] Ok
Aisy bangun dan terus turun dari katil. Kemudian, dia membetulkan baju yang sedikit senget itu lalu menuju ke arah cermin yang berhampiran almari pakaian. Dia membetulkan anak rambutnya bagi kemas.
Setelah berpuas hati dengan penampilannya sendiri. Aisy pun keluar dari biliknya dan menuruni anak tangga menuju ke dapur. Dia mendengar bunyi bising dari arah dapur dan terus menjengah sedikit. Kelihatan, Tengku Fahmi bersungguh-sungguh memasak maggi. Seketika, Aisy tergelak kecil.
"Pandai ke?" soal Aisy sambil tersenyum sinis. Hm, dah mulalah tu jiwa dia yang lagi satu datang! Jiwa yang selalu dingin, pendiam dan yang paling penting sinis itu perlu ada.
Tengku Fahmi terkejut akan sapaan itu. Dan tanpa sengaja, tangannya tersentuh periuk yang panas. "Auchhh!!" Tengku Fahmi menjerit dengan kuat sehinggakan bergema satu rumah saat itu.
Dengan panik, Aisy terus berlari ke arah Tengku Fahmi lalu menarik tangan lelaki itu dan melihatnya. "Awak! Sorry! Saya tak sengaja!" ujar Aisy gelabah.
Tengku Fahmi terdiam dengan tindakan Aisy memegang tangannya. Dia memandang seraut wajah gadis yang disukainya itu begitu lama sehingga kesakitannya yang dirasai ketika itu tidak dihiraukan.
"Fahmi!" panggil Aisy kuat. Ish, dia ni! Apahal tenung muka aku macam nak telan! Aje kena bedebik juga mamat ni kang!
Tengku Fahmi terus tersedar daripada lamunannya itu. "Auch!" Dia memandang Aisy sekali lagi dengan wajahnya yang berkerut menahan sakit.
"Sakit?" Aisy mula menunjukkan simpati kepada Tengku Fahmi. Dia meniup perlahan di permukaan yang sakit itu. "Wait a minute!"
Belum sampai beberapa saat, Aisy sudah tiba dengan first aid kit. Dengan lincah, dia menyapu ubat di bahagian yang melecur itu.
"Arghh!"
"Itulah! Lain kali hati-hati! Kan dah sakit macam ni.." bebel Aisy sedikit. Sekali lagi dia meniup bahagian yang terluka itu dengan perlahan.
"Ceh! Orang tu jugak yang terperanjatkan kita, siapa suruh!" Jawab Tengku Fahmi. Dalam hati sudah berbunga-bunga, setelah mendengar Aisy membebel sambil menghiraukannya.
Aisy mengangkat wajahnya lalu memandang wajah Tengku Fahmi dengan tajam. "Sukanya dia menjawab! Dari dulu sampai sekarang, menjawab aje kerjanya!"
Kerutan di dahi Tengku Fahmi mula berkerut. Sengaja. "Kerja saya bukan menjawablah! Kerja saya adalah sebagai Chief Executive Officer. Singkatan daripada perkataan tu adalah CEO." Setelah memberi penerangan, Tengku Fahmi lantas tersenyum meleret ke arah Aisy.
Tidak semena-mena, Tengku Fahmi terus menerima tumbukan yang padu di bahu kirinya. "Adoi!!!"
"Padan muka! Lain kali buat lagi ye.." ujar Aisy sinis. Segera dia bangun lalu menyiapkan maggi yang tertangguh sebentar tadi. Habis kembang maggi ni plus hangit pulak tu.. Confirm tak sedap.. Rugi.. rugi..
Aisy terus memasak semula maggi yang baru. Maggi yang dimasak tadi terus dibuang ke dalam singki. Kemudian, dia melakukan kerjanya itu tanpa bersuara sedikit pun. Hanya bunyi geseran antara sudip dan juga kuali kedengaran jelas.
"Aisy..."
Aisy berpaling ke arah Tengku Fahmi apabila dipanggil. "Yup?" Dia menjongket keningnya sedikit dan menyambung semula perbuatannya yang terhenti seketika tadi.
"Aisy..."
"Apa?" soal Aisy dengan kerutan di dahi.
"Aisy..."
Aisy berpaling sekali lagi. Kerutan di dahinya kelihatan lebih jelas dibanding tadi. "Ye.. Nak apa, sayang?" Lembut sahaja Aisy bertanya kepada Tengku Fahmi. Tapi, lebih kepada geram sebenarnya..
Tengku Fahmi menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Malu apabila mendengar gadis itu memanggilnya sayang. Lembut aje. "Takde pape.. Saja je panggil nama awak.."
"Ish, sabo ajelah.." rungut Aisy perlahan.
"Mak mana?" tanya Tengku Fahmi.
"Tidur kot." Jawab Aisy singkat. Setelah siap memasak, dia pun menghidangkannya dan diletakkan dihadapan lelaki itu. "Done.. Hm, makanlah!"
Haruman maggi itu terus masuk ke dalam rongga hidung Tengku Fahmi. Dia melihat Aisy seketika. "Awak tak makan?" soalnya kepada Aisy.
Aisy menggelengkan kepalanya sambil menarik kerusi dihadapan Tengku Fahmi lalu duduk. Kemudian, dia menongkat dagunya sambil memerhati lelaki itu makan. Lama sekali.
"Awak kenapa pandang saya macam tu?" tanya Tengku Fahmi setelah dia menghentikan suapannya.
"Tak boleh ke?" tanya Aisy kembali.
"Tak.. Bukan apa? Cuma pelik.." jelas lelaki itu.
"Pelik kenapa?" tanya Aisy lagi.
Tengku Fahmi menarik nafas lalu menghembus perlahan. "Awakkan tak pernah nak pandang saya macam tu, dulu... So, saya rasa weird lah dengan awak.." jelasnya.
Aisy diam seketika sebelum menjawab pertanyaan Tengku Fahmi tadi. "Salah siapa juga yang buli saya dulu?"
Lelaki itu terdiam lalu menundukkan pandangannya ke bawah. Menyesal sebab pernah buli Aisy suatu tika dahulu.
"Tapi sekarang, dah boleh pandang dah.." ujar gadis itu. "Sebab awakkan pakwe saya. Not fake girlfriend but real girlfriend!" sambungnya sambil tersenyum manis.
"Awak jangan senyum macam tu!" marah Tengku Fahmi dalam manja.
"Kenapa?"
"Aisy.. Kita ni belum kahwin lagi tau.. Jangan sampai saya.. saya.. kang.. haa kang.." Tengku Fahmi tersenyum nakal.
Aisy mengerutkan dahinya tanda tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Tengku Fahmi. "Kang? Hakang? Apa tu?" tanya Aisy dengan wajah polosnya.
Lelaki itu pun terus menepuk dahinya. "Sucinya otak makwe saya ni ye.." Dia sekadar menggelengkan kepalanya tanda mengalah dengan Aisy.
BEBERAPA hari sudah berlalu, tiada ada apa-apa yang mencurigakan bagi Aisy. Satu sahaja ayat yang terlintas di pemikirannya. Dah mengalah ke diorang (penjahat) ni?
Malam itu, semasa Aisy sedang melepak di hadapan televisyen bersama Tengku Fahmi. Oppo A12 miliknya berbunyi tanda ada orang call.
Dahinya terus berkerut sebaik sahaja menerima panggilan daripada abangnya, Aiman. Hatinya tiba-tiba merasa musykil dengan panggilan itu. Lambat-lambat dia mengangkat panggilan itu.
"Guess siapa yang datang?" soal Aiman tidak menyempat.
Lagi berkerut dahinya dengan soalan abangnya secara tiba-tiba itu. Salam tidak.. Bertanya khabar pun tidak.. Ni alih-alih ditanya soalan. Soalan yang aku tak faham pulak tu!
"Assalamualaikum." Aisy memberi salam sambil menyindir Aiman.
"Hehe, sorry sorry! Teruja punya pasal, sampai lupa nak bagi salam.. Waalaikumussalam.. Ni, abang nak Aisy teka siapa yang datang kat rumah kita...?" Aiman mengulang pertanyaannya tadi.
"Siapa?" soal Aisy sepatah. Malas mahu berfikir panjang tentang itu. Seraya itu matanya diarahkan melihat di depan. Wajah Tengku Fahmi memenuhi ruang matanya. Raut wajahnya seakan-akan bertanya siapa yang menelefonnya. Dia terus menjauhkan handphone nya itu lalu menjawab. "My brother."
Tengku Fahmi yang mendengarnya pun mengangguk sahaja. Lalu terus menyambung menonton cerita yang dipasangnya.
"Alaa.. tekalah siapa yang datang...?" Aiman merengek panjang.
Aisy mencebik. Eh eh, pak cik ni? Dah buang tebiat ke merengek dengan aku? Aje lebam hidung dia ni aku kerjakan! Nasib lain rumah!
"Aisy malas nak teka. Abang Man bagitau ajelah!" ujar Aisy malas.
Aiman mendengus kecil. "Aisy ni tak sporting lah!" kutuknya sengaja.
"Sporting, tak sporting! Ada Aisy kisah? Baik abang cakap! Kalau tak, Aisy off call!" ugut Aisy, geram. Selamba badak dia aje nak kata aku tak sporting?! Tapi memang betulkan part 'tak sporting' tu? Erkk!
"Fine! Fine! Ni cousin merangkap best friend forever Aisy datang!" beritahu Aiman dengan nada perlahan. Aikk, merajuk ke cik abang?
Aisy terus mengangkat keningnya. "Serius lah?" tanya Aisy.
"Yup!"
"Bila dia balik? Dia tak call Aisy pun?"
"Semalam.. Dia kata nak surprise kat Aisy tapi tak dapat.. Alih-alih, dia yang terkejut sebab dengar yang Aisy jadi bodyguard.." jelas Aiman.
Aisy baru teringat kawan baiknya iaitu Khainia atau lebih sedap dipanggil Nia, tidak tahu menahu tentangnya yang bekerja sebagai bodyguard. Nak buat macam mana? Dah si Nia ni duduk luar negara sejak umur 18 tahun sampai sekarang ni. Mana nak tahu kan?
"Ouhhh.. Sekarang ni dia ada lagi ke?" tanya Aisy.
Aiman sekadar menggelengkan kepalanya bagi menjawab pertanyaan Aisy itu.
"Abang! Aisy tanya ni, Nia ada lagi tak?" tanya Aisy sekali lagi.
"Eh! Abang tak jawab soalan Aisy ehh?"
Aisy menggelengkan kepalanya lalu mengeluh kecil. "Ye, abangku yang paling baik dan handsome ni...." ujar Aisy geram. Kemudian, dia mengetap giginya dengan kuat.
Aiman menggaru keningnya sedikit. "Erkk! Takde..Nia dah balik dah.." jawabnya sedikit gugup.
Aisy hanya mampu mengeluh sahaja. "Dia datang sorang ke?" soal Aisy perlahan.
"Tak.. Dia datang berdua dengan Khairil.."
"Ouh? Aril pun ada?" Tanya Aisy sedikit terkejut. Tengku Fahmi berada di situ pun terus memandang ke arahnya.
"Yup!"
"Hurm,, okay lah Abang Man.. Aisy end call dulu.. Assalamualaikum!" Terus ditutup panggilan itu dengan serta-merta.
Aisy berpaling ke arah Tengku Fahmi yang ketika itu sedang melihatnya juga. Dia terus memainkan peranannya dengan mengangkat keningnya itu.
"Siapa Aril?" tanya lelaki itu perlahan.
"Cousin." Aisy menjawab sepatah.
"Ouh.. Yang selalu dengan awak masa sekolah menengah tu ke?" tanya Tengku Fahmi lagi. Hatinya sudah berdebar-debar menunggu jawapan daripada Aisy.
Aisy hanya mengangguk sahaja tanpa sebarang reaksi. Kemudian, suasananya tiba-tiba sunyi seketika. Hanya kedengaran suara di televisyen.
Dia terus menoleh ke arah Tengku Fahmi yang sedang menundukkan pandangannya. "Hey.. Kenapa ni?"
"Awak takkan tinggalkan saya lagi, kan?" soal Tengku Fahmi tiba-tiba. Matanya sudah berkaca-kaca sambil menatap wajah Aisy.
"Hey.. hey.. Kenapa ni? What's wrong? Why are you crying? And kenapa awak tanya soalan macam tu?" Bertubi-tubi soalan Aisy diberikan kepada Tengku Fahmi. Tidak pernah lagi, dia melihat lelaki itu menangis dihadapannya. Mahu sahaja dia memeluk lelaki itu.. Tetapi tak boleh.. Disebabkan itu, dia hanya mampu memandang sahaja..
"Awak takkan tinggalkan saya lagi, kan?" ulang Tengku Fahmi.
Aisy menggelengkan kepalanya. "Tak! Saya takkan tinggalkan awak! So, jangan nangis.. Kalau awak nangis, saya lagi nak nangis!" pujuk Aisy dengan lembut.
Tengku Fahmi menatap wajah gadis itu. Kemudian, dia mengelap air matanya dengan menggunakan hujung lengan baju yang dipakainya saat itu. "Janji?"
Aisy mengangguk laju. "Deal!"
"Okay!" Tengku Fahmi pun terus tersenyum lega.
"Tapi.. Kenapa awak nangis ekk?" tanya Aisy yang masih lagi blur.
"Yelah! Saya tak suka dengan laki tu!" marah Tengku Fahmi tiba-tiba.
"Siapa?"
"Cousin awak lah!" jawab Tengku Fahmi.
"Khairil?"
"Yup! Khairil ke.. Aril ke nama dia.. Saya tak kisah! Janji saya tak suka dengan dia!" bentak Tengku Fahmi geram.
Aisy terus mengerutkan dahinya sedikit. "So, apa kaitan dengan saya?" soalnya, hairan.
"Awak suka dia?" soal Tengku Fahmi sambil memandang tepat ke anak mata Aisy. Soalan Aisy dibiarkan sahaja.
Gadis itu terus menggeleng. "Mana ada saya suka dia. Saya suka awak sorang je.." jawab Aisy dengan polos.
Dup! Saat itu, dia merasakan bahang di seluruh wajahnya. Pergh, deep siot awek aku bagi ayat! Mama!! Riz nak kahwin dengan Aisy sekarang jugak!!
"Awak.. Kenapa muka awak merah semacam?"
Tengku Fahmi terus menggelabah apabila ditegur begitu. "Ish, nggak tuh!"
"Iya ada.. Di muka kamu tuh merah-merahnya..Kamu blushing, ya?" usik Aisy dalam bahasa Indonesia.
" Putri Aisy!!!!!" jerit Tengku Fahmi dengan memanggil nama penuh Aisy. Malu punya pasal.. Habis disebut nama penuh gadis itu.
Aisy hanya mampu gelakkan sahaja dengan reaksi Tengku Fahmi yang malu-malu kucing itu. So cute!